Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, December 28, 2009

Kehilangan Permata Dalam Ae-Man

Salam.

Saat Iwan menulis post di blog ini, sebenarnya Iwan sedang menulis siri ke-2 Melodi Hati. Untuk siri ke-2 ini, cabaran dan rintangan lebih banyak. Malah, Iwan perlu membuat pelbagai persediaan dan research kerana hendak membuat jalan cerita yang realistik.

Sedang membuat research, Iwan singgah sebentar di fenomenasyid.blogspot.com/ Terjumpa satu kisah yang sangat menyayat hati. 23hb Disember yang lalu, seorang ahli kumpulan Ae-Man iaitu adik Hazmirul atau nama penuh arwah Muhammad Hazmirul Hasrul yang baru berumur 15 tahun, telah kembali ke rahmatullah. Mari kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham. Al-fatihah.

Allahyarham di sebelah kanan, bawah.

Sebenarnya tengah kering idea ni. Kalau hari-hari sebelumnnya laju menulis, sekarang ni sekejap laju, sekejap termangu. Dan sekarang, baru membaca berita yang menyentuh hati. Iwan terduduk sebentar. Termenung. Sedih dan hiba terasa. Kepada mereka yang sudah membaca Melodi Hati, tentu kalian memahami mengapa Iwan rasa begitu tersentuh.

Memang, janji Allah itu tidak mungkin dimungkiri. Jika sudah tiba ajal, tidak terlewat satu saat mahupun satu saat terawal..  Muda atau tua, tiada siapa dapat meneka bilakah ajal akan tiba.

Jadi buat kita semua yang masih muda lagi ini, janganlah anggap masa muda remaja ini untuk berseronok, bebas melakukan apa sahaja, masih punya masa untuk bertaubat. Anda pasti?

-p/s-rakan dari Wisconsin datang ziarah rumah Iwan di Philly. Seronok dapat berkumpul kembali. Sabtu Iwan dan kawan2 bawa mereka berjalan-jalan di city hall dan merasa keenakan Philly Cheese Steak. Hari Ahad pula melawat Old City.



Monday, December 21, 2009

Snow @ Philly

Salam.

Tahun ini kawasan Philadelphia diramalkan mengalami snowstorm yang agak lebat, setelah berpuluh tahun salji yang turun hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang risau mendengarkan berita ini. Ya memang benar, banyak kesulitan yang dialami penduduk Philly, terutamanya melibatkan kenderaan.

Bagaimana pula dengan Iwan dan kawasan sekitar rumahnya?

Pengalaman berenang dalam salji sememangnya tidak dapat dilupakan. :D  Kesejukan dapat dilupakan sementara. Memang indah dapat memegang salji yag semulajadi, lembut dan cantik. Subhanallah. Segala Puji hanya layak untuk Allah.



Selepas solat Asar, Iwan turun ke halaman rumah, dan diikuti oleh sahabat-Nik. Kami membina snowman kami yang pertama. Rasa seperti menjadi kanak-kanak kembali. Rasanya inilah kali pertama Iwan merasai kebebasan bermain di luar rumah di Philly ini di waktu petang. Jiran-jiran yang lalu lalang menegur kami dengan ceria, melihat telatah kami yang girang tatkala itu.

"Nice snow man ya!"

"After that, please make two in front of my house!"

Kami juga tertawa dengan telatah jiran-jiran kami yang ramah mesra itu.

Dalam proses membina itu, acap kali kami terhenti lantaran terlihatkan kepayahan beberapa orang pemandu kenderaan yang tersangkut di dalam salji yang tebal ini. Adalah tanggungjawab kami untuk pergi membantu. Menolak kereta dalam suasana bersalji ini tidak mudah kerana permukaan jalan yang licin. Jadi, kami sodok sahaja salji yang menghalang laluan ke tepi.

Pengalaman pertama jadi pengaut salji jalanan. :) 

Selepas solat maghrib, kami meneruskan lagi usaha kami yang hampir berjaya itu. Dan perasaan puas terpamer di wajah kami tatkala snow man kami teguh berdiri (tanpa kaki) di hadapan rumah. Seorang jiran-Mr. Rob, mengambil gambar kami ini.






Habis membuat snow man, perut terasa lapar. Solat ISyak dahulu, sebelum kaki ini mengorak langkah ke Crown Chicken. Perjalanan pergi balik yang lebih kurang 4kilometer ini boleh dianggap biasa dengan menaiki basikal, tetapi untuk berjalan kaki, ditambah dengan ketebalan salji yang 6 inci ini, seperti sesuatu yang 'gila' juga. Ingatkan senang, rupanya seperti mendaki bukit.

Tiada orang di luar sana. Hanya kelihatan Iwan dan dua orang rakan berjalan di dalam snow storm itu. Mungkinkah Crown Chicken ditutup pada malam itu?

Rupanya pelanggan malam itu lebih ramai dari biasa. Mungkin kami seperti membuat aktiviti yang memenatkan, tetapi inilah pengalaman. Hakikat pengalaman itu sukar dicari. :)


p/s- Mendapat respond dari pembaca Melodi Hati. Cerita yang sedih. Benarkah? Anda sendiri menilainya.. :)

Friday, December 18, 2009

Melodi Hati di Pasaran

Salam.

