Sebelum tibanya sabtu lepas, aku dalam dilema. Kurang pasti dalam memilih keputusan yang pasti. Ada dua event yang bakal berlangsung pada hari itu, satu program religious dan satu lagi program ukhwah persaudaraan. Dan nasib baik aku tak mendapat sebarang sms atau panggilan yang mengajak aku untuk meyertai aktiviti luar, kalau tidak dua-dua aku tak dapat hadir.
Atas dasar tanggungjawab, aku memilih program ukhwah kerana aku sudah mendaftar terlebih dahulu. Mungkin pemilihan program religious dilihat seperti lebih baik, namun pengalaman sebagai pengendali program mematangkan aku. Jika aku bertukar di saat2 akhir, aku pasti, ya pasti, akan menyusahkan pihak pengurusan.
Okey, tamat sudah sekapur sireh, sekarang aku nak cerita apa yang berlaku. Sudah lama aku tak luangkan masa bersama kawan-kawan kolej. Hari itu, kami seramai 40, mendaki gunung ledang (tak sampai puncak) dan melawat Melaka Bandar Raya bersejarah.
Pergi seawal 7.30, kami tiba di kaki gunung ledang pada 9.30. Aku mendaki agak kehadapan, letih toksah cakapla. Sampai di tempat yang agak tinggi, kami berhenti untuk bermandi manda. Nak buat aktiviti ape lagi kan.. takkan nak berjoget pulak.
Di satu kawasan, ada lubuk yang sangat dalam, gelap dan tidak menakutkan. Seorang demi seorang terjun ke dalam lubuk itu sambil dibantu oleh beberapa kawan di permukaan air. BUkan apa, takut masuk tak keluar-keluar.
Pukul 12, turun ke bawah. Beberapa rakan dari Yaman teringin mencuba permainan lasak bermotor di kawasan berpasir. Memang best, tapi aku tak kesampaian nak cuba sebab orang sebelum aku hampir-hampir eksiden. Aku fobia bende macam neh.
Then, pergi Melaka. Lama juga aku tak ke situ. Mula-mula naik menara taming sari, kemudian ingat nak tengok wayang. Tak logik sungguh. AKu membantah dan kemudian berjalan-jalan di Melaka Prade, A Famosa, Dataran apa entah namanya dan akhir sekali menaiki bot. Tidak disangka sungguh indah pemandangannya. Namun tidak sangka juga, sangat lama perjalannya. Kami sepatutnya ke tempat bas menunggu pada pukul 7, namun dah 7.10, bot tak henti-henti lagi. Aku terpaksa meminta pemandu bot itu segera kembali ke pangkal jalan, eh ke jeti. Mr Presiden dah banyak kali call kami.
Kenangan sebelum meninggalkan melaka, ialah larian pecut 2 kilometer. Rasanya kami jadi perhatian umum yang menyaksikan kami seperti kami baru merompak sebuah bank tetapi hanya berjaya mendapatkan satu tinggit empat kupang.
Malam, kami makan ikan bakar di Umbai. Wang habis seperti derasnya air mengalir di air terjun gunung ledang tadi. Namun, persahabatn kami semua bertambah erat, insyaAllah.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, February 16, 2009
INDAH atau LELAH?
4:49 PM
7 comments
aduii...ni aku menyesal x pegi ni..
ReplyDeletebukan ape,kesian puteri gunung ledang xdpt jumpe aku..mesti die tertunggu-tunggu sampai ke hari ini..haizzz...
(-.-)
ReplyDeletefirdaus dah amik dulu dah. amik gamba pon dah. bukan main manja lg. ko x pyh nk bermimpi di setiap hari lg
iye? firdaus yg warak itu bermanja-manja dgn wanita yg x halal baginya? bunyi mcm fitnah..hmm...
ReplyDeleteaduiiyai... berlaku kesalah fahaman di sini. No wonder, ko punyer bm agak kontroversi kan...
ReplyDeletetapi xpe, firdaus tau apa yg berlaku. Kan firdaus kan.. gambar yg diambil bersama puteri tu, biarlah diabadikan sahaja di dalam laptopku ini... puteri ghaib. yg kelihatan hanya firdaus. kan firdaus kan...
skali muncul pula firdaus prof dlm gambar tu. kelakar sungguh kejadian aneh haritu.
kau nak jadik gemuk ke makan punyer la banyak.
ReplyDeletekawal nafsu makan tu sedara
I like being controversial~
ReplyDeleteto ezul, ade ko nampak beta gemuk? hoho... mantain je kan. so, jgn terlalu kisah k..
ReplyDeleteto jun, kalo ko dah kate mcm tu, x pyh la aku berkataq2 lagih