Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, March 31, 2009

Kami Belia!

Salam.

Dewasa ini, kita sering dikhabarkan dengan isu tentang belia seperti masalah buli, ragut, rempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Isu buli misalnya, bagai cendawan tumbuh selepas hujan selepas laporan tentang kejadian buli di sebuah asrama di Mukah, Sarawak, mendapat liputan yang meluas di media.

Cukuplah muqaddimah yang seakan-akan kertas 2 bahasa melayu sijil pelajaran malaysia.

So, apa yang aku nak tekankan di sini, ke mana arah tuju belia sekarang ini? Anda juga belia? Tanya diri anda soalan yang sama.

Sejak dulu lagi, kerajaan dah cuba wujudkan Rakan Muda. Nak kata berjaya atau tidak, susah juga. Nak tahu lebih lanjut, boleh ke blog tersebut. KLIK DI SINI.
atau ke website utama. KLIK SINI PULA.
Aku tak adalah aktif sangat, cuma ada seorang kenalan yang menjadi pengurus di bahagian lembah Klang.

Baru-baru ni, kerajaan ada tubuhkan kempen SatuSuara, satu komuniti, satu persatuan. Ni semua langkah kerajaan nak belia sekarang ni isikan masa dengan berfaedah. Tak ada la merempit atau melepak. Banyak lagi objektif dia. Nak tahu lebih lanjut, KLIK DI SINI LA PULAK.


Cuma kalau dah bersosial tu, jagalah diri, jangan melangkaui batasan agama. Ok..

Kita belia, bakal memimpin negara,
Kita belia, tapi perangai macam hantu raya,
Kita belia, jagalah maruah bangsa dan agama,
Kita belia, jangan bazirkan masa yang ada.

Ni aku sertakan lirik lagu SatuSuara. Nak download, boleh pergi website tersebut. :)

PRODUSER: JAMIL WILSON
KOMPOSER : JAMIL WILSON
LIRIK: NORM AIDID
Penyanyi : DAYANG NURFAIZAH, RESHMONU, ANDY FLOP POPPY, DINA IDOL, AIZAT, HANNAH TAN, POINT POETIC AMMO, BALAN KLG SQWAD, AMIR SOFAZ, SAM BUNKFACE, EZLYNN

SATU SUARA
Verse A
Mengapa kita berbeza [ANDY FLOP POPPY]
Ku tahu hatimu dipolusi benci [ANDY FLOP POPPY]
Kita harus bersama [DAYANG]
Aku, kau mereka, memahami, kompromi [DAYANG]

Verse B
Kita satu komuniti, satu arah destinasi [AIZAT, EZLYNN, DINA]
Hey generasi muda, usah kau bersendiri [AIZAT, EZLYNN, DINA]
Kita punya satu hati, satu cita satu jiwa [ANDY, DAYANG]
Kau aku dan mereka, kita satu nama [HANNAH,ANDY,DAYANG,RESH,AIZAT,EZLYNN]

Chorus [ALL SINGERS]
Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama

RAP: ENGLISH [BALAN]
It's the B to the E to the L I A
Let's keep our head up for better days
Do walk hand in hand if you understand
The message is to be together in this motherland

Verse A
Where is the love that used to shine [DINA]
In this darkest hour, we’re gonna be just fine [DINA]
So let the love shines in your soul [RESH]
This revolution is gonna be our destiny call [RESH]

Verse B
Dalam satu suara, kita tiada bezanya [EZLYNN, ANDY]
Nyanyi lagu yang sama, rentak sekata [EZLYNN, ANDY]
Dengan satu suara, kita janji menjaga [DAYANG, AIZAT]
Kau, aku dan mereka, kita satu nama [DAYANG, AIZAT, ANDY, EZLYNN, RESH]

Repeat Chorus [ALL SINGERS]
Dengan satu suara
Kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama

