Salam.
Lama juga tak update blog ni. Pemergian Ustaz Asri Rabbani pada hari Khamis lepas betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam terutama pada penggiat nasyid tanah air. Semua orang sayangkan beliau. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Bak kata Ustaz Akhil Hay, pemergian allahyarham mengekalkan statusnya yang dikenali ramai sebagai insan yang baik hati dan penyayang. Sehingga kini, orang ramai masih mengatakan tentang sikapnya yang sentiasa disenangi.
Dalam pukul 11 pada hari tersebut, Iwan menerima SMS dari Wan Shah.
"Wan, Ustaz Asri dah meninggal".
Sangat sukar untuk mempercayai sms tersebut. Sms dibalas bertalu-talu untuk mendapatkan kepastian.
Al-fatihah untuk allahyarham.
Aktiviti.
Alhamdulillah, tak banyak sangat aktiviti luar minggu lalu. Akhirnya Iwan dapat juga luangkan masa bersama keluarga sebelum berangkat ke US hujung minggu ni.
Rabu- Main bowling bersama abang. Dah lebih sebulan tak main. Dengan average 160, Iwan dapat rasakan skill Iwan makin worst. Game ni perlukan latihan selalu.
Jumaat- Sebelah malamnya, rakan-rakan abang toi dah buat perjanjian, nak jumpa di Bangunan Satay Haji Samuri Kajang. Tapi abang toi sendiri tak dapat datang sebab esoknya ada show di Wangsa Maju. Apa pun, Iwan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada abang Camar, kak Obi, abang Supermel dan semua yang datang, dan penghargaan tidak terhingga atas hadiah yang diberikan. Mahal tu...terima kasih banyak-banyak.
Sabtu- Penuh dengan majlis tahlil, doa selamat dan cukur jambul. Cuma petang tu Iwan ambil kesempatan beli keperluan untuk dibawa ke US nanti.
Ahad- Juga penuh dengan majlis. Majlis waktu malam diadakan di rumah adik allahyarhamah Yasmin Ahmad di Subang Jaya. Iwan pergi dengan group cornrows. Ramai pelakon kat sana macam Cikgu Fatimah dan Alesya (yang lain Iwan tak tahu nama).
Abang Mie yang tengah lahap makan. Orang bujang, biasalah
Malam ni juga Iwan ada berikan lagu yang Iwan baru cipta pada Wan Shah, dia pula bagi satu lagu baru ciptaan dia untuk Iwan tuliskan lirik. Lagu tentang Iman.. Hmmm.. Banyak mesej boleh diselitkan. Lagu tu akan dirakamkan oleh kumpulan NICE feat Cornrows..
Video klip hari raya yang dibuat ahad lepas dah pun siap. The making nya Iwan ada upload di Youtube, atas permintaan group tersebut. Kalau nak tengok, cari la di youtube.
p/s1- Kalau ada sebarang pertanyaan yang pelik-pelik, usah ditanya lah.. Iwan no komen sahaja. Memang genre yang Iwan perjuangkan berbeza dengan group tersebut. Namun, kami hanya berkongsi minat dalam muzik, membantu antara satu sama lain. Soal hati, itu tanggungjawab individu sendiri...
p/s2- sabtu lepas, masa chatting di ym bersama alif, jiran Iwan, Iwan dengarlah IKIM secara online. Ketika di slot lagu permintaan hendak ditamatkan, Iwan ada dengar Dj membaca beberapa sms. Antara sms yang terakhir, dia ada
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, August 16, 2009
Aktiviti Sebelum Ramadhan
11:49 PM
No comments
0 Pandangan:
Post a Comment