Ni berita mengejutkan yang Iwan dapat dari seorang pembaca novel Melodi Hati. Rupanya novel tu dah ada di pasaran rupanya.. Ingatkan stock check buat pasaran novel tu delay sedikit, rupanya tak. Alhamdulillah. Jadi rakan-rakan semua, dapat Melodi Hati di pasaran sekarang!


Thursday, December 17, 2009

Dapatkan single Itulah Impian Ku.

Salam.

Selamat menyambut awal muharram pada semua muslimin dan muslimat, tidak kira di mana jua anda berada, kerana anda masih memegang status sebagai seorang muslim. semoga tahun 1431 Hijrah ini menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya. Amin.

Alhamdulillah, Iwan baru sahaja selesai menjalani final exam. 2 minggu bertemankan buku teks dan notes. Semoga Iwan dan semua rakan yang ambil exam, tak kiralah exam apa pun, semoga kecemerlangan berada dalam genggaman. InsyaAllah.

Dan ingat, ikhlas dan redho dalam menerima ketentuanNya setelah kita berusaha. Ketenangan pasti milik abadi. Malah lebih indah.

~Update terkini tentang novel dan single~

Novel Melodi Hati yang sepatutnya dijadualkan berada di pasaran pada minggu 3 bulan Disember, terpaksa ditangguhkan ke akhir bulan. Telaga Biru akan mengadakan stock check pada 21hb ni selama seminggu. Jadi pada mereka yang dah cari di kedai-kedai tapi tak jumpa, harap maaflah ye. Kesulitan amat dikesali. InsyaAllah, dapatkan hujung bulan ini. :)

Single Melodi Hati pula dah sedia untuk dijual. Tak jangka pula cd keluar lebih awal daripada novel. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Pada mereka yang nak dapatkan Cd Single Itulah Impian Ku, bolehlah email iwan di: iwan_skem@yahoo.com.
Harga seunit hanya RM5 sahaja.


p/s- Terima kasih pada semua yang membantu. :)

Thursday, December 10, 2009

Muktamar 2009

Salam.



Muktamar tahun ini insyaAllah akan diadakan di Atlanta, GA pada 24-28 Disember 2009.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai program penuh bermakna ini, setidak-tidaknya anda boleh memberi sumbangan dari jauh.

Dermalah seikhlas hati. Setiap dollar yang anda hulurkan amat bermakna. Akaun paypal, kad kredit atau debit, semua diterima.

Sila klik di SINI untuk ke website.

Terima kasih atas sumbangan anda dan keprihatinan anda. Kami sangat menghargainya.

Sunday, December 6, 2009

C-U-R-I bukan C.U.C.I

Salam.

"Pencuri! Pencuri!"

"Siapa pencuri tu nak?", tanya seorang pakcik.

"Tu", sambil menunding ke arah seorang gadis.

"Timah anak tok penghulu tu? Apa yang dia dah curi?", kata pakcik itu, tidak percaya.

"Dia dah mencuri hati saya pakcik...."

"...................................."



Bukan curi seperti itu yang Iwan hendak ulas dalam post kali ini, akan tetapi kes kecurian yang melibatkan harta benda.

Suatu ketika dahulu, ketika baru sahaja tiba di US, seorang senior Iwan kehilangan handset yang diletakkan di dalam kereta. Sekejap sahaja kereta ditinggalkan dan sekelip mata sahaja phone beliau hilang. 

Sebulan kemudian, Iwan dapat berita dari seorang kawan yang study di University Rutgers iaitu Zaim, yang rumah beliau dimasuki perompak. Laptop, handset, semua hilang.

Minggu lalu, semasa baru pulang dari bercuti di New York, house-mate Iwan iaitu Amirul pula, kehilangan basikal beliau. Walhal sudah dikunci di tiang besi, sama seperti yang Iwan dan Nik lakukan. Cuma Iwan dan Nik sahaja yang bernasib baik. Ada tanda-tanda basikal kami ditarik dan ada cubaan mencuri. Kunci sudah berada di bawah tiang besi.

Hurmm..nampaknya bumi US ni tak berapa selamat. Ada banyak lagi kes yang sengaja Iwan tak bongkar. Betulkah begitu bahaya US ni? 

Di mana-mana pun, kes jenayah, tak kiralah kecurian, ragut, rompak, samun, tak ada negara yang terlepas dari semua ini.

Iwan ada juga membaca surat khabar Kosmo dan Metro. Hari-hari ada sahaja kes bunuh, rempit, samun, pukau dan sebagainya.

Jadi untuk renungan diri sendiri dan pembaca, berdirilah di mana bumi dipijak. Sentiasa berwaspada dengan ancaman sekeliling. Elakkan dari berseorangan ketika keluar dari rumah. Pastikan rumah/tempat tinggal dikunci dengan baik. Amalkan doa pelindung diri.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.

Dan tidak lupa juga, doa tawakal.

Marilah kita sama-sama berusaha, dan berdoa, agar keselamatan kita semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

p/s- Happy Birthday Amirul Azizie.  :) Tak habis-habis minta hadiah. Tunggulah abang Iwan balik nanti. Kos nak pos barang, mahal sangat la.

p/s 2- Update terkini. Melodi Hati di pasaran minggu ke 3 bulan Disember. Bersamaan dengan minggu Iwan final exam... Wish me luck! InsyaAllah Iwan akan buat yang terbaik!