Salam.
Andai diatur nadanya dengan tinggi, bunyinya seakan check-mate. Kebanggan tatkala berjaya menumpaskan pihak lawan dalam permainan catur. Tetapi bukan catur yang mahu dibicarakan dalam ruangan kali ini. Sebaliknya, kita kembali semula dengan tajuk yang terpampang di atas, yakni Check-In.
Di ruangan sosial popular, facebook, elemen check-in telah ditambah oleh pihak facebook bagi memberi peluang kepada penggunanya untuk menyatakan di mana kedudukan pengguna pada masa-masa tertentu.
Pada awalnya, saya tidak pasti apakah manfaatnya elemen check-in ini untuk digunakan? Saya pun berfikir, dan memerhati…
Mengambil jangka masa tertentu bagi menyimpul konklusi, saya terpanggil untuk mengajak semua rakan-rakan agar tidak menyalahgunakan elemen check-in ini. Mengapa?
Saya dapati, manusia mudah untuk menjadi riak dan takbur apabila mereka check-in di suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sebagai contoh, seseorang yang sedang melawat Eiffel Tower di Paris, lalu terus check-in namanya di lokasi berkenaan. Dia mahu rakan-rakan mengetahui bahawa dia pernah sampai di situ, kemudian membuat yang lainnya berasa iri hari atas pencapaiannya itu.
Mahu menafikannya? Tetapi mengapa di saat masih sepuluh batu dari destinasi hati sudah berkobar-kobar mahu check-in?
Saya pun merasakan hal yang sedemikian setiap kali check-in di tempat-tempat menarik. Rasa bangga dan ujub itu hadir, walaupun sekecil-kecil debu. Saya tiup jauh-jauh. Saya cuma mahu keluarga saya senang hati melihat saya selamat sampai di destinasi. Itu sahaja. Tetapi rasa bangga itu tetap ada di setiap kali saya check-in. Saya benci perasaan sebegitu.
Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu. Jadi, pernah saya temubual beberapa orang. Mengapa kamu check-in?
“Nak beritahu oranglah, kita dah pernah sampai situ.”
“Buat orang jealous. Hahaha!”
Nampaknya deria saya membuat tekaan yang tepat. Ramai yang check-in untuk menunjuk-nunjuk.
Jadi, andai kamu juga check-in atas niat yang sama, maka, tinggalkanlah perbuatan itu sejauh mungkin. Namun, jika kamu ada sebab yang ikhlas, mahu menyatakan pada keluarga bahawa kamu selamat tiba, tidak mengapa. Cuma, bersihkan tindakan kamu daripada sifat riak dan takbur.
Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti.
Nota: Penjenayah mengambil kesempatan dengan mengetahui seseorang tiada di rumah setelah check-in di sesuatu tempat. Jangan jadikan diri anda sebahagian daripada statistik mangsa jenayah ini.
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Tuesday, January 25, 2011
Check-In
8:28 PM
7 comments
sampai malaysia p pasar malam nak check in. :D
ReplyDeleteharap betulkan niat dulu sebelum check in. niat yg betul, cara yg betul, maka insya-Allah amalan itu tidak mendatangkan sesuatu yg tidak senang pada org lain.
ReplyDelete-m
tak suke tgk org bercinta dok check-in sana, check-in sini, dgn pasangan dia. bangga tunjuk kt orang lain yg diorg tgh bercouple. bangga dgn maksiat!
ReplyDeletetrima kasih krn menyedarkan saya
ReplyDeletesalah: belikan aku yong tau fu
ReplyDeleteano: insya-Allah :)
zainal: doakan mereka mendapaat hidayah. jika mampu, tegurlah mereka dengan penuh hikmah.
nur: sama-sama
salam alaikum...
ReplyDeletetbaca posting ini...
bfikir sbntar...
'hmm.. rupanya byk juga bnda canggih y saya x tahu'.... tp x mngapa, lama2 bleh jd tahu bila tgok org buat...
saya rasa ape jua aplikasi dlm internet ni bleh dilihat sbg kperluan.. terutamanya di dlm dunia serba canggih ni.. dah pasti ramai org sibuk mngambil kesempatan blajar mnggunakannya.. y bezanya samada dia tahu gunakan utk kbaikn atau skadar mngambil bhgian dlm era canggih ni...
tp kalo saudara sndiri dah tegaskan tujuannya utk mberitahu kluarga ttg lokasi kita.. jd ia satu bnda y baik..
dan rasanya artikel ni adlh utk mnyampaikn ilmu dan nasihat shj kan?? agaknya lah.... ape2pun slmat mnulis.. teruskan usaha mnulis bhn bacaan y baik..
sekian, terima kasih...
A good entry. Somehow, it is yes, a little bit of ujub and proud feeling is there when u were u checking in to a place where others might not have chance to go. Astaghfirullah..
ReplyDeleteAn eye opener.