Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, December 3, 2014

JANGAN TERKEJUT MEMBACA BUKU INI

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan para pembaca yang sudah membaca buku terbaharu saya iaitu Philly, Aku Culture Shocked, terbitan Bebas Press.



Best atau tidak, mari kita lihat pandangan mereka ini:

1) @artjakulasi 
"Membacanya seperti petualang bersama penulis. Adunan nilai2 Islam sungguh sebati. Tuhan tidak pernah jauh, terkadang kita yang lupakan Dia.

"Philly, aku culture shocked! Okeyy, buku ni boleh kata macam diari atau travelog seorang lelaki iaitu Iwan Reaz yang menjalani kehidupan belajar di Amerika. Untuk lebih tepat di Philly; Philadelphia. Dari mula dia mohon secara terpaksa sampailah dia habis belajar. . 

Pendapat aku lah, watak Iwan dalam buku ni macam Fahri ayat ayat cinta. Korang pernah tengok cerita tu ? Haa, boleh kata macam tu lahh apa yang aku boleh kata dalam bahasa mudah untuk korang bayangkan. . Tapi bukan lahh ada pompuan fitnah kata dia rogol ke apa. Tak. Personaliti. Kau tau kan personaliti Fahri tu macam mana ? Tak tahu sebab tak tengok lagi cerita tu ? Haaa, baca buku ni. Hahahaa. . 

Cerita dalam buku ni di susun melalui bab. Contoh macam, bab makanan; dari awal kau datang Amerika sampai kau nak balik Malaysia, cerita pasal makanan jek. Faham tak ? Makna dia jalan cerita buku ni tak ada flow macam cerita lain yanv ada flow 

Tapi ! Yang aku boleh kata menarik dalam buku ni, kau akan tahu banyak pasal Philly. Dah kata travelog begitu. Buku ni memang kisah fakta dan nyata dan realiti *mungkin* . Kau juga dapat tahu macam mana Philly sebenarnya. Apa jadi hari Jumaat. Apa yang best. Macam mana kejiranan dia. Macam mana penduduk dia. Lagi lagi pasal hubungan muslim and non muslim. Ia menarik. . 

Ohh ! Akan ada kat hujung beberapa bab tuu puisi atau sajak (?) So, ia tak lah fully cerita. Ada juga diselitkan dengan sajak atau puisi. Pelik tapi menarik sebab lain dari yang lain

3) Ila Husna  
Tak puas sebab banyak lagi pengalaman iwan selama di sana yang mahu diketahui. Apa pun tahniah iwan sangat cekal dan istiqamah menulis. 3.5 bintang saya berikan untuk buku ini sebab tak puas baca. Mahu lagi.

4) Alang Ana
Buku ini sangat santai dari segi bahasa yang digunakan. Jalan cerita yang menarik dan mudah difahami membuatkan aku susah nak berenggang dengan buku ini. Sejujurnya buku ini adalah himpunan pengalaman penulis sepanjang belajar di Philadelphia.
Tersenyum aku bila penulis sebenarnya tersalah pilih tempat belajar berikutan terikut dengan pilihan rakannya. Walaupun Philly dikatakan negara yang sangat huru hara dan menakutkan kerana dipenuhi gengster dan kisah hitam, namun penulis berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Lebih manis bila 'bidadari'nya turut ditemui di sini..

Thumbs up untuk penulis.

_________________________________________

Anda pula bagaimana?
Apa komen anda?
Belum baca lagi?
Tempahlah sekarang! 

Sekian,
Semoga niat kita ikhlas~

Sunday, January 5, 2014

NOVEL GOODBYE NEW YORK DIKRITIK?

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ingin kongsikan pandangan para pembaca novel Goodbye New York (GNY). Adakah para pembaca sukakannya? Atau adakah novel Goodbye New York dikiritik hebat? Mari kita sama-sama baca pandangan telus mereka ini.

Nota: Saya tidak mengubah isi komen mereka, saya cuma sunting bahasa mereka yang salah, contohnya shortform "x", saya tukar kepada "tidak". Ini adalah demi kelestarian bahasa kebangsaan kita.


Nur Zahidah, Terengganu.
GNY bukan sekadar wadah atau bacaan untuk golongan remaja tetapi juga sesuai untuk semua peringkat umur, Ini disebabkan oleh pengolahan cerita oleh penulis tentang pengalaman beliau di NY ketika tempoh pengajian diaplikasikan dalam cerita GNY. Anjakan paradigma di NY yang diolah dalam cerita santai.