Bridge
Sekiranya ku jatuh, terus bangunkan aku [ANDY,SOFAZ,AIZAT,EZLYNN,BUNKFACE,S.SCREAM]
Dan aku lakukan yang sama untukmu [ANDY,SOFAZ,AIZAT,EZLYNN,BUNKFACE,S.SCREAM]
Kau, aku dan mereka [DAYANG,DINA,ANDY,AIZAT,EZLYNN]
Dalam satu irama, dalam satu cinta [DAYANG,DINA,ANDY,AIZAT,EZLYNN]
RAP: TAMIL [BALAN]
eethu un valkai, un pathei, un eerthukaalam
(this is your life, your path and your future)
otremei veedum kai kodhe nadeethe vaa
(unity is needed, come walk hand in hand)
naalai maadrum un nadeetheyil
(tomorrow's changes is in your path)
en thola yen paala kuraalyil?
(my friend, why do it with different voices?)

RAP: KANTONIS [POINT]
我地国家应该一条心
(Our country should be one heart and one soul)
生活过得好, 最紧要我地大家开心
(Our lives are good and our happiness is important)
我地马来西亚社会真係惦
(Our Malaysian society is great)
无论遇到乜野困难, 我地一齐可以搞惦
(Whatever problems we face we can sort it out together)

Repeat Chorus [2X] [ALL SINGERS]

Thursday, March 26, 2009

Mulakan Dari Sekarang

Salam.

Post kali ni aku nak kupas sedikit tentang impian. Yeah, satu perkataan yang berkait rapat dengan aku. Malah aku tuliskan impian itu dalam bentuk lagu.

Yup, setiap orang ada impian masing-masing. Generally, impian ni dikategorikan kepada 2. Impian di dunia dan impian untuk kehidupan yang kekal di akhirat sana. Untuk impian di akhirat, tepuk dada tanya iman. Tak perlu rasanya aku nak kongsi di sini sebab aku yakin semua mempunyai impian yang indah belaka..

Untuk masa depan aku, aku tak set satu atau dua impian, tapi lebih dari itu. Even ramai yang mengatakan aku ini begitu kebudak-budakan lantaran terlalu minat dengan Digimon, Spongebob, Sin Chan dan masih berkawan dengan budak-budak sekolah, aku langsung tak hirau tu semua. Yang penting, aku nak buktikan, pandangan aku lebih jauh ke hadapan.

Menghadapi jadual waktu yang sama setiap hari, membuatkan aku menjadi bosan. Aku cuba mencari sesuatu yang baru dalam hidup. Sejak itu aku melibatkan diri dalam dunia seni dan perniagaan.

Salah satu impian aku, aku nak menjadi pengurus syarikat kendalian ayah aku, WAJA TANI. Sejak tahun lepas, aku mula memasarkan buku buah naga melalui internet dan mendapat pasaran sehingga ke Indonesia.

Kenapa awal sangat menceburi bidang ni semua? Hmm pada aku, at this moment, kita sepatutnya dan start, at least planning. Aku rasa, kalau dan habis study baru nak fikir ini semua, memang dah terlambat. Dan ada pulak yang dah pintas peluang kita.

Minggu ini, mungkin ada sesetengah orang yang perasan aku tiada di certain place at the certain time. Actually, aku bantu ayah aku memasarkan sayur-sayuran yang ditanam di ladang di Sepang, ke restoran-restoran dan kedai sekitar Nilai.


Hari ni, habis kelas pukul 12. Aku balik rumah sebab nak berlatih boling. Ha.. bowling pro pun menjadi impian aku. Mungkin ada yang senyum sinis dengan hasrat aku ini, aku tak kisah. Aku dah buktikan dengan berlawan dengan beberapa bekas pemain Selangor.


Petang aku terpaksa ikut ayah aku pergi ke Ladang. Sudahnya, aku singgah juga di kolej sebab mak cik dining hall pun ada order sayur bendi. Maybe aku kurang ilmu agriculture, tapi aku seronok berada di ladang. Boleh main ikan....
banyaknye ikan...

p/s-jual sayur tapi tak makan sayur.

Monday, March 23, 2009

Melodi Mungkin Mustahil

Salam.

Minggu lepas maybe budak-budak sekolah seronok sebab cuti, tapi bagi aku pula, minggu lepas adalah sangat kritikal, penuh dengan test bercampur presentation.

