Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, July 15, 2009

Genting Lagi..

Salam.

Post tentang nasyid dan cinta kita postpone dulu. Bila? Haa yang ni kita tak tahu. Tapi dalam masa terdekat lah.

Sabtu, Ahad- Ke Port Dickson, menghadiri family day, bukan pergi picnic. Memang menjadi hobi iwan untuk menambah ramai kenalan dan sahabat. Akan tetapi, iwan ada masalah dalam nak approach seseorang. Tak reti rasanya. Kalau orang lain yang mulakan dulu, iwan tak ada masalah untuk ringan mulut. Tapi untuk starting, memang susah. Nak cakap apa?

"Cuaca cerah hari ni".
"tengok bola semalam?"

semua serba tak kena. macam mana kalau cuaca tak cerah? macam mana kalau dia tak minat bola? Hei..masalah.. Ada solutions?

Isnin- Ke Putrajaya bersama rakan sekolej, Hafiz untuk pre-depature briefing. Lama tidak bertemu sahabat-sahabat lama, especially my roomate-Azim. Paling best, bila program ni berakhir, semua keluar sebagai orang kaya-raya. Kenapa? Haa yang ni kita tak tahu..

Hari yang sama, agak kalut juga ke sana sini. Iwan ada tugasan untuk buat lirik lagu yang bergenre salsa. Memang baru bagi Iwan.

Selasa, Rabu- Bercuti di Genting Highland. Memang best. Dulu pergi time cuti sekolah, dapat main sikit je. Tapi kali ni memang puas. Pergi pula dengan kawan-kawan, memang havoc la. Kenangan yang indah diraikan bersama sebelum berpisah tak lama lagi. (gambar masih belum dapat diupload oleh jurugambar).

Best memang best,tapi kena marah la juga sebab sepatutnya iwan settle kan progress lagu dan novel tu. Tapi bila lagi nak keluar dengan kawan-kawan lagi lepas ni. Lagu dah siap mixing. InsyaAllah puas hati dengan hasilnya. Maybe Jumaat ni iwan akan ke Kepong lagi.

Berkongsi pengalaman di genting.

Tak sangka ada kawan yang muka cool je, tapi takut-takut juga nak main. 1st day memang kami berseronok sampai ke 12 malam. Feel dia macam dah kat luar negara, sebab orang-orang yang kami jumpa, almost foreigner. Yang local, just pekerja-pekerja, cashier kat situ je.

2nd day, iwan habiskan waktu pagi dengan bersiar-siar. Aman, sejuk dan mendamaikan jiwa tatkala angin sejuk bertiup. Sweater ditanggalkan. Sengaja nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
macam ni lah rasanya. tapi sorang je. bukan berdua. :)

Terdetik rasa keinsafan di hati. Tak sangaka di kota keriangan ni, selain tempat untuk berhibur, perasaan pun boleh jadi tenang, jika kena dengan caranya. Berhibur tiada salahnya, asal kena pada caranya, tidak melanggar batasan agama, dan yang penting tidak meninggalkan perkara yang wajib.

p/s1-sarapan di hotel menjadi hobi iwan juga, sejam dua di situ, menikmati semua makanan yang ada dengan perlahan-lahan. :) (kali ni makan seorang diri, kawan-kawan masih tidur)

p/s2-benci betul buat persembahan kalau mic ada banyak eletrik bocor. hilang fokus, tangan sakit, macam-macam lah.

p/s3- kenangan paling kelakar, ada orang tercabut gigi palsu masa naik space shot (solero). melayang ke tanah. pastu dia kutip balik. semua orang gelak. brader tukang jaga suiz tu paling nak pecah perut iwan tengok dia gelak

3 Pandangan:

  1. isyh2...

    ko gelak lak wan,
    g ar tolong org tu kutip gigi palsu dia...huhu

    ReplyDelete
  2. dah kaye tu paham2 lah. bile nak belanje?

    ReplyDelete
  3. irsyad> haha, aku gelak pon nk pecah perot. tgk live tu... org tua tu pon sporting, gelak gak.. klaka dow

    nk tolong? eii..gigi tu.. bakteria

    ezul> tak paham..siyes

    ReplyDelete