Shahkang, Manchester, (Penulis / Pelajar phd)
Latar New York menggamit minat anak-anak untuk terus membaca, sesuatu umpan menarik bagi membolehkan anak-anak yang tidak minat membaca untuk sekurang-kurangnya menelaah buku. Paling penting penulis menggarap watak-watak dengan cukup baik untuk diikuti pembaca. Sudah tentu mesejnya sampai berbanding novel-novel cinta di pasaran.

Afif, Johor (Guru)
Bagus penulisan anta. Pada pandangan ana, susah nak jumpa sekarang novel yang berbentuk ringan, senang nak faham. Sebab ana tak suka sangat kalau baca novel yang berat-berat. Keep it up akhi. Dan kalau boleh, banyakkan atau selitkan dalam penulisan anta tu tentang nilai-nilai kemanusiaan yang diajarkan oleh nabi, dan sebagainya. Nilai berbaik sangka contohnya.

Hafizi Azmi, Gombak (Pelajar universiti)
Cover buku sangat lawa, lukisan dia pun lawa-lawa (saya jadi fans kak Hani Raimi pula). Lukisan  dan bio tu membantu pembaca imagine dan memahami karekter, banyak nasihat untuk murid-murid tentang nilai-nilai murni dan lain-lain. Good! Kemunculan Trio Queen tu dah best, tapi tak nampak kuat sangat kesan dia. Fikri pula patut sebut Cik Kiah dengan lebih banyak kali. Lepas tu bila dia sebut, Raqy cepat-cepat betulkan.

Asilah Safina
Abang, buku Selamat Tinggal New York tu best lah.

Aznieta, Melaka (Pekerja Swasta)
Novel GNY terbaik. Sesuai untuk bacaan remaja yang mana ia menceritakan tentang seorang remaja yang merasakan dirinya bagus daripada orang lain. Jangan berlagak sombong dengan kelebihan yang kita ada tapi bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Walaupun berperangai macam tu tapi masih ada insan yang sudi berkawan dengan dirinya. Ingat tak semua manusia sempurna tapi boleh praktis make perfect sebelum menganggap diri kita yang paling sempurna daripada orang lain. Tiada siapa yang lebih sempurna melainkan dia. Good job!

Bad, Kuala Lumpur
Konsep cover yang menarik. Pengisian yang bermanfaat. Ceritanya mudah difahami & santai amat menyeronokkan proses pembacaan. Sesuai untuk anak-anak muda dan dewasa pun tak salah nak baca sebab novel ini juga sedikit sebanyak menceritakan kehidupan di New York. Cuma agak nipis. Sehari boleh habis.

Hakem Haikal, Kuala Lumpur (Pelajar sekolah)
Saya suka novel abang lagi-lagi Brr Sejuknya Salji dan Selamat Tinggal New York. Saya harap abang buat novel lagi ya.

Syafieqah Qafiesya, Kota Kinabalu (Pelajar universiti)
Jalan ceritanya menarik. Kalau ada sambungan, mungkin negara lain, awak boleh buat jalan ceritanya menjadi lebih panjang lagi. 200 muka surat begitu. Terima kasih. Teruskan berkarya

Khairunnisya Aleeya, Terengganu (Pelajar sekolah)
Saya suka novel GNY. Watak Raqiyah bagi peranan utama sangat menarik. Dia juga baik hati dan penyayang. Dia boleh menyesuaikan diri daripada New York Girl kepada Kampung Girl.

Hans Nasyid Nfm, Gombak (Pelajar Universiti)
Tahniah abang Iwan atas 'buah tangan' yang baru. Walaupun GNY genre novel awal remaja, tapi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dengan gaya bahasa yang lebih santai. Kadang-kadang guna novel ini untuk rujukan assignment sociology. Thumbs up!

___________________________
Komen daripada saya: Saya sebenarnya suka jalan-jalan di AEON Cheras Selatan. Di sana ada Popular Book Store. Saya dapati novel GNY dulu ada banyak dijual, lama-kelamaan habis. Gembira hati saya. Harapnya kedai lain pun samalah.

Terima kasih kepada semua pembaca dan juga yang memberi pandangan. Insya-Allah, saya bercadang mahu menulis Goodbye New York 2. Idea sudah ada. Namun proposal masih belum ditulis. Kepada pihak penerbit yang membaca blog ini, mohon memberi kelulusan ya. =D

insya-Allah!

p/s - rating Goodbye New York di Goodreads pada saat entri ini ditulis adalah 4.40 daripada 5 bintang. Terima kasih! Berikan pandangan dan bintang ada di link ini - BERI BINTANG & KOMEN




~semoga niat kita ikhlas.

