Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, September 30, 2009

Projek Lagi..

Salam.

InsyaAllah, mode sekarang adalah sangat teruja untuk melaksanakan satu projek, yang bagi Iwan projek ni agak interesting dan hopefully, semuanya berjalan lancar.

Projek apakah? Tunggu.... Tak lama je lagi...


Langkah diteruskan!

Tuesday, September 29, 2009

Ku Gembira Dia Ceria

mulanya ku iri hati untuk melihat dia menjadi juara,
tetapi apabila langkahnya sudah hampir tercapai,
dia terhenti,
membiarkan budak perempuan itu mengatasinya,
dia tertunduk seketika,
membiarkan penonton bersorak untuk budak perempuan itu.

Hati ini tidak sampai hati,
membiarkan budak lelaki itu berputus asa,
kekaca jelas di matanya,
lantas tanpa berfikir panjang,
ku turun ke bawah mendapatkannya,
ku genngam erat tangannya,
dan cuba memberi semangat yang telah hilang.

Langkah laju kami seiring,
memintas budak perempuan yang sudah hampir mencecah penamat,
dan kami berjaya,
kamilah juara,
ku gembira dia ceria,
walaupun ku iri pada awalnya.

Saturday, September 26, 2009

Bandaraya Bersejarah

Salam.

Kali ni nak berkongsi pengalaman sepanjang minggu ni.

Selasa- Seusai membayar bil telefon, Iwan berjalan sendirian di China Town. Tujuan-mencari sos cili dan kicap yang bercirikan Asia. Yang ada di amerika ni, lain dan tak sedap. Sos cili dia cair dan masin, kicap pula payau. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa juga. Banyak juga barangan buatan Malaysia di kedai tersebut macam ribena, horlicks dan lain-lain.. Balik malam sebab pergi pun dah lewat petang..
i indahnya malam di Phily


Rabu- Ada Gamma Games. Gamma ni society untuk student yang majoring actuarial science, risk management etc.. Banyak games, banyak kawan. Paling havoc sekali adalah rebut kerusi. Iwan tak join lah. Bukan setakat rebut kerusi, rebut dosa pun boleh.. :) :) Tapi siapa yang tengok game tu, memang seram lah. Kene himpit dicelah-celah manusia yang berbadan macam giant. Boleh k.o...
tarik tali pula, game yang menyebabkan ramai sakit pinggang keesokannya, sampai ambil Test Probability pun tak boleh concentrate. Mujur Iwan tak apa-apa. :)

Jumaat: Sebelum solat Jumaat, ada Mix and Mingle. Tak kisah lah tu, yang penting Pizza free. Makan 2 keping, tapau pun 2 keping. Jimat untuk lunch. :) Lepas tu dalam pukul 3.30, Iwan dan kawan-kawan menyertai satu program jalan-jalan di Historical Places around Phily. Tak ingat la nama tempat dia sebab berbeli-belit. Tengoklah gambar-gambar ni.:








Credit pada jurukamera..

Lepas tour ni, Iwan dan seorang rakan dari Brazil-Douglas, berjalan-jalan di 9th street. Dia tak pernah pergi situ lagi.

p/s- Deli seperti Ernie..

Wednesday, September 23, 2009

Hilangnya Ikon

Salam.

Kenapa sedih sangat ni? Iwan pun tak pasti. Membaca berita kematian Yoshito Usui, penulis dan pelukis Sin Chan, membuatkan hati Iwan ni sedih sekali. Kehilangan beliau umpama Sin Chan sendiri sudah tiada..

Bagi Iwan, Sin Chan adalah simbol kekeluargaan. Walaupun ada yang bagi tanggapan negatif terhadap kelakuannya yang nakal, tapi bagi Iwan, kita ambil yang positif. Sin Chan adalah hiburan sekeluarga. Banyak juga adat resam Jepun yang Iwan belajar dari Sin Chan.

Tapi sekarang, Sin Chan dah tiada.

Kenapa sedih sangat ni? Hmmm.... tak tau nak cakap apa lagi.

Monday, September 21, 2009

Raya Di Phily

Salam.

Jumaat 18 Sept - Selepas solat Jumaat, Iwan dan rakan-rakan ke Supermarket Cousin, salah satu pasaraya yang ada menyediakan barang dapur seperti ayam dan daging yang halal. Iyelah, raya dah dekat, banyak keperluan yang nak dibeli. Selesai shopping, Iwan dan Nik kena angkut sebahagian barang yang berat tu naik basikal ke rumah. Rasa dah separuh pengsan. Tapi Iwan lepas tu kena pergi China Town pula, dalam 25 minit dari rumah. Meoi dah menunggu di sana. Waktu balik tu, memang macam nak pengsan dah. Barang berat + letih mengayuh + puasa. Berbuka puasa di rumah perempuan senior, ada house warming. Balik tengah malam lagi..