So, di hujung minggunya, aku dan kawan-kawan bercadang bercuti di Melaka. Memang nak berseronok tapi tetap penat. Habis presentation pukul 12 tengah hari jumaat lepas, pukul 2.30 dah bertolak ke Melaka. Aku (dengan dua sahabat lain) pergi sedikit awal berbanding yang lain2 kerana mereka ada kelas. So, kami pun shopping barang-barang keperluan di Jusco Melaka.

Aku membantu sang pemandu mencari destinasi berdasarkan peta yang dilukis dengan cakar itik (lawa sedikit dari cakar ayam). Alhamdulillah sampai juga di banglo yang dicari beberapa minit sebelum pukul 7 petang. Kami kepenatan menanti 10 rakan yang lain tiba. Sudah pukul 9 lebih, baru mereka sampai.



Aktiviti semua berjalan dengan pelbagai ujian menimpa. Setiap saat (hampir-hampir la), kami rakamkan dalam video cam. Tugas merakam aku serah juga pada yang lain-lain seperti Iman, tapi part editing, memang aku buat semuanya. Nak juga letak prelude di blog ni, tapi bila difikir-fikirkan balik, banyak privasi yang perlu dipelihara. So, aku batalkan niat tersebut.




Walaupun banyak dugaan, kami berjaya hadapi dengan tabah dan kerjasama. Cewah. Baru beberapa ketika sampai di kolej, aku terus bergegas ke rumah. Hampir-hampir lupa bawa kunci rumah, nasib baik teringat. Sampai di rumah kena masak lagi nak makan, then nak basuh baju. Mana tak letih.

Itu sahaja setakat ini. Progress lagu baru-Kini Tiba Masanya, aku sedang belajar part vokal sebelum masuk rekoding bulan 5 ni insyaAllah.

p/s-siapa nak edited video, boleh berjumpa dengan aku. Yang tidak terlibat tapi nak juga, aku kena bertanya pada big boss atau small boss terlebih dahulu. :)

Tuesday, March 17, 2009

Tiada Tajuk Untuk Post Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ni agak sibuk. Ahad ada konsert di KLCC

Sepatutnya tak boleh ambil gambar, (sepatutnya...)



MInggu ni penuh dengan test dan presentation. InsyaAllah hari Jumaat dan Sabtu nak pergi melepaskan tension di resort... Credit to Afif dan others

Wednesday, March 11, 2009

FORCE= Daya@Paksa?

12/3/08

Ada dua event penting yang berlaku hari ini. 1st- tayangan filem Dragon Ball-evolution, bermula hari ini. Filem mesti tonton bagi peminat dragon ball seperti aku.

2nd- Result spm 2008 keluar. Even aku dah 'berabad' tahun meninggalkan zaman persekolahan, aku mengingati tarikh hari ini sebab ramai juga saudara aku yang baru ambil SPM tahun lepas.


Baik atau tidak result itu, terimalah dengan ucapan Alhamdulillah. Langkah perjuangan masih belum selesai, planning for your own future. At the same time, mintalah bantuan dari Sang Pencipta agar segala urusan dipermudahkan dan diredhai-Nya. Buat adik-adik yang masih belum ambil SPM, study smart!

Berbalik kepada kehidupan aku pula, semalam kuliah aku sedikit terganggu dengan SMS yang diberikan dari seorang yang aku kenali semasa geng Milafc buat kutipan derma di sungai congkak. Brother ni seorang bisnesman. So, dia ajak lah aku jadik partner dia.

Sudah berminggu-minggu dia mempelawa aku, sms lah, call lah, namun kesibukan aku membuatkan aku tidak komited. Lantas, semalam bertalu-talu dia sms aku dengan ajakan yang melampau. Berang juga. Orang kata tak nak tu, sudah lah. Nak paksa juga.

intisari sms:
nk ajak ko bt duit simple pun ko x minat,
xpelah,
aku nk ajak ko jd bisnes partner aku,
kire ko x nk lah ni??
kalo x nk, xpelah, aku x kaco ko lg,
aku fokus kt org laen lah..??
oklah kalo ko x minat...
Excellennt...