Tuesday, December 24, 2013

Menempuh Alam Pekerjaan

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, banyak berlangsung majlis graduasi di seluruh negara yang melibatkan banyak IPTA dan IPTS.

Saya seronok dan bahagia sekali melihat rakan-rakan saya diraikan dalam majlis berkenaan. Tentu penat lelah mereka mengulangkaji pelajaran dan bertungkus-lumus belajar siang dan malam telah berbayar. Senyuman mereka, air mata mereka, gelak tawa mereka di hari penuh bersejarah ini, secara tidak langsung meruntun perasaan saya.

-Namun secara peribadi, sebenarnya saya agak pesimis dengan majlis graduasi-

Dulu, saya juga seperti graduan-graduan ini. Kemudian, setelah saya memasuki dunia realiti, barulah saya sedar betapa sukarnya erti kehidupan. Berapa banyak interview yang perlu saya tempuhi untuk mendapatkan pekerjaan. Malah sehingga kini, masih ramai rakan-rakan saya yang menganggur. Bukannya mereka tidak berusaha, tetapi persaingan masa kini begitu sengit. Sehinggakan ada seorang rakan saya yang ditemubual dan kisahnya dimuatkan dalam majalah Mastika dengan tajuk - Dua Ijazah Saya Dari Amerika Tidak Laku?



Begitulah kroniknya situasi masa kini. Sebab itu saya lihat majlis graduasi ini cukuplah sekadar untuk bergembira dengan kadar yang sederhana atas kejayaan menempuhi alam universiti. Bukannya seolah-olah segalanya sudah berakhir, sepertinya hidup sudah berjaya. Oh, tidak! Anda baru sahaja hendak memulakan langkah pertama dalam dunia sebenar. Oleh sebab itu juga saya sering mengingatkan rakan-rakan saya yang bergraduasi, agar tidak berlebih-lebihan semasa majlis graduasi mereka.

Sedarilah, pointer kita hanyalah umpama sekeping pass untuk mendapatkan interview. Semasa ditemuduga, skill sebenar yang perlu ditonjolkan adalah kemahiran berkomunikasi.

Buat rakan-rakan yang masih mencari pekerjaan, teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.

Saya coretkan sedikit perjalanan saya dalam mencari kerjaya:

- Temuduga FSTEP untuk Public Bank
Keputusan: Saya diaturkan untuk temuduga dengan syarikat lain.

-Temuduga FSTEP untuk AIG
Keputusan: Tidak berjaya

- Temuduga (phone interview) untuk OCBC
Keputusan: Tiada jawapan. Anggaplah tidak berjaya.

-Temuduga CIMB Wealth Advisor (CWA)
Keputusan: Berjaya. Namun saya meletak jawatan pada bulan November 2012

-Panggilan temuduga United Overseas Bank (UOB)
Keputusan: Saya menarik diri

- Temuduga Bank Islam
Keputusan: Tidak berjaya

-Temuduga Akademi Infitah
Keputusan: Berjaya. Bertugas dari Disember 2012 sehingga kini (sambilan)

- Panggilan temuduga Maxis
Keputusan: Saya menarik diri

-Temuduga Maybank
Keputusan: Tidak berjaya di peringkat ke-2

-Temuduga RHB
Keputusan: Tidak berjaya di final stage

- Temuduga Universiti Putra Malaysia
Keputusan: Saya menolak tawaran

- Panggilan temuduga CIMB
Keputusan: Saya menarik diri

- Panggilan temuduga Jobstreet
Keputusan: Saya menarik diri

- Temuduga Etiqa Maybank
Keputusan: Saya menarik diri

- Temuduga PETRONAS
Keputusan: Tidak berjaya di final stage

-Temuduga Prudential
Keputusan: Tiada jawapan (Anggaplah tidak berjaya)

- Panggilan temuduga KWSP
Keputusan: Saya menarik diri

- Panggilan temuduga AMBANK
Keputusan: Saya menarik diri

-Temuduga BERNAMA
Keputusan: Berjaya dan bekerja daripada Februari 2013 sehingga kini.

- Panggilan temuduga PETRONAS kali ke-2
Keputusan: Saya menolak tawaran kerana sudah serasi di BERNAMA

- Panggilan temuduga MAYBANK kali ke-2
Keputusan: Saya menolak tawaran kerana sudah serasi di BERNAMA

- Panggilan temuduga PETRONAS keli ke-3
Keputusan: Saya menolak tawaran kerana sudah serasi di BERNAMA

- Temuduga Penerbit Rancangan (RTM)
Keputusan: Saya hanya hadir sesi pertama.

