Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, April 1, 2009

2R = Reaksi & Respon

Salam

Sejak single aku yang bertajuk 'Jika Kau Tak Tahu' direkodkan Disember tahun lepas, aku mendapat berbagai feedback dari produser, composer, kenalan dan orang ramai.

Sudah pasti, aku tidak dapat memuaskan hati semua orang. Ada yang suka susunan muzik, ada yang tidak. Ada yang sukakan melodi, ada yang tidak. Ada yang sukakan lirik, ada yang katakan lirik itu simple dan tidak best.

Alhamdulillah, banyak reaksi positif. Ruang untuk aku meneruskan kerjaya masih terbuka luas. Tetapi biasalah, ada juga yang negatif. Aku tidak akan mudah bangga dengan pujian tetapi tidak juga mudah jatuh dengan pukulan lidah. Perkara seperti itu memang lumrah di dunia seni.

Cuma, aku juga manusia yang punya perasaan kecewa dan sedih, tatkala ada respon yang OVER negatif, yang bukan hendak mengkritik pada pangkalnya, tetapi lebih kepada mengata.

Ialah, mungkin kerana mereka lebih pandai daripada composer dan produser itu sendiri, mereka lebih arif tentang apa itu genre(ballad?-pop?-rock?), mereka lebih tahu segala-galanya~~~

Hendak bagi reaksi, biarlah yang membina, bukan hendak menjatuhkan. Tapi mulut orang memang sukar ditutup. Aku tak ingin fikir banyak dengan reaksi seperti itu. Abaikan sahaja..

Kini, aku fokuskan aktiviti aku pada cuti yang akan menjelma 2 minggu sahaja lagi. Aku akan keluar dengan single terbaru, yang lebih matang.


p/s=apa pula reaksi aku terhadap mereka? tunggu dan lihat.

0 Pandangan:

Post a Comment