Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, July 22, 2009

Hidup Dan Drama

Salam.

ISU

Kali ni Iwan rasa seperti nak berdiskusi tentang beberapa drama dan filem yang terkini, dan agak hangat juga.

NUR KASIH, Jumaat 9.00p.m-10p.m, TV3

Iwan tak mengikutinya dari episode 1, tapi tetap tertarik melihat episode seterusnya. Rating cerita ini semakin tinggi. Mengisahkan tentang sepasang suami isteri, (Nur dan Adam) yang berbeza karekter. Seorang baik dan seorang ....... Merupakan adaptasi dari sebuah novel, ( menjadi inspirasi untuk Iwan mengikut jejak langkah ini). Jalan cerita yang islamik, banyak pengajaran boleh diambil. Bagus untuk ditonton. Menginsafkan. Bagi wanita, sediakan tisu di sebelah. Yang lelaki, tak salah kalau anda menangis, sebab kadang manusia terlalu sombong untuk menangis, lalu, untuk apa air mata dicipta?

E-Toyol.Com Isnin-Khamis, 4.30p.m-5.30pm, TV3 (dah tamat)


Pun tak ikut dari mula. Kadang-kadang je Iwan dapat tengok sebab ada kelas nak mengajar, dan selalu keluar untuk pelbagai urusan. Tapi jalan cerita dapat difahami. Mula tertarik apabila moral value yang cuba ditekankan ialah, orang sekarang cepat percaya perkara-perkara tahyul. Fauzi Nawawi (watak utama), ada menegaskan, "Doa itu senjata mukmin, tapi kalau setakat berdoa je, apa lah gunanya, sebab solat itu yang paling penting, tiang agama". Realiti masa kini, ramai yang meninggalkan solat, walaupun tahu solat itu wajib 5 kali sehari. Tapi bila susah, tahu pula nak berdoa.

Cuma ending cerita ini, sangat down. (Rupa-rupa ku bermimpi...) Hadui, ending yang sangat Iwan tak mahu terjadi. Lepas tu Erwan lari keluar rumah jumpa mak ayah dia, pastu kamera fokus kat toyol yang mencangkung kat tepi rumah. Then, tamat.. Apa tu? Budak darjah 3 yang tengok dengan Iwan pun marah-marah, apa la punya ending. Dan siapa budak kecil yang alim, yang Erwan selalu jumpa tapi tak kenal tu? Confius.. Watak yang hilang tiba-tiba.

Watak Ustazah yang dibawa oleh Fida memang best. Kawan perempuan Erwan, lakonan Sweet, nampak macam baik sangat sebab dalam hikayat putera syazlan, dia jahat melampau-lampau.

BIO-NIK, Isnin 9.00p.m-10.00p.m, TV3


Iwan sukakan sesuatu yang aksi. Permulaan cerita yang bagus, Tapi sekarang, banyak pula pasal cinta. Dulu Haznik nampak seorang yang humble, baik dan cool. Tapi bila dia main gitar, nyanyi untuk Aina, dah tak cool. Cinta cintun.. oh please.. Iwan banyak saksikan teknik CGI yang digunakan, untuk rujukan peribadi. Tapi kesan efek dia memang cun.


Syurga Cinta.


Satu filem yang boleh menginsafkan juga. (juga menangis..huhu..) Pastinya ramai couple yang tengok cerita ni di wayang, balik tak pegang tangan dah (dengan hidayah). Banyak moral value yang boleh diambil. Sedikit ilmu dari filem tersebut, Jodoh ini ada 3 jenis.
1- Jodoh dari Syaitan. Dua pasangan berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, sampai si wanita itu mengandung, baru bernikah.
2- Jodoh dari Jin. Yang lelaki suka pada wanita, tapi wanita tak suka lelaki (dan inverse). Lalu, dia membomohkan dan mensihirkan wanita itu agar dia menyintai, lalu bernikah.
3- Jodoh dari Allah. Dua pasangan, bertentangan mata, menusuk kalbu. Si lelaki meminang dan si wanita menerima pinangan itu. Kemudian bernikah. InsyaAllah, berkekalan ke hujung hayat. Itulah yang dikatakan, Syurga Cinta.
Jadi, cinta dan jodoh dari siapa yang anda mahu?

