Sabtu lepas, aku ke Kuala Selangor atas urusan tertentu. Destinasi yg dituju adalah sebuah sekolah agama Al-Ansar. Nama sebenar sekolah ni aku kurang pasti, dan aku rase sekolah ni sekolah tahfiz.
Sampai je di sekolah ni, ketika waktu asar. Semasa aku turun dari kereta, ramai student lelaki berada di surau, dan semua mata memandang ke arah aku. Aku agak segan untuk bertentang mata dengan mereka, lebih2 lagi fesyen pakaian kami yang agak berbeza.
Tiada niat sombong di hati, aku sekadar malu dan terus berurusan dengan pihak tertentu untuk urusan tertentu juga... Timbul rasa keinsafan di hati, sudah lama aku tidak merasakan suasana yang tenang dan aman seperti ini. Diiringi alunan zikir yang lembut, amat mengujakan. Sukar benar untuk aku merasakan suasana ini di kota.
Cuma, agak terkilan. Mengapa tiada bantuan yang sewajarnya untuk mereka hidup lebih selesa. Aku melihat kemudahan di situ agak kurang, lebih2 di kawasan yang terpencil.
Semoga mereka menjadi generasi harapan di masa hadapan, insyaAllah.
_____________________
Sejak kembali ke kolej ini, aktiviti seni aku agak terhad. Aku terpaksa memberhentikan seketika progress lagu 'Istilah Cinta' yang sudah siap separuh. Ini kerana pada semester ini, aku ambik subjek music dan aku ade satu performance yang agak suprise untuk dilaksanakan bulan 2 ni. So sekarang, aku busy on composing lagu utk performance itu dan juga menjadi koreographer. Betul ke eja ni? Hahaha...
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, January 19, 2009
Generasi Harapan
5:20 AM
4 comments
ape kate kau je yg bagi peruntukan. :) :)
ReplyDeleteoo..ko nak beralih angin ke..
ReplyDeletenak try marhaban plak eh? bagus2..
>ezul
ReplyDeleteape kate ko tolong bg same
>jun
Hanya Tuhan Yang Tahu..
tak perlu lah aku hebah2 kan skrg...
btw, alih angin? hadoii... ape kene mengene angin lak ni?
boleh aje. aku bagi 1%, kau bagi 99%. Setuju?
ReplyDelete