Hari ni pula, pagi-pagi lagi dah berperang dengan mamak semasa sarapan. Dah la lambat siap, lain yang diminta, lain pula yang dibagi. Aku kata, takyah la buat, aku balik dulu. Langsung tak endah, dia pergi buat juga. Aku cuba juga hendak lari, tapi tak sempat. Lalu, aku pun makan dengan penuh ketidakikhlasan..


p/s-kalau orang lain tak nak, jangan nak paksa.

Monday, March 9, 2009

Masjid Yang Cantik.

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Maulidur Rasul diucapkan.

Lama juga tak buat post, kali ni tak tahu nak buat post apa. Jadi renung-renungkanlah gambar yang ingin dikongsi bersama.


Seakan di luar negara? Aku pergi Klang semalam. Solat Zuhur di masjid diraja...(tak ingat). Seni binanya memang menarik. seperti di luar negara rasanya.


Busy la konon, sampai nak study pun tepi jalan raya, ambil masa terluang yang ada. cewah.

Sedikit perkongsian kali ni, diambil secebis ilmu dari ceramah semasa sambutan maulidur rasul. Tanda kita sayang Rasul S.A.W, adalah kita mengamalkan sunnah baginda seperti solat berjamaah, berbudi bahasa, berpakaian bersih dan kemas dan macam-macam lagi.

Tetapi ada juga, yang 2 in 1. Sayang rasul tetapi melakukan perkara ditegah. Penceramah memberi contoh majlis perkahwinan. Itu adalah salah satu sunnah baginda akan tetapi ramai manusia kini yang mengamalkannya tetapi yang silapnya, melakukan pembaziran. Contoh, para pengunjung diberikan cenderamata seperti sudu dan garpu hiasan. Pengunjung kadangkala membuang sahaja hadiah seperti itu kerana tiada guna. Ini adalah pembaziran yang dilakukan pihak majlis. Sekiranya mahu memberi hadiah, adalah lebih baik memberikan makanan seperti telur rebus/pindang atau kuih muih. Boleh juga dimakan. :)

Cukup setakat itu. Seperkara lagi, tentang video performance MUS 105, maybe sudah tersebar luas di INTI (tak pastilah kalau sampai tahap boleh download di DC++). Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang di luar INTI. Sampai ada orang sarawak yang demand untuk video tu. Haha. Thanks for your appreciation. So, aku upload satu lagi part dalam performance tu. Enjoy!




p/s-happy birthday untuk anak-anak abang Toi. Si kecik ni siapa name penuh dia ye, lupa pulak iwan..

Monday, March 2, 2009

Gamat Dan Hangat

Alhamdulillah.

Performance semalam dimulakan dan diakhiri dengan suasana yang hangat, menampakkan usaha aku dan rakan seperjuangan, Zaim, tidak sia-sia. Namun aku akui, performance tidaklah sebaik dan selancar semasa latihan, tetapi semua itu tidak jelas kelihatan. Yang jelas, kami berdua kurang sihat, sekaligus agak tertekan dengan part vokal.


balingan kad yang mendapat jeritan ramai.

Hedonisme, ada pihak yang melabelkan performance kami dengan perkataan itu. Aku akui, performance kami agak sedikit duniawi tetapi itu tidak lebih dari sekadar performance untuk MUS 105. Tak ada dalam perancangan aku hendak beraksi sedemikian di dunia luar kerana aku tahu jalur genre yang aku bawa. Bagi Zaim pula, aku no komen. Haha. Terpulang pada individu.

Lantas, aku memasukkan sedikit elemen kemanusia di dalam performance kami, di mana aku meletakkan harapan agar penonton akan 'touching' dengan background gambar-gambar tangisan kanak-kanak di Gaza.

Tiada suara yang kedengaran di waktu ini melainkan suara aku~

Terima diucapkan kepada penonton yang datang, juga pihak 'Astro'(Mr Iman dan dibantu Mr Baihaqi) yang sudi merakamkan kenangan di INTI yang pasti terpahat di hati. Kepada bahagian teknikal dan lighting, juga terima kasih.

p/s-thanks to my fans too. :)