Salam.
Sesiapa yang ada tag iwan tu, nanti la Iwan buat ok. Post ni pun dibuat dengan secepat mungkin lantaran kesempitan masa...
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Bulan yang cukup bermakna dah nak pergi. Sedih kah kita? Atau lebih excited nak menyambut raya? Tepuk dada tanya la diri sendiri. Persiapan raya Iwan lebih kurang macam tu je. Mungkin akan sediakan caramel puding bersama housemate untuk dijadikan juadah tetamu yang lebih 100 orang yang akan bertandang ke Temple Hall insyaAllah Ahad ini.
Jumaat lepas, baru beli basikal. Untuk kemudahan bergerak pabila berseorangan. Sabtu pula pergi rumah Malaysian di Phily. Berbuka di sana. Dapat juga merasa nasi lemak setelah lama. Waktu balik, pakcik David ada bawa jalan-jalan di museum. dan malam tu juga adalah kali pertama Iwan dan housemate balik rumah berbasikal pukul 1 pagi. Sangat bahaya...
macam gotham city?
Sehari lebih 3 kali siren polis kedengaran... Petanda apa? Haa yang ni yang kita tak tau...
Hari Ahad, Iwan dan semua rakan sama batch, pergi berjalan di RittenPark. Singgah di HM beli baju sejuk. Haa hari tu, time nak solat zohor, GPS tiba-tiba kesengalan. Jadi tersalah timing. Budget nak solat di K-Mart (dalam fitting room), tapi rasanya tak sempat. Jadi kami pun masuk je lah ke sebuah kedai buku. Ambil wudhu kemudian ready nak solat di satu ceruk, macam store. Tindak tanduk kami dikesan seorang mat salleh. Kemudian, beberapa orang guard pak tam yang berbadan besar datang menghalau kami. Cuak juga, dan nasib baik ni bukan Malaysia. Kalau tak ringan je tangan ni nak melempang. Apakan daya, kami dihalau keluar.
Itulah antara cabaran hidup di sini. Solat tu memang dah kat mana-mana je. Dapat solat di Fitting room pun dah bersyukur lah. Sebelum ni pernah di tepi meja makan restoran, stor kedai, di tempat parking kereta yang panas terik. Bukan nak mengeluh. Pengalaman semua tu.
Dan atas request sahabat, Iwan upload lah beberapa gambar untuk ditatap.
burung-burung yang jinak di RittenPark
Ramai yang buat persembahan jalanan. Dan public di sini sangat appreciate.
Berjalan menuju ke kelas..
dan masih teringat kawan-kawan yang 'tak seusia' di Malaysia dulu. Walaupun berbeza umur, mereka tetap boleh mix jadi kawan dan yang penting, respek mereka tetap ada,
bro belanja main game, lepas ni belajar rajin-rajin. Lagi-lagi yang nak spm dan pmr tu.
alip, pose anda memang selamba..
dan sejak beberapa hari ni, Iwan asyik bermimpikan daud. Kami memang rapat kalau Iwan berada di rumah. Daud....
p/s 1- Thanks pada Dj IKIM kerana kerap memutarkan lagu Itulah Impian Ku. Kepada pendengar IKIM, terima kasih juga kerana terus menyokong karier Iwan.
p/s 2- dalam plan untuk produce dokumentari. insyaAllah kalau ada rezeki.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, September 14, 2009
Situasi di Phily
8:10 PM
4 comments
pergh...
ReplyDeletesmpai semayang kat fitting room..
mmg mencabar..
but,
i demand more picture..
huhu...
P/s: selamat hari raye aidilfitri dan selamat menghabiskan pose. jemput2 la dtg rumah..
salam lebaran
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesori post sni..
nape xletak cbox?
salam aidilfitri
salam semua...
ReplyDeleteirsyad> byk lg yg mencabar di sini. InsyaAllah akan diceritakan pada masa hadapan insyaAllah.
Gambar pun akan diupload sket2, btw kalo nk tgk byk2, pg kat facebook...
zarina> salam aidilfitri juga. :)
annur> salam idilfitri. chat box masih difikir2 utk diletak atau x. coz nk avoid scam..