Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, June 10, 2009

OH GENTING...

Salam.

Dalam kesibukan dengan pelbagai komitmen, aku reserved hari rabu (semalam) untuk berjalan-jalan di Genting Highland bersama Amirul. Dari tahun lepas lagi kami nak ke sana tapi tiada rezeki agaknya kerana aku demam ketika itu.

Alhamdulillah, walaupun kami berdua batuk dan sakit tekak. hajat kami untuk ke situ tercapai jua. Rasa agak excited pada mulanya sebab sebelum ni, asyik main di Times Square je. Dah bosan main benda yang sama.

Tak dapat dinafikan, memang extreme dan best main permainan di situ. Cuma, tak puas. Bayangkan, beratur menunggu giliran sampai satu jam, naik roller coaster cuma 1 minit. Isk isk isk..

Untuk game outdoor, dapat la merasa 6 jenis games. Nasib baik kami TERmasuk ke Snow World, rasanya kat situ lagi happening. Seronok dapat meluncur. Cuma kami berdua ni jenis sensitif sikit, telinga cepat keras dalam sejuk. Rasa macam nak patah. Sayangnya, tak dapat bergambar. Nak guna khidmat cameraman, kena bayar mahal pula.

Lepas sembahyang zohor, aku teringat yang ketua editor ada suruh aku call dia hari sebelumnya. Aku rasa takut juga kenapa la agaknya. Rupanya dia kata novel aku kena review semula. Peluh membasahi pipi.. Mengapa agaknya? Apa-apa pun, doakan semuanya berjalan lancar.

Handset aku pula hilang masa naik flying coaster. Alhamdulillah, ada pegawai bertugas yang jumpa semula.

Aku mengharapkan kenangan yang terindah dapat terukir. Namun, segalanya tidak berjalan lancar. Gambar-gambar yang diambil, semua hilang sebab handset aku dimasuki virus. Gambar dalam handset amirul tu pula tak banyak, tapi ada juga la kenangan.

Untuk ke sana lagi, aku akan berfikir tujuh lapan kali rasanya. Banyak buang masa.Orang terlalu la ramai. Sesak. Tapi kalau waktu sekolah tak cuti, mungkin lebih puas kot. Next week nak ke Pulau Perhentian pula. Tapi ramai member dah tarik diri. Siapa lagi yang tinggal agaknya. Hmmm


p/s- Kepada kawan-kawan dan pembaca blog semua, abang kepada Syafiq (Shader) yang bernama Akram, kini kritikal kerana mengalami eksiden. Marilah kita sama-sama mendoakan keselematan dan kesihatan saudara Akram semoga beliau kembali sembuh. AMIN

2 Pandangan:

  1. len kali pg time skolah tak cutti

    ReplyDelete
  2. tak cuti
    bermaksud
    aku x pegi dgn amirul
    aku cuma penuhi hajat die
    sblm berangkat ke us...

    ReplyDelete