Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, April 28, 2009

ASSALAMUALAIKUM, SIR!

Salam.

Hari ni bermula pengalaman baru buatku apabila aku menjadi guru tuisyen di sekolah agama menengah hulu langa (SAMTEN), yang merupakan tempat belajar aku semasa form 1 to form 3. Tawaran untuk menjadi guru sepenuh masa terpaksa aku tolak, lantaran aku juga perlu komited untuk karier seni aku.

Subjek apakah yang aku ajar? Gelak tiga kali dulu, hahaha... English. Nasib baik la ajar form 1 dengan form 2 je, confident la sikit. Tapi tadi ada cikgu lain yang mintak aku ajar add math sama. Haa yang ni baru la match dengan skill aku.

Hari ni aku mengajar 2 kelas form 2, satu kelas pertama dan satu kelas terakhir. Faham-faham je lah.

Bercerita tentang novel aku pula, aku mempunyai masalah dengan pihak penerbit. Katanya, mereka masih belum bersedia untuk menerbitkan novel beserta cd. Adakah ini idea yang teruk atau tidak relevan?

Idea ini, aku rasa adalah sesuatu yang baru dalam siri novel. Jika lagu tema sering dimainkan untuk filem dan drama, mengapa novel tidak? Aku ada membuat survey, agak memberangsangkan.

Lagu tema juga adalah satu daya tarikan. Kalau kita lihat novel-novel di satu kedai, berlambak. Tapi kalau orang bertanya, novel yang ada lagu tu, zupp... orang pasti lebih mengenalinya, Itulah strategi aku.

Aku masih cuba berbicang dengan pihak penerbit. Kalau mereka masih memberikan jawapan yang sama, aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa asingkan novel dan cd. Mungkin aku terpaksa minta pihak radio untuk memutarkan lagu itu untuk tujuan promosi. Perhaps?

Semalam aku tak ke studio rakaman atas beberapa alasan, bukan masalah disiplin. Aku kurang sihat. Malah, sebenarnya, ada composer lain yang dah buat buat arrangement lagu tu untuk aku, cuma dia lambat beritahu. So, nanti aku terpaksa ke JB pula untuk sedikit urusan. Dan insyaAllah nanti record di studio caprice, kelana jaya.

Dan terbaru, kami akan tubuhkan satu kumpulan nasyid baru. Kalau dah aku terlibat sama, mesti la ada lagu yang feat Iwan Reaz. Hehe... Iklan ada di atas sekali. Pada mereka yang tak memenuhi syarat, khususnya budak-budak sekolah, please jangan la hantar emel merayu-rayu. Boleh kenyang panadol aku nanti. Kitaorang tak nak budak sekolah, sebab kami nak kamu semua fokus pada exam ok, lagi-lagi yang SPM dan PMR tu. Okey? Jangan marah ye..

p/s-jangan makan panadol banyak-banyak, nanti hati rosak

4 Pandangan:

  1. hey lama tak masuk sini
    aku punnyer internet tak betul la

    wah kau dah mengajar..
    habis la budak-budak tu
    Keh keh keh

    ReplyDelete
  2. lame aku pikir
    amende la aku nk reply komen ko tuh

    ReplyDelete
  3. mane tak 'habis la budak-budak tu', cikgunye asik menyanyi je depan kelas..


    kah kah kah

    ReplyDelete
  4. lagi skali
    aku x tau nk komen ape...

    zzz.......

    ReplyDelete