-nak beli kangkung terbeli bayam. nak beli serai terbeli daun sup. Oh housemate ku.


Sabtu 19 Sept - Kononnya ada ethical workshop di Alter Hall pukul 9. Iwan dan housemate tertidur lepas subuh dan terjaga pukul 8.30. Agak kelam kabut. Berbasikal macam ribut. Rasanya hari ni paling sejuk pernah dirasa. Dan yang mengecewakan, rupa-rupanya workshop tu hanya untuk mereka yang sign up, tapi emel kata semua kena datang. Kekecewaan diubati dengan sessi bergambar selama sejam di sekitar Temple.

Petang, Iwan dan housemate memasak nasi tomato dan puding caramel. Malamnya kami menyambut pre-raya di rumah student perempuan. Selesai bertakbir, kami makan hidangan raya seperti ketupat, rendang, lodeh dan kuah kacang.

-sedih tengok budak2 perempuan video call dengan family, mencurah air mata jatuh ke lantai rumah. :)

Ahad 20 sept- Sambutan hari raya di Temple, ramai yang datang. Ada la kut lebih kurang 100 orang. Tak kira bangsa, melayu,cina,india,mat saleh,mak tam, semua 1 Malaysia. Iwan dan housemate bawa puding caramel, ada yang tak tidur nak siapkan hidangan tu. Dan syukurlah orang ramai sangat suka puding tu, habis licin... Hidangan raya lain semua pun ada.




-esoknya ada quiz, tapi disebabkan feeling raya tu lebih, jadi utamakan raya la dulu. Iyelah, raya pun setahun sekali.

SELAMAT HARI RAYA.

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri



sekadar ucapan ringkas, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. InsyaAllah gambar2 dan cerita beberapa hari sebelum raya dan pada hari akan diupdate kemudian, sebab Iwan sibuk sikit sekarang ni, besok ada quiz Finance. :) DOakan dapat high score, kalau boleh full mark. :)

Monday, September 14, 2009

Situasi di Phily

Salam.

Sesiapa yang ada tag iwan tu, nanti la Iwan buat ok. Post ni pun dibuat dengan secepat mungkin lantaran kesempitan masa...

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Bulan yang cukup bermakna dah nak pergi. Sedih kah kita? Atau lebih excited nak menyambut raya? Tepuk dada tanya la diri sendiri. Persiapan raya Iwan lebih kurang macam tu je. Mungkin akan sediakan caramel puding bersama housemate untuk dijadikan juadah tetamu yang lebih 100 orang yang akan bertandang ke Temple Hall insyaAllah Ahad ini.

Jumaat lepas, baru beli basikal. Untuk kemudahan bergerak pabila berseorangan. Sabtu pula pergi rumah Malaysian di Phily. Berbuka di sana. Dapat juga merasa nasi lemak setelah lama. Waktu balik, pakcik David ada bawa jalan-jalan di museum. dan malam tu juga adalah kali pertama Iwan dan housemate balik rumah berbasikal pukul 1 pagi. Sangat bahaya...

macam gotham city?

Sehari lebih 3 kali siren polis kedengaran... Petanda apa? Haa yang ni yang kita tak tau...

Hari Ahad, Iwan dan semua rakan sama batch, pergi berjalan di RittenPark. Singgah di HM beli baju sejuk. Haa hari tu, time nak solat zohor, GPS tiba-tiba kesengalan. Jadi tersalah timing. Budget nak solat di K-Mart (dalam fitting room), tapi rasanya tak sempat. Jadi kami pun masuk je lah ke sebuah kedai buku. Ambil wudhu kemudian ready nak solat di satu ceruk, macam store. Tindak tanduk kami dikesan seorang mat salleh. Kemudian, beberapa orang guard pak tam yang berbadan besar datang menghalau kami. Cuak juga, dan nasib baik ni bukan Malaysia. Kalau tak ringan je tangan ni nak melempang. Apakan daya, kami dihalau keluar.

Itulah antara cabaran hidup di sini. Solat tu memang dah kat mana-mana je. Dapat solat di Fitting room pun dah bersyukur lah. Sebelum ni pernah di tepi meja makan restoran, stor kedai, di tempat parking kereta yang panas terik. Bukan nak mengeluh. Pengalaman semua tu.

Dan atas request sahabat, Iwan upload lah beberapa gambar untuk ditatap.

burung-burung yang jinak di RittenPark


Ramai yang buat persembahan jalanan. Dan public di sini sangat appreciate.