______________________________________________________

Jika ada yang tertanya-tanya mengapa saya menolak sesetengah tawaran bekerja, maka saya lihat pada beberapa faktor. Antaranya jawatan yang ditawarkan, tempoh waktu bekerja, lokasi, persiapan untuk temuduga (ada sesetengah temuduga hingga 5 stages) dan beberapa faktor lain.

Mungkin ada yang mempertikaikan, mengapa saya menolak tawaran untuk bekerja di tempat yang mungkin lebih lumayan seperti di PETRONAS. Bagi saya, value atau nilai yang saya perolehi di tempat kerja sekarang, adalah sukar untuk didapati di syarikat lain, hatta di unit dan jabatan lain sekalipun. Saya hargai apa yang saya miliki sekarang. Mungkin itu adalah hikmahnya saya perlu bersabar dalam mendapatkan kerja tetap kerana Allah telah rancang sesuatu yang terbaik untuk diri saya.

Mungkin ada kerja yang kita rasa kita suka kerana kena dengan bidang yang dipelajari, namun kita tidak sedar, semasa kita bekerja nanti banyak faktor yang akan mempengaruhi. Contohnya sikap teman sekerja, sikap boss, kesesakan ke tempat kerja, dan banyak lagi. Jadi, saya ingin simpulkan di sini bahawa dalam mencari pekerjaan, kuncinya adalah USAHA dan SABAR.

Selamat menempuh alam pekerjaan buat para graduan =)

~semoga niat kita ikhlas

Monday, November 11, 2013

Filem Pendek - Saya Tunggu Awak

Assalamualaikum wbt.

Minat merakam, menyunting dan menerbitkan video/ filem pendek, sudah bermula sejak saya berada di bangku sekolah menengah lagi. Kini, saya semakin serius untu mengembangkan minat saya ini ke tahap lebih tinggi.

Baru-baru ini, ada sebuah Bengkel Menghasilkan Filem Pendek Patuh Syariah yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu. Bengkel dikendalikan oleh Tuan Zabidi Mohamed, seorang penulis skrip. Saya turut terlibat dalam mengajar slot penyuntingan video. Alhamdulillah, tuan Zabidi berminat untuk mengajak saya menjayakan bengkel seperti ini di masa akan datang.


Selepas bengkel ini, saya dan beberapa orang penulis Galeri Ilmu bekerjasama untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk, Saya Tunggu Awak. Dalam filem pendek ini, saya telah melakonkan sebagai watak utama. Saya juga bertanggungjawab untuk menyuntingnya. Ini adalah hasilnya:


Alhamdulillah, maklum balas yang diterima sangat positif. Bonda Nor, penulis novel Saya Tunggu Awak yang merangkap pengarah bagi filem pendek ini, bercadang untuk menghasilkan siri-siri yang berikutnya. Jadi, nantikan Saya Tunggu Awak siri 2 pula.

~semoga niat kita ikhlas

Wednesday, October 23, 2013

Menulis Tidak Susah, Tetapi ...

Siapa kata menulis itu susah? Semua orang pun menulis dalam kehidupan seharian. Di sekolah, universiti, pejabat, di mana-mana sahaja. Tetapi untuk menghasilkan karya kreatif, tidak semua orang boleh melakukannya. Mungkin ada orang memang dilahirkan dengan bakat menulis. Dalam masa yang singkat, berjela-jela tulisannya.

Saya percaya saya ada secebis bakat, tetapi tidaklah berbakat sangat. Sebab semasa saya bersekolah dahulu, menulis karangan untuk kertas Bahasa Melayu 2 adalah sesuatu yang  mudah bagi saya. Tulis sahaja, insya-Allah akan A. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan sebilangan penulis lain, bertimbun-timbun karya mereka dalam masa yang singkat. Saya? Heh...

Menulis bukan hanya memerlukan bakat. Apalah ertinya bakat tanpa usaha. Seseorang yang berbakat, tetapi malas untuk berusaha menyiapkan karyanya, akan mudah berhenti di sekerat jalan. Mungkin anda juga berbakat, tetapi ada tembok yang bernama malas menghadangi perjalanan anda. Cuba buang sifat malas itu dan gantikan dengan tangga menuju kejayaan.

Menulis juga memerlukan ilmu pengetahuan. Bacalah buku!
Menulis juga memerlukan pengalaman. Pergilah mengembara!
Menulis juga memerlukan tanggungjawab. 

Apabila bakat + ilmu + pengalaman  + tanggungjawab, saya percaya barulah = penulisan yang bermanfaat buat masyarakat.

