Salam.
Hari ni Iwan tak tahu nak kelasifikasikan sebagai hari yang macam mana.. Kelam kabut? atau... entah. Yang penting, banyak hikmah dan pengajaran yang harus diambil peduli.
Lepas solat Subuh, Iwan cek emel dalam inbox. Ada 3 emel. Tapi emel yang Iwan mahu tiada. Agak risau juga kerana emel itu sudah sepatutnya ada sejak malam tadi. Sebenarnya hari ni Iwan kena tunjuk lagu yang baru direkod semula pada Telaga Biru. Lagu tu Wan Shah dah janji nak bagi malam tadi through emel. Tapi tak ada la pula. Dengan sedikit kalut, Iwan sms beliau. Rupanya tak tidur semalaman dia arrange semula lagu tu. Lepas je Iwan sms tu, dia terus send through YM. Komitmen dia yang aku suka tu. Dan arrangement yang baru, memang best sangat.
Lepas tu abang Iwan panggil, suruh undur kereta, pintanya. Dia mahu hantar pendrive penting ke UPM. Tak lama lepas tu, dia call Iwan. Pendrive yang dia nak hantar tu, rupanya tertinggal dalam kereta yang satu lagi. Pendrive tu kena hantar cepat. Iwan pun terlibat sama dalam kekalutan tu. Call sini call sana. Last-last, Iwan naik motor, jumpa dia di satu simpang.
Ayah Iwan tak sihat harini, jadi Iwan lewatkan sikit plan ke Telaga Biru sebab nak bawa ayah ke klinik. Sementara tunggu ayah dapatkan rawatan, Iwan pergi beli paper KOSKOS (bukan nama sebenar). Bacanya dalam klinik. Hmm..tajuk tentang pocong pun masuk surat khabar. Disebabkan hari siang, Iwan berani lah melihat gambar yang samar-samar di muka hadapan paper. Sambil berfikir, kenapalah cerita macam ni jadi tajuk utama akhbar? Mustahak sangat kah? Dulu ada juga kes, tapi bukan hantu betul. Budak2 nakal yang saja nak mengusik penduduk kampung.
Hantu wujud atau tidak? Persoalan timbul di benak. Geram juga sebab benda2 macam ni jadi liputan meluas yang sepertinya tidak perlu. Keberanian Iwan semakin menebal. Rasanya, kalau lepas ni Iwan terjumpa hantu, Iwan nak face to face dengan dia, tanya, "Kau ni sebenarnya apa hah? Can you speak Malay?", fikir ku di dalam hati. Bila Iwan selak je muka surat kedua....
"BAPAK ARHHH!!", Iwan terjerit sekuat hati sambil melemparkan paper KOSKOS itu ke tepi. Suasana di klinik hening seketika. Banyak mata yang memandang ke arah Iwan dan kemudian mereka berbisik sesama mereka. Iwan terdiam. Dengan pigmen merah yang semakin aktif di muka, Iwan kemaskan semula paper yang dicampakkan tadi.Baru tadi nak jadi berani, ni baru ternampak muka hantu yang seakan real di muka surat kedua, dah jadi macam ni, aduh malunya!
Perjalanan ke pejabat Telaga Biru lancar sahaja, cuma pada awalnya, Iwan terlupa bawa topi, terpaksa patah semula. Di sana, ketua editor ada meeting. Iwan dibawa masuk ke dalam bilik bacaan. Beberapa jam Iwan habiskan masa di bilik yang penuh dengan pelbagai bahan untuk dibaca, didengar mahupun ditatap,dan sempatlah juga Iwan membaca dari buku agama sampailah ke buku masakan. Dapatlah juga input menu baru disamping persoalan agama yang banyak terkumpul di otak ini. baca free weh, best sangat-sangat. tapi kena behave well, ada CCTV yang memerhati
Perbincangan dengan ketua editor selesai. Tajuk novel dah tukar- MELODI HATI. Next week insyaAllah agreement akan ditandatangani. Cuma lagu sahaja belum diputuskan. Encik Sani yang sepatutnya in charge dalam hal ni, keluar ke KL pula. Iwan terpaksa la menunggu. Sebenarnya Iwan masih tak biasa lagi di bangunan tu, nak cari tandas pun tak jumpa. Dan ditakdirkan, Iwan tersalah buka pintu. Pintu apa, haa yang ni kita tak tahu.