Berjalan menuju ke kelas..

dan masih teringat kawan-kawan yang 'tak seusia' di Malaysia dulu. Walaupun berbeza umur, mereka tetap boleh mix jadi kawan dan yang penting, respek mereka tetap ada,

bro belanja main game, lepas ni belajar rajin-rajin. Lagi-lagi yang nak spm dan pmr tu.


alip, pose anda memang selamba..


dan sejak beberapa hari ni, Iwan asyik bermimpikan daud. Kami memang rapat kalau Iwan berada di rumah. Daud....

p/s 1- Thanks pada Dj IKIM kerana kerap memutarkan lagu Itulah Impian Ku. Kepada pendengar IKIM, terima kasih juga kerana terus menyokong karier Iwan.

p/s 2- dalam plan untuk produce dokumentari. insyaAllah kalau ada rezeki.

Tuesday, September 8, 2009

Perkongsian Rasa dan Gambar

Salam

Lama tak update blog. Kekurangan kemudahan persendirian antara faktor utama. Kekeringan idea juga menjadi penyebab sampingan

Dah lebih seminggu tak berbuka di rumah, ada jemputan iftar di beberapa tempat. Hari n pun ada juga, tapi dah rindu masakan sendiri. Jadi hari ni masak istimewa sedikit untuk diri dan teman serumah- Tom Yam, Kentang sambal ikan bilis dan ayam goreng.

Dah hari yang ke 18 puasa. Tak lama lagi raya menjelma. Mungkin ada pihak yang bergembira dengan kehadirannya. Tak salah kita nak gembira, kerana syawal itu adalah kemengan bagi umat Islam, tapi janganlah menganggap ramadhan itu bulan yang membebankan dan menyusahkan.

Walhal, kita sebagai umat nabi Muhammad, beruntung sangat kerana diberi kelebihan berlipat kali ganda. Ibadah wajib digandakan dengan 70 kali. Ibadah sunat pula diberi kelebihan seperti menunaikan ibadah wajib. Di dalamnya terisi ibadah yang tiada di bulan-bulan yang lain iaitu terawikh. Dan ada satu malam yang diberi ganjaran umpama seribu bulan. Subhanallah. Alangkah beruntungnya manusia yang dapat mengisi ramadhannya sebaik mungkin.

Dan beruntung jugalah bagi manusia yang dapat istiqamah dalam amalannya selepas berakhirnya ramadhan...

Iwan pula, puasa di US agak diuji juga rasanya. Biasa tak rasa apa, tapi kini, pukul 11 pagi dah rasa lapar sangat. Tak ada bazar ramadhan, sahur dan buka masak sendiri. Sahur yang tak dapat dilupakan adalah semasa berada di Dallas, semasa dalam perjalanan ke Philadelphia. Iwan dan rakan bersahur di airport yang tak ada orang. Hanya makan coklat dan air kosong. COmbination yang mudah membuatkan sakit perut. Ujian berpuasa di perantauan.

Sekadar untuk berkongsi

beberapa jam sebelum bersahur. beginilah kami yang tersangkut dalam perjalanan. seperti merempat seketika.

walhal beberapa hari sebelumnya, sempat pula berjalan-jalan di korea


tak ada kaitan dengan kes tersangkut flight


tapi alhamdulillah, sampai juga ke destinasi. inilah rumah Iwan dan 2 kawan lagi.


dapur yang selesa untuk memasak.


dan bilik Iwan.

Ringkas, selesa dan menarik.

Yeah, rindu pada tanah air dan semua yang ada di sana. Rasa semakin terpanggil bila kawan-kawan selalu bertanya, bila Iwan nak balik Malaysia.

p/s- ada beberapa lagu baru dicipta. Selepas raya, ada 3 group baru yang akan ditubuhkan dan Iwan bertindak sebagai pencipta lagu dan penulis lirik. Walau berjauhan, minat tetap diteruskan.

Wednesday, September 2, 2009

Saya Anak Malaysia.

Salam.

"Where are you guys from?",

"We are from MALAYSIA!".

Bangga. Setiap kali ditanya, Iwan rasa bangga untuk menyatakan dari negara mana Iwan datang. Apa yang Iwan perasan, ada sesetengah pelajar negara lain, berasa malu-malu untuk memberitahu dari mana mereka berasal. Menjawab soalan dengan perlahan.

"Oh, it's just an island"

"Not a famous country"

"Somewhere..."

Tapi bagi Iwan, setiap kali ditanya dari mana Iwan berasal, Iwan menjawabnya dengan bangga. Kerana Iwan sayang Malaysia. Bangga dengan Malaysia.

Yang aman harmoni. Indah khabar dan rupanya.

p/s- Aku merinduimu.
Ibuku, ayahku, abangku, keluargaku, rakan-rakanku, adik-adikku, kenalanku, kerjayaku, penyokongku.