Jadi, peringatan buat diri saya sendiri, juga kepada semua penulis, serta semua orang yang mahu menulis. Tulislah sesuatu yang bermanfaat. Apalah gunanya karya kita itu laku keras di pasaran tetapi isinya padat dengan perbualan kosong, berunsur maksiat dan sekadar hiburan yang sementara.

"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti."
-Saidina Ali r.a-



~semoga niat kita ikhlas

Friday, September 27, 2013

PANDANGAN PEMBACA NOVEL DIARI UNTUK IBU

Assalamualaikum wbt.

Novel Diari Untuk Ibu terbitan Buku Prima, adalah salah satu novel yang istimewa bagi saya kerana bukan mudah bagi novel ini untuk menembusi pasaran. Saya mula menulis novel ini semasa percutian ke Pulau Bahamas. Pengalaman menulis novel ini dirasakan cukup unik kerana saya menulisnya semasa berada di atas kapal persiaran cruise. 



Ianya berjaya disiapkan pada bulan April 2011, tetapi pernah ditolak beberapa kali atas alasan jalan ceritanya yang terlalu sedih dan tidak sesuai bagi golongan remaja membacanya. Akhirnya novel ini lulus untuuk diterbitkan dengan bersyarat. Syaratnya adalah saya perlu menukar sebahagian jalan cerita supaya elemen sedih dan gembira itu seimbang.

Alhamdulillah, setelah begitu banyak rintangan dilalui, novel ini berjaya juga diterbitkan sekitar bulan April 2013. Berikut adalah sinopsis novel Diari Untuk Ibu:

SINOPSIS
Tragedi 9 Disember yang dialami oleh Izz Akmal sekeluarga telah merampas kebahagiaan mereka. Ibunya, Puan Syamira, telah hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.

Izz Akmal mencatat segala peristiwa yang berlaku dalam hidupnya di dalam sebuah diari. Dia berharap dapat menghadiahkan diari itu kepada ibunya kelak. Dia yakin ibunya akan pulang!

Izz Akmal semakin sedih apabila pernah melihat kelibat seorang wanita bersama ayahnya, Encik Syamsul, di bandar. Kemelut emosi Izz Akmal semakin memuncak apabila Encik Syamsul mengajak mereka sekeluarga bertemu dengan seorang wanita yang dipanggil sebagai Auntie Hana.

Siapakah Auntie Hana sebenarnya? Adakah dia bakal menggantikan tempat ibu Izz Akmal?

_________________________________________

Sekarang, mari kita baca apa pula komen atau pandangan para pembaca yang sudah menamatkan bacaan novel Diari Untuk Ibu ini:
(nota: saya perbetulkan short-form tulisan pembaca)

TESTIMONI

1- MUNIRAH, Johor
"Diari untuk ibu merupakan satu novel yang baik. Sarat dengan elemen kekeluargaan. Penuh dengan adegan, gembira, sedih, suspen, jenaka pun ada. Memaparkan kesetiaan dan kasih sayang sesama ahli keluarga walaupun diuji dengan cabaran."

2- SYAZE SAPIKIN, Shah Alam
Diari untuk ibu jalan cerita yang menyentuh hati.... gugur juga air mata....

3- ILA HUSNA, Novelis
-Lukisan dalam novel ini yang comel.
-Dapat baca diari Izz Akmal. (mungkin sebab antara novel berbentuk diari antara pilihan aku)
Apa-apa pun, syabas untuk tuan pengarang yang menuliskan kisah ini.

4- HANAN, Johor
Terima kasih untuk satu catatan indah Diari Untuk Ibu. Tersangat terkesan di hati, Seandainya catatan ini berlaku dalam dunia realiti saya, pasti saya menjadi insan paling bahagia dalam dakapan ibu saya. Tahniah untuk catatan ini. Air mata menjadi bunga-bunga diari untuk ibu. Bingkisan hebat dari naluri seorang anak.

5 -AISYAH KHALIL, Petaling Jaya
Melihatkan covernya yang ceria, saya fikir isinya juga ceria. tapi, rupanya tidak. ceritanya sedih. saya jarang baca kisah2 sedih. saya kesal sebab tak baca sinopsisnya dengan teliti sebelum membeli. tapi selepas saya menyelak bab demi bab...

saya membaca sepenuh perasaan. saya ingin tahu, apakah tragedi 9 Disember itu. saya semakin teruja untuk meneruskan bacaan sehingga ke akirnya. Nampaknya, Diari Untuk Ibu ni benar2 terkesan di jiwa saya.

