Salam.
(Post ini ditulis rentetan dari kegelisahan hati terhadap anak murid Iwan di Samten)
Sekembalinya cikgu dari sekolah, perasaan cikgu bercampur-baur. Sedih dan gembira, saling menghentam. Ya, hari ini hari terakhir cikgu mengajar. Tiada siapa menduganya. Alasan cikgu menarik diri lebih awal, of course kerana kesibukan aktiviti harian.
Ada yang tahu identiti cikgu yang sebenarnya, dan ada yang tidak.
Apa yang penting, cikgu benar-benar berharap, salam terima kasih dan kemaafan tidak terhingga benar-benar sampai pada semua murid. Cikgu tak pasti, adakah kamu semua suka dengan cikgu atau tidak. Walaupun dalam kelas kita bergelak ketawa, tapi kalau ada yang terasa, siapa lah yang tahu.
Memang cara cikgu, cikgu lebih suka kelas yang happy, sporting daripada kelas yang serius. Sebab cikgu pun pernah jadi pelajar sekolah, so cikgu tau perasaan murid. Kalau ada pelajar yang tak suka dengan cikgu, mohon maaf lah. Sebaik mana atau seburuk mana pun cikgu, pastinya tak dapat puaskan hati semua pelajar.
Keletah kamu semua cikgu akan ingat sampai bila-bila. Pemalu si Ikmal. Kenakalan si Danial. Kecomelan Irfan. Alif Naim, Luqman dan Azrul Afiq yang banyak tanya. Dan lain-lain lah. Yang tidak disebut nama, especially perempuan, kamu semua pelajar yang cikgu hormati. Tak ada pilih kasih. Pelajar emas (anak emas) tu even ada, cikgu tak show sifat tersebut dalam kelas, jadi semua sama-rata, tak kiralah form 1 mahu pun form 2.
Doakan kesejahteraan cikgu di US nanti dan semoga kita semua keep in touch.
Apa lagi nak tambah ek, hurm.. nanti cikgu update lagi kalau ingat.OK, All The Best!
Jadilah pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiah.
p/s-bagi yang duduk luar, sampaikan post ini pada pelajar asrama. Kalau print lagi bagus. Tampal kat depan kelas. Haha.
p/s2- oh man...lupa nak ambil gambar. kecewa...
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, August 3, 2009
Untuk Pelajar Ku
2:38 AM
3 comments
cikgu cikgu, cikgu nk pegi jauh ke? nak pegi tokong eh?
ReplyDelete-pelajar tingkatan 2 Murni-
awak salah cikgu lah...
ReplyDeletesedih seh iwan ni........sob.....sob....
ReplyDelete