Menanti sampai pukul 4 petang, akhirnya Encik Sani meminta maaf kerana tidak dapat bertemu hari ini. Iwan pun akur untuk balik sahaja.Lama juga menunggu. Masa balik, encik teksi berborak pot pet prot pret. Iwan pun layan lah dia. Tapi dia punya tektik, dia saja hantar ktm yang jauh. Iwan nak kepong sentral, dia hantar kepong. Beza tambang ktm, cuma 10 sen. Tapi beza tambang teksi, 5.50-3.30=RM2.20 ya murid-murid.. Sudah rugi di situ. Iwan sedar penipuan dia tu, tapi kurang berani untuk bersuara.
Dalam ktm, mula-mula elok dah, selesa duduk. Tapi di KL sentral, Iwan diapit oleh dua, dua apa? haa yang ni kita tak tahu. Tapi satu bau minyak wangi macam tertumpah satu botol, satu lagi bau masam macam baru pecut 2km. Pergh, gabungan yang cukup untuk membuatkan Iwan rasa macam nak terkeluar isi perut.
Cukuplah setakat itu, janganlah ada kejadian yang pelik-pelik pula malam ni.
p/s- hari rabu sering dipermainkan sewaktu hari raya makin tiba. kan? kan? selamat hari ra......bu. ceh.
p/s2-cakap lagi senang dari nak buat. contoh seperti kes hantu tadi.
p/s3-besok nak pegi kepong lagi, rtm lagi.. jalan tak tahu. nasib baik ada google maps. macam iklan tv tu. kajang juga yang glamor kan. selayang? alor setar? muar? bangi? australia? mana ada tu semua....
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Wednesday, June 24, 2009
OH HARI RABU..
4:57 AM
8 comments
bangi ade la dalam google maps. muar pun.
ReplyDeletebtw, ayah sakit pe?
org ckp dalam iklan mekziz tu la
ReplyDeletekan die nk pg kjg
carik satey terunggul
ayah demam je... skrg dah ok
haha.. masih tegar dgn respon yg same bila nmpk muka hantu. sbbkan sifat ko yg ni la aku suka pakai poin hantu utk sakat ko (ceh,sakat la konon)
ReplyDeletebercakap secara berfakta, hantu tak wujud, aku ulang, TAK WUJUD. cube cek Quran, ada ALLAH terangkan psl hantu? confirm takde. yang ade jin & syaiton laknatullah. ah, rasa nk post pasal hantu plak rasanya (sbb rasa annoyed yg amat sgt terhadap hantu)
btw, kajang mmg popular, cuba tanye sesape "anda tau penjara kajang kat mane?". confirm die tau punyelah.
p.s: selayang ada stadium selayang, selayang mall, selayang pandang, hospital selayang, penjara selayang? tak pernah dgr plak.. haha.. ops.. jgn assobiyyah, astaghfirullah..
hari ini dah hari khamis.. ehehe, salammm
ReplyDeleteeh2.. nk tny sikit.. betol ke org kate kalau mayat yg x kebumi betol2, cthnya org kene bunuh.. kemalangan yg x jmpe mayat die ke.., nnt roh die x tenteram?
ReplyDeletebetol ke? org yg kate. bi x tau nk percaya ke x.
to junaidi> malas nk jwb sbb komen ko tu same mcm dlm post aku taun lepas. kang jwb pun lebih kurg je.
ReplyDeleteto en_me> hari ni dah jumaat la. besok sabtu.
to bi> ape la susah2... kang ade hadith yang mafhumnya:
apabila mati anak adam, makan akan terputus segala hubungan kecuali 3 perkara, amal jariah, doa anak yg soleh, dan ilmu yang bermanfaat.
riwayat x ingat, tapi ni hadith yang sahih, yakni kuat dan tiada keraguan. so, yg mana dah mati, mcm mane die bole ade hubungan ngan manusia lg???
roh tenteram ke tak, bergantung pada amal, bukan cara mati.
p/s- x dinafikan, iwan takut tgk lakaran/ lukisan wajah bende2 tu, tapi tu fitrah manusia. sebab tu jin/ syaitan/ iblis/ tak dapat dilihat dgn mata kasar manusia, sebb dah semulajadi wajah mereka hodoh dan menakutkan.
mcm kene geletek, geli kan...
typing error is common ok...
ReplyDeletekang- kan
makan- maka...
biase le tersalah taip. so ade yg pelik2, betul2kan sendrik k
ha.. betul2.... hmm.. nnt bi bgthu kat org tu plak. hehe. thanks.
ReplyDelete