6 -NAJWA
sedihnya cerita diari untuk ibu. seronok baca dan sangat menginsafkan. boleh buat drama.

7 -HAFIZI AZMI, Tanjung Malim
Sebuah novel berbentuk diari yang ditulis oleh seorang kanak-kanak buat ibunya. Masih terus memaparkan nilai-nilai murni yang seharusnya wujud dalam diri anak-anak remaja dalam kehidupan, kasih seorang ayah, abang yang baik, persahabatan. 

Lukisannya & ilustrasi membuatkan novel lebih menarik. Cantik, cuma kadang-kadang ada sedikit lukisannya yang tampak kaku sedikit (eh, ini review novel, bukan lukisan..), tapi dengan adanya lukisan, novel ini lebih menarik.

Syabas kepada penulis atas usaha menghasilkan karya ini! Selamat membaca kepada pembaca yang sedang menikmati novel ini! Teruskan menulis karya yang lebih baik di masa akan datang!

8 - ANNUR MOHAMMAD, Kuala Terengganu
Tahniah atas karya Diari Untuk Ibu. First novel yang mampu buat saya menangis untuk tamatkan bacaannya. Tahniah .


Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudi membaca novel ini. Jika tidak keberatan, anda juga boleh memberi rating di goodreads. (KLIK DI SINI) 

Sekiranya anda mahu membeli novel ini terus daripada penulis, anda boleh hubungi saya melalui facebook - Iwan Reaz Ridzuan Ghazali atau di page Iwan Reaz atau melalui emel: iwanreaz@yahoo.com. Harga novel ini hanya RM15.

Jika anda mahu membeli complete set novel Iwan Reaz (5 buah buku semuanya), anda akan dapat harga istimewa iaitu hanya RM60. Hubungi penulis untuk maklumat lanjut. (Cepat, selagi stok masih ada!)

Wassalam.

P/S- Novel Diari Untuk Ibu juga boleh didapati di Popular, MPH, Times dan banyak lagi kedai buku terkemuka.

~semoga niat kita ikhlas

Wednesday, September 25, 2013

Melodi Hati Insan Bernama Iwan

Assalamualaikum wbt.

Aku suka menulis. Tika menulis, aku seperti dapat menzahirkan emosi yang meledak di lubuk hati. Menulis memberi aku inspirasi untuk terus maju dan mencapai impian. Namun, tidak semua perkara boleh ku abadikan dalam bentuk tulisan kerana bimbang karya yang ku anggap sebagai tiket untuk ke syurga, menjadi pengheret aku lembah yang hina. Maka, aku akan terus dan terus dan terus menulis perkara-perkara yang baik sehingga ke titisan darahku yang terakhir.

Melodi Hati - Karya pertama yang berjaya diterbitkan pada penghujung tahun 2009. Karya ini memang ikhlas lahir daripada perasaan hati. Ilham datang tanpa disangka. Siapa tahu, karya ini mula mengubah perjalanan hidupku?

Hazim, Aizat & Muzik - Lahir pada tahun 2011. Bukan mudah untuk melihat karya ini diterbitkan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Novel ini banyak memuatkan latar ketika aku belajar di luar negara - Philadelphia, Amerika Syarikat.

Brr Sejuknya Salji - Juga karya yang terbit tanpa disangka. Mulanya sekadar gurauan di laman sosial tatkala junior begitu teruja bermain salji buat pertama kali. Karya paling cepat disiapkan - hanya 3 minggu. Terbit pada tahun 2012.

Diari Untuk Ibu - Lahir pada tahun 2013. Mengikut perancangan, mahu diterbitkan sekitar 2011. Namun, kisah sedih di dalamnya terpaksa dirombak bagi memenuhi keperluan semasa. Pun begitu, masih ramai pembaca yang menitiskan air mata saat membaca naskhah ini.

Goodbye New York - Juga terbit pada tahun 2013. Sampai di tangan penulis beberapa jam selepas Diari Untuk Ibu. Karya ini umpama ucapan selamat tinggal kepada bumi Amerika setelah aku berjaya menamatkan pengajian. 



Jika ada orang yang tertanya-tanya, bagaimana aku membahagi masa untuk menulis, maka jawapanku, setiap orang tentunya punyai masa lapang sendiri. 
Seperti pemuda yang lain, aku juga gemar bermain permainan video. Kerana mahu menulis, maka aku singkatkan masa bermain.

Jadi, jika kamu benar-benar minat menulis, korbankanlah masa lapang anda untuk menulis. Disiplinkan diri. Tetapkan satu tempoh masa khas untuk menulis. Sehari satu jam misalnya.
Mungkin adakalanya sewaktu kita sudah bersedia untuk menulis, tetapi idea pula kering bagaikan kemarau. Setiap penulis tentunya berdepan dengan masalah sebegini. 

