Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, dapat saya melangkah ke tahun baru, semester baru dan banyak perancangan baru.
Terkini, novel Brrr ... Sejuknya Salji! bakal berada di pasaran pada awal Februari ini. Syukur, novel yang disiapkan dalam tempoh 3 minggu ini akhirnya menjadi kenyataan.
Cover yang agak menarik, bukan? Tahniah kepada team penerbitan GISB yang bertungkus-lumus dalam memastikan novel ini 'lahir' dengan baik dan dapat mencapai matlamat yang diingini.
3 minggu saya menulis, waktu itu bukan musim sejuk, tetapi musim panas. Malah, saya menulisnya semasa berada di Malaysia, bukan di Amerika. Tetapi itulah ketentuan Allah SWT. Syukur, saya memperoleh ilham semasa berada di program Tamrin di University of Buffalo. Kerenah seorang rakan saya yang baru pertama kali berjumpa salji memberi saya ilham untuk menulis novel tersebut.
Tajuk asal novel ini adalah Syazwan & Salji ini. Dan watak utama asalnya saya menulis dua beradik lelaki, Syazwan dan Baihaqi. Atas permintaan penerbit, saya menukar watak abang itu kepada seorang kakak. Maka, setelah saya membuat beberapa pengubahsuaian jalan cerita, saya berikan nama watak itu Ida Farzana.
mari berkenalan dengan watak-watak utama.
Untuk sinopsis novel, boleh baca di dalam gambar tersebut. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh dapatkan novel itu nanti. Insya-Allah, murah sahaja. Hanya RM13. Boleh dapatkannya di kedai buku MPH, Kinokuniya, Popular Book Store dan kedai-kedai buku terpilih.
Insya-Allah, novel ini menjadikan musim sejuk yang melanda Amerika Syarikat ketika ini begitu istimewa buat saya. Akhir kata, semoga novel ini mampu memberi semangat dan inspirasi kepada para pembaca untuk berkelana ke bumi Amerika tanpa meninggalkan nilai-nilai tarbiyah dalam diri.
Sekian saja. Mohon doa. Wassalam.
P/s - Kata penerbit, novel ini juga sesuai untuk mereka yang kurang gemar (atau tidak suka) dengan subjek Bahasa Inggeris. Alamak, pedasnya, kerana saya juga kurang minat subjek tersebut. Hehe...
~semoga niat kita ikhlas.
amat menggamit rasa utk memiliki buku ini. insyaallah akan dptknnya nanti. all the best!
ReplyDeleteJu pon tak suka bahasa inggeris apatah lagi belajar english!! Memang tak suka... Takpe.. nanti nak beli!! hehe :)
ReplyDeletezainal: insya-Allah tak rugi memilikinya. dapatkan di pasaran awal februari ini ya :)
ReplyDeletejuwairiah: haaa orang yang tak suka english memang kena beli novel ni. hehe...