Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Maulidur Rasul diucapkan.
Lama juga tak buat post, kali ni tak tahu nak buat post apa. Jadi renung-renungkanlah gambar yang ingin dikongsi bersama.
Seakan di luar negara? Aku pergi Klang semalam. Solat Zuhur di masjid diraja...(tak ingat). Seni binanya memang menarik. seperti di luar negara rasanya.
Busy la konon, sampai nak study pun tepi jalan raya, ambil masa terluang yang ada. cewah.
Sedikit perkongsian kali ni, diambil secebis ilmu dari ceramah semasa sambutan maulidur rasul. Tanda kita sayang Rasul S.A.W, adalah kita mengamalkan sunnah baginda seperti solat berjamaah, berbudi bahasa, berpakaian bersih dan kemas dan macam-macam lagi.
Tetapi ada juga, yang 2 in 1. Sayang rasul tetapi melakukan perkara ditegah. Penceramah memberi contoh majlis perkahwinan. Itu adalah salah satu sunnah baginda akan tetapi ramai manusia kini yang mengamalkannya tetapi yang silapnya, melakukan pembaziran. Contoh, para pengunjung diberikan cenderamata seperti sudu dan garpu hiasan. Pengunjung kadangkala membuang sahaja hadiah seperti itu kerana tiada guna. Ini adalah pembaziran yang dilakukan pihak majlis. Sekiranya mahu memberi hadiah, adalah lebih baik memberikan makanan seperti telur rebus/pindang atau kuih muih. Boleh juga dimakan. :)
Cukup setakat itu. Seperkara lagi, tentang video performance MUS 105, maybe sudah tersebar luas di INTI (tak pastilah kalau sampai tahap boleh download di DC++). Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang di luar INTI. Sampai ada orang sarawak yang demand untuk video tu. Haha. Thanks for your appreciation. So, aku upload satu lagi part dalam performance tu. Enjoy!
p/s-happy birthday untuk anak-anak abang Toi. Si kecik ni siapa name penuh dia ye, lupa pulak iwan..
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, March 9, 2009
Masjid Yang Cantik.
7:28 AM
2 comments
hey cutie~
ReplyDeletesape? sape?
ReplyDelete