Jadi, aku tidak meletakkan limitasi untuk berkarya. Tulislah di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai. Saat ilham menjengah minda, segera catatkan! Telefon adalah teman rapatku. Lebih rapat daripada pensel. Benar!

Nasihatku, jadikan apa-apa yang boleh membantu kamu untuk berkarya itu sebagai teman. Selamat menulis. Tulislah perkara yang baik. Moga karya kita memberi manfaat kepada umat sejagat.

Wassalam.

~semoga niat kita ikhlas.

Friday, September 20, 2013

Iwan Reaz Di Akhbar Utusan & The Malaysian Insider

Assalamualaikum wbt.

Terkini, artikel berkenaan Iwan Reaz/Iwan Ghazali dipaparkan di akhbar Utusan & juga laman web The Malaysian Insider.


Utusan Malaysia, 19 September 2013


The Malaysian Insider, 10 September 2013

~semoga niat kita ikhlas

Tuesday, September 10, 2013

Muncul Di Berita BERNAMA

Assalamualaikum wbt.

Pada hari Isnin, 9 September 2013, pihak BERNAMA telah mengeluarkan satu artikel di website mereka.



Anda boleh membaca artikel tersebut dengan KLIK DI SINI

Juga terdapat dalam versi Bahasa Inggeris. KLIK DI SINI

Terima kasih saya ucapkan kepada wartawan yang menemubual saya iaitu Puan Melati.

~Semoga niat kita ikhlas

Sunday, July 28, 2013

#ohmyramadhan 2012 - Bahagian 1

Assalamualaikum wbt.

Tahun lalu, di bulan yang sama, bulan Ramadhan yang mulia, saya berkongsi status #ohmyramadhan hampir setiap malam. Perkongsian #ohmyramadhan ini lebih menjurus kepada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

Jadi di post kal ini, saya dengan rendah dirinya ingin berkongsi semula kesemua status #ohmyramadhan. Semoga ianya bermanfaat buat kita.

#ohmyramadhan-1
Ramai yang bersemangat untuk bertarawikh di malam pertama ramadhan. Bagus! Semua masjid pun biasanya penuh. Tapi di pertengahan semakin berkurang. Di penghujung pula lengang.

Ramadhan pesta ibadah. Ambillah peluang untuk bertarawikh penuh. Setahun hanya di bulan ramadhan. 

Salam ramadhan al-mubarak!



#ohmyramadhan - 2
Setiap tahun kita inginkan Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Tapi ada kita ambil apa-apa tindakan? Atau sama saja perangai macam tahun lepas? 

Ramadhan masih panjang. Rebutlah peluang ini untuk memperbanyakkan serta memperbaiki ibadah kita.

"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (al-Bukhari)



#ohmyramadhan - 3
Sahur, banyak fadhilatnya. Melewatkan sahur pula lebih afhdal. 

Tapi jangan sampai bilal mula azan anda baru nak suap makanan. 

Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya." (Bukhari - Muslim)



#ohmyramadhan - 4
Berpuasa mengajar kita untuk menyelami kesusahan dan penderitaan orang-orang yang susah disamping meningkatkan rasa syukur pada Allah Taala.

Tapi bila pergi bazar Ramadhan, beli makanan ikut hawa nafsu, satu jari satu plastik makanan (atau lebih), maka lenyaplah hikmah berpuasa ini.

Nak membazar boleh, tapi jangan membazir.

“Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
(Surah al-Isra : ayat 27)




#ohmyramadhan - 5
Amalan bertukar-tukar juadah adalah satu perkara yang sangat popular di bulan Ramadhan. Selain dapat mempelbagaikan juadah berbuka, ianya juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan persaudaraan.

Tapi janganlah pula ...

"Terima kasih ya iwan."
"Sama-sama. Errr akak nak bagi saya apa pula? Takkan tak ada apa-apa kot?" 

~Jangan pula harapkan balasan.




#ohmyramadhan - 6
Sempena bulan Ramadhan ni, ramai yang merebut peluang untuk beramal dengan menyalurkan harta benda untuk kebajikan anak-anak yatim, orang miskin, orang sakit dan mereka yang memerlukan. Alhamdulillah.

Tapi jangan pula sibuk-sibuk nak beritahu wartawan, pemberita, masuk tv, sidang akhbar, tweet dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)




#ohmyramadhan - 7
Semasa berpuasa, kita bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah mulut kita juga mestilah dijaga daripada sebarang kata-kata yang nista, mengumpat, mencarut dan sebagainya.