-ramai orang mengkritik Ahmad Idham pada awalnya, berkaitan isu subang dan jubah. Idham mempunyai alasan tersendiri. Ternyata, orang baru faham situasi sebenar apabila menonton filem ini. Jadi, jangan cepat menunding jari. Selidik dahulu.. Apa pun, tahniah diucapkan pada Awal, Heliza dan Hadziq, memang best!

ICE AGE 3


Filem animasi dalam bentuk 3D. Walaupun efek tak banyak sebab ni bukan filem aksi, tapi telatah haiwan-haiwan memang seronok untuk ditonton. Berbeza dengan lawak manusia, yang kadang-kadang nak muntah tengok orang buat lawak tak senonoh, gaya komedi haiwan lebih cool dan menghiburkan, terutamanya Sid. Bagi pencinta haiwan, memang tak rugi tengok filem ni. Satu filem yang merapatkan dan menambah kasih sayang manusia terhadap haiwan. Mereka juga makhluk Allah, yang perlu disayangi.



TRANSFORMERS

Memang best. Especially teknik CGI yang dia guna. 1st World Class lah. Tak ada lagi nak diperkatakan.






AKTIVITI

Jumaat- Ke Telaga Biru. Bincang dan bincang. Mereka suka gambar pose berlari, dinamik katanya. Cd lagu akan disertakan sekali atau tak, masih belum diputuskan.

Sabtu- Ada majlis kecil, lebih tepat lagi suai kenal dengan budak yang terlibat dalam photo shoot tempoh hari. Dia ni macam main character juga lah dalam novel tu. (Ada orang kata muka dia macam Aril AF7..)

Ahad- Beli equipment untuk hardisk. Laptop lama rosak. Tak kuasa Iwan nak baiki lagi. Beli baru je nanti di US.

Isnin- Mengajar. Kelas form 1 Iwan macam cikgu, kelas form 2 macam kawan-kawan. Student suka betul la borak dengan Iwan, especially tentang projek-projek yang Iwan tengah buat sekarang ni. 1st time balik naik bas. Pergh, sardin. (dapat offer mengajar banyak kelas. Ragu-ragu nak terima. Menambah kesibukan yang sedia ada)

Selasa- Interview Visa di US Embassy. Pergi dengan rakan sekolej, Has. Semua berjalan lancar. Part interview yang ditakuti, memang sepatutnya tidak harus cemas. Perbualan biasa.

Rabu-Ke Wisma Radio, Angkasapuri. Antara process sebelum lagu boleh main di radio. Semua ruang dalam bangunan kena ada kad khas untuk ke ruang seterusnya. Iwan macam mana entah boleh sesat. Tapi semua berjalan lancar. Cuma Komuter je yang rosak. Asyik delay. Kat serdang, komuter tak boleh jalan, tak boleh buka pintu, tak boleh on air cond. Semua cemas. Haha..

p/s- esok tengok harry potter. Iwan tak adalah minat sangat, dan tak faham pun sebab ada certain episode miss. tapi dah sahabat al-malizi ajak, join juga lah. (tak sangka dia minat cerita ni.hihihi..)

7 Pandangan:

  1. eh, ape plak tak sangka aku minat harry potter, Sectumsempra baru tau..

    (Sectumsempra?? haa..yang ni kita tak tau..)

    ReplyDelete
  2. snape punya sihir tu kan?haha.

    ReplyDelete
  3. eleh jun.. tiru trademark aku lak.
    saman kang..

    sampai ati nk sectumsempra, tu kan spell for enemies..
    owh ic... xpe2...

    haah ano, snape pyer sihir.. die la half blood princes tu (utk pengetahuan mereka yg x tgk lg citer tu)

    ReplyDelete
  4. ade ke offensive spell for friends? paradoks bunyinya..

    owh, baru teringat, ko tgk yg ke-6 je..

    ReplyDelete
  5. naseb baek cepat bace komen ko neh..
    kalo x jatuh ar reputasi aku..

    tgk yg ke-6 je? heh..
    jauh panggang dari api..

    (phm tak?)

    ReplyDelete
  6. artis menanges..wow!

    satu cherita pon ak maseh blom berjaya mengalerkn air mata.hoh ho.

    drama NURKASEH lebih enak sekiranya adegan pelukmemeluk tuh dikurangkan.geleman jugak kdg2.huh hu.

    ReplyDelete
  7. yup..tersangat betul tu..
    part peluk2 tu kretiviti pelakon sendiri..
    dan pengarah seharusnya peka

    p/s-penulis novel tak terlibat..

    ReplyDelete