Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, February 2, 2009

Jika Aku Tahu

Kelas music pukul 12, aku bertolak dari rumah dekat2 pukul 11 pagi, Alhamdulillah sempat gak sampai. Tu pun speed jugak, tapi masih mematuhi undang-undang. Cewah.

Cewah tak cewah, masuk kelas macam biol kesengalan. Otak macam serabut. Semasa kelas sedang berjalan, lecturer bukak gambar Mona Lisa. Dan satu soalan terus diajukan teradap diriku yang pening-pening lalat ni.

"Why this picture is so special?", tanya beliau.

Aku menjawab dengan segala kefahaman yang ada dalam diriku. Aku nyatakan sebabnya. Lukisan Mona Lisa adalah tidak lengkap lagi di beberapa bahagian. Pelukisnya meninggal sebelum sempat menghabiskannya. Tapi aku tak ingat kat mana kekurangannya, yang aku pasti, kening Mona Lisa belum dilukis.

Jawapan aku disambut hilai tawa gilang gemilang penuh keriangan dan kesukaan. Aku tak pasti sama ada mereka gelak kerana menganggap aku membuat lawak di pentas gelanggang raja lawak atau mereka gelak kerana mereka menggelakkan jawapan aku? Aku tersenyum kucing-kucing sambil berjalan ke tempat dudukku.

Lecturer tu kata, jawapan sebenarnya adalah kerana senyuman Mona Lisa. Kalau kita sedih dan melihat gambarnya, kita dapat melihat Mona Lisa tak senyum dan kalau kita gembira, kita akan perasan dia juga tersenyum simpul.

Benar atau tidak, aku kurang pasti. Aku pun sepatutnya membuat research sebelum membuat post ini. Ah, takde mase rasenye nak buat research. Banyak lagi kerja lain yang belum siap. Time management aku makin mengarut. Aku semakin kesempitan masa..

~teringat ikrarku dahulu, akan ku letak komitemen ku tentang pelajaran di kepala, manakala komitmen ku tentang seni di kepala lutut.

2 Pandangan:

  1. kepale lutut ko..!
    mane ko dpt info cam tuh?

    ReplyDelete
  2. dari mcm2 sumber la
    encik ni dah la anony mouse
    pastu nk melutut-lutut aku lak
    eh eh eh!

    ReplyDelete