Bukan dengan percakapan saja, malah penulisan juga. Usah meluahkan kata-kata kesat di Facebook, Twitter, blog dan sebagainya.

Kongsikan perkara-perkara yang baik. Atau jika tidak, diam itu lebih baik daripada berkata-kata sesuatu yang tidak berfaedah.

Sabda Rasulullah SAW: “Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau diam.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)




#ohmyramadhan - 8
Puasa mengajar manusia erti sabar. Namun, apakah maksud sabar yang kita faham?

Adakah hanya dengan menahan lapar, menahan marah serta pasrah dengan segala ujian itu, adalah dikatakan sabar?

Sabar adalah apabila ditimpa musibah, manusia masih mendirikan solat, dalam kepayahan dan kesukaran akan tetap berjemaah di masjid, bangun di tengah malam untuk beribadah serta tidak kedekut untuk membelanjakan harta sekalipun hartanya tinggal sedikit.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (az-Zumar, 39:10)





#ohmyramadhan - 9
Ramai yang mengambil peluang di bulan puasa ini bagi memperbaiki ibadah dan menjadikan sebagai titik permulaan untuk istiqamah dalam melaksanakannya.

Selain memperbaiki ibadah kepada-Nya, hendaklah kita turut memperbaiki akhlak dan tingkah-laku kita sesama insan lain.

Jaga hubungan dengan Allah.
Jaga hubungan sesama manusia.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: 
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan.”





#ohmyramadhan - 10
Berbuka puasa. Satu kenikmatan.

Namun, jagalah adab semasa hendak berbuka. Rasulullah SAW telah mengajar kita beberapa adab seperti:
-Membaca doa
-Menyegerakan berbuka puasa
-Berbuka dengan buah tamar
-Berbuka dengan bersederhana dan tidak membazir

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak” (Riwayat Ibn Majah)





#ohmyramadhan - 11
Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki fasa ke-2 dalam bulan ramadhan, peringkat yang dikenali sebagai maghfirah (keampunan).

Bukan bermakna waktu lain tiada keampunan. Tetapi rebutlah peluang istimewa yang ditawarkan ini untuk bertaubat, memohon agar dosa-dosa kita sebelum ini diampunkan Allah SWT.

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan, dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(al-Furqan, 25:70)





#ohmyramadhan - 12
"Hmm, hari ni aku bangun sahur lambat. Dapat makan sikit je. Kelaparanlah aku hari ni nampaknya."

Salah tu. Bersahur bukan kerana mahu kenyang semata. Mana mungkin makan di awal pagi boleh tahan sampai mentari terbenam. Tetapi kita bersahur kerana mahu mendapatkan keberkatan.

Moga-moga puasa kita terhindar daripada perbuatan maksiat, dalam keletihan mampu mendirikan ibadah, dan produktiviti kerja masih berjalan seperti biasa. Itulah keberkatan.

Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam sahur itu ada keberkatannya." (Bukhari, Muslim)





#ohmyramadhan - 13
Sempena ramadhan yang mulia ini, marilah kita mempertingkatkan lagi ilmu di dada. Sertai majlis-majlis ilmu, tazkirah dan sebagainya.

Ikhlaskan niat di hati. Mula-mula tak ikhlas pun tak apa, apabila hati dah terbiasa dengan majlis ilmu, lama-lama akan berputiklah cinta. 

Cinta untuk menjadi tetamu taman syurga 

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui taman-taman syurga , maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).





#ohmyramadhan - 14
Bahagianya berbuka puasa bersama keluarga. Harmoninya berbuka puasa bersama rakan-rakan. Indah dan ceria sekali dapat berbuka puasa beramai-ramai.

Harapnya, dalam menunaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan yang lain-lainnya, kita juga memilih untuk melaksanakannya secara berjemaah.

“Sesungguhnya Allah mengasihi kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah binaan yang tersusun kukuh” (as-Saff, 61:4)





#ohmyramadhan - 15
Apabila puasa tidak lagi dipandang sebagai satu ibadah, menjadi satu budaya dan tradisi semata-mata. Maka, ramailah yang berpuasa tetapi tidak solat. Berpuasa tetapi tidak membayar zakat. Berpuasa tetapi membuka aurat.

Kita mahu puasa kita diterima Allah.
Kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

“Ada antara umatku yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa, melainkan lapar dan dahaga.”



Insya-Allah, #ohmyramadhan - 16 hingga 29 akan dikongsikan dalam post yang akan datang.

~semoga niat kita ikhlas