Salam.
Berakhir sudah percutian Iwan baru-baru ini (Dengan jumlah pemanduan 4003 batu dan Iwan memandu hampir 3600 batu @ 5760 kilometer). Masih lagi dalam mood letih dan penat, namun harus bersemangat juga kerana sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi.
Dalam mengembara dan bermusafir mentadabbur alam, banyak pengajaran yang Iwan sudah perolehi. Untuk masa terdekat ini, sukacita Iwan mahu berkongsi beberapa sketsa menarik dan lucu, tetapi mempunyai iktibar untuk kita renungi bersama.
SKETSA 1
Beberapa orang Melayu yang bekerja di Washington DC, berasak-asak memasuki lif. Seketika kemudian, muncul seorang lelaki warga Amerika berkulit putih, turut memasuki lif berkenaan. Keadaan menjadi agak sesak dan melemaskan.
"Ish, dia ni. Besar macam lembu, tapi nak masuk berhimpit juga", ujar seorang lelaki Melayu sambil berbahasa Melayu.
"Haah, dasar lembu betul", sokong kawannya pula.
Lif kemudiannya berhenti di tingkat 7.
"Tepi-tepi, lembu mahu lalu", kata orang putih itu.
Alangkah terkejutnya sekumpulan orang Melayu di dalam lif itu. Rupa-rupanya lelaki warga Amerika itu faham dan fasih berbahasa. Masing-masing terdiam kerana malu yang amat sangat.
Nota:
Cerita ini Iwan dapat daripada pakcik Said yang Iwan dan kawan-kawan kunjungi di Washington.
Pengajaran:
Tidak kiralah orang lain tahu / faham atau tidak apa yang kita tuturkan, apa yang mustahak, tidak sesekali kita boleh mengata atau mengutuk seseorang, apatah lagi memfitnahnya. Sesungguhnya kata-kata keji itu sangat dibenci Allah dan Rasul-Nya.
Bercakap tentang keburukan seseorang walaupun benar, itu mengata / mengumpat namanya.
Bercakap tentang keburukan seseorang sedangkan ianya palsu, itu fitnah namanya.
Apakah sempurna dirimu untuk mengata kekurangan makhluk ciptaan Allah? Sedangkan dirimu jua penuh dengan kekurangan.
Itulah manusia.
Wallahualam...
~semoga niat kita ikhlas
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Friday, January 14, 2011
SKETSA 1
6:01 AM
2 comments
Aiii, buat malu orang melayu je diorang nie. Kata orang melayu penuh dengan adab sopan...
ReplyDeleteItulah hakikat segelintir masyarakat melayu masa kini...
ReplyDeletekalau nampak kawan2 kita berperangai sebegitu, kita nasihat mereka baik2