Bismilahirrahmanirrahim...
Hari Jumaat lepas, aku dapat sms yang mengundang aku untuk turut serta dalam program Amal untuk tabung NSTP Gaza. Event tu berlaku pada hari ni bersamaan hari Ahad. Program start pukul 10.
Tempat kat Hulu Langat, area Sungai COngkak. Program ini adalah anjuran DAVOM dan aku tidak tahu apakah itu DAVOM dan aku mengetahuinya sesudah tiba di lokasi. Rupanya ia adalah kelab peminat Mila AF5. Oh.
Semasa aturcara ucapan dibuat, aku tidak semena-mena diminta oleh pihak Mila fc untuk memberi ucapan bagi mewakili abang Toi. Dia tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain, kataku. Ada seorang brother ni ambik gambar aku. Aku tidak pasti apakah teknik pencahayaan yang dibuatnya tetapi aku di dalam gambar itu adalah seakan-akan gemuk. Lipatan baju yang terlipat memang membuat mata tersilap pandang. Aku tidak akan sesekali upload gambar tersebut dan sekiranya ada pihak yang memiliki gambar tersebut, sila delete serta merta
Aku berkenalan dengan seorang brother ini. Dia sudah lewat 20an dan sudah memiliki company sendiri. Tetapi beliau memanggil aku dengan gelaran abang. (Ya Rabbi). Sepanjang masa dia menjaga pertuturannya. Saya, abang, saya, abang. Dalam benakku, ingin sahaja ku katakan yang aku ini lebih muda darinya. Tapi sudah terlewat. Muka aku ada macam 30an ke? Rasa macam form 1 je.. Heh
Aku bersama dengan group 'ada aku kisah?'. (Lantak kome la nak name ape). Dan seperti biasa, kemenangan mesti di pihak aku. Syukur rezeki. Dapat hamper besar. Dalam team aku, ada seorang budak form 1. Kami berdua berebut coklat yang berbungkus besar. Perebutan kami menjadi tatapan ramai. Oh aku hilang pertimbangan. Besar lawan kecil, mesti la yang besar menang. Budak tu dah nak nangis. Ambik la coklat ni, abang ambik keropok je, pujukku. Bukan main gembira dia, bukan nak berterima kasih. Kang ade hadiah percuma dari aku pulak. Gembira dapat bagi kebahagiaan pada budak itu, tetapi sedih kerana coklat mahal dah terbang~
Aku tak sure berapa kutipan derma hari ni Tapi banyak rasanya. Ada yang bangga hulur RM50 dalam tabung tu. Aku memang tak peduli itu semua. Orang nak riak, nak menunjuk, nak sembunyi, tu suma hal diorang. Bagi aku, semua duit/bantuan tu diharapkan agar dapat sampai kepada saudaraku di GAZA.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, February 8, 2009
Tabung NSTP Untuk GAZA
6:54 AM
4 comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesiape yg ade gambar time haritu boleh tlg share x? aku x byk amik gambar...
ReplyDeleteape ni mintak gambar plak..
ReplyDeletekau ni pun satu la, apsal dengan budak kecik pun nk gaduh. pasal coklat lak tu
bkn gaduh la bro, juz suke usik2 je budak tu.. tapi terlebih usik la plak wartawan amik gambar aku mcm tgh berebut sakan... haha
ReplyDelete