Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, July 12, 2010

Pitam Di Genting?

Salam.

Alhamdulillah, persembahan di Stadium Melawati Shah Alam semalam berjalan lancar. Dengan penampilan khas Hafizi Azmi di saat-saat akhir, menggantikan Wan Shah yang tidak dapat hadir. Terima kasih diucapkan.



Sebelum ke Shah Alam tu, Iwan sempat menghadirkan di ke Karnival SAMTEN, bertemu guru-guru Iwan dahulu, dan juga bekas anak-anak murid Iwan. Bertemu Daniel, Alif Naim, Hafiz Hadi, Afif, Irfan, dan ramai lagi, benar-benar menyentuh perasaan. Ada yang dah makin besar, ada yang sama macam dulu.



Ni depan gerai 3 Bukhari. Terima kasih semua atas layanan yang baik dan mesra.

Okey, sebenarnya kali ni Iwan nak berkongsi sedikit pengalaman 'hampir maut' semasa bercuti di Genting.

Khamis lepas Iwan ke Genting bersama abang. Macam biasalah kan, naik roller-coster, ship, boat dan macam-macam lagi.





Semuanya berlalu dengan gembiranya sehinggalah Iwan diajak bermain satu game- BUNGEE RUN.

Nampak macam seronok. Main pun macam biasa je. Cuma penat sedikit.



Ni baru lepas main. Rasa biasa-biasa sahaja. Tapi tak lama lepas tu.

Kepala tiba-tiba rasa berpinar. Tak mampu nak berjalan. Iwan duduk. Kepala dah rasa okey semula. Tapi bila berdiri je, darah macam tak sampai ke otak. Terus pening semula. Terpaksa duduk lagi.

Tapi sampai bila nak duduk? Iwan cuba untuk berdiri, berjalan. Pening dan meloyakan. Langkah perlu diteruskan ke tandas. Tapi Iwan dah tak nampak apa-apa. Cuma kelabu je pandangan.

Badan memang dah lemah. Ditambah pula dengan pandangan yang semakin gelap. Hampir terkulai dan jatuh rebah. Namun digagahkan juga kaki ini melangkah.

Entah kenapa, rasa macam dah dihujung nyawa. Namun, abang Iwan tak putus-putus berikan semangat.

Dia berikan 100plus. Baru kepala rasa ringan semula. Pandangan kembali pulih. Menurut dia, game BUNGEE RUN tu lebih penat daripada berlari keliling padang. patut la pun. Iwan pun baru je lepas makan. Bayangkan kalau anda makan tengah hari, kemudian berlari keliling padang...

Itulah sahaja perkongsian pengalaman Iwan kali ini. Ingat nak berkongsi cerita tentang rancangan "I'm old enough" yang sungguh menyayat hati. Insya-Allah, di lain masa.

-semoga niat kita ikhlas.

Tuesday, July 6, 2010

Terkini

Salam.

Apa khabar semua? Iwan doakan sihat sejahtera. Masih belum berkesempatan nak menulis cerita-cerita terkini. Idea dah ada, cuma nak menzahirkan ke dalam satu bentuk cerita, masih tiada masa lagi.

"Gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya..." Remaja, UNIC

Jumaat, 2nd July

Iwan ke UIA PJ untuk promosi novel. Ada Annual Grand Meeting untuk kelab Art & Culture. Tapi Iwan tak buat persembahan pun. Kedatangan Iwan adalah last-last minute. NICE yang membuat persembahan pada malam tu.



Sabtu, 3rd July

Photoshoot untuk cover cd single nanti.





Hari-hari lain pergi ke Bangsar, jalani latihan, meeting dan sebagainya di Allkind Music Entertainment. Insya-Allah Iwan akan hadir membuat persembahan pada Majlis Ulang Tahun IKIM.fm pada hujung minggu ni, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Cuma tarikh masih belum confirm. Mungkin hari Ahad pukul 2 petang.

Berkemungkinan besar, Iwan akan membawa bersama lagu 'Leraikan Rindu'. Nantikan juga gandingan Iwan bersama Wan Shah. Datang jangan tak datang~

~semoga niat kita ikhlas.

Tuesday, June 29, 2010

Air Mata 2 Benua

Salam.

Iwan dah kembali sibuk. Minggu-minggu sebelum ni Iwan banyak gunakan masa untuk menghabiskan novel. Alhamdulillah, siang tadi Iwan ke Telaga Biru untuk menyerahkan skrip. Tajuk untuk novel kali ni adalah 'Air Mata 2 Benua'.



Novel ini adalah sekuel kepada Melodi Hati. Menampilkan lagu tema yang baru- Leraikan Rindu. Sinopsis untuk novel ini, akan diberitahu kemudian. (^^,) Yang pasti, akan memberikan anda pengalaman yang baru dan mendebarkan.

Doakanlah agar segalanya dipermudahkan. Amin.

Di Telaga Biru tadi, Iwan ada bertemu dengan Fatimah Syarha, juga seorang penulis yang lebih berpengalaman. Novel-novel karya beliau adalah seperti Syabab Musafir Kasih, Tautan Hati dan banyak lagi.



Esok akan ke Studio Burn pula bersama Adi Devotees dan kumpulan Castury. Lagu Leraikan Rindu masih belum dimixing.

Jadi, kepada pembaca blog yang menantikan kisah-kisah haiwan yang terbaru, harap dapat bersabar ya. Iwan masih belum berkesempatan untuk menulis lagi. Insya-Allah , tak lama lagi. Terima kasih atas sokongan.

-menantikan satu program bersama Wardina Safiyyah tidak lama lagi.

~semoga niat kita ikhlas

Tuesday, June 22, 2010

Eletrikman

Salam.

Alhamdulillah, novel terbaru sudah siap. Sekarang Iwan sendiri sedang edit semula kesilapan yang terdapat di dalamnya. Doakan karya Iwan ini akan dapat diterbitkan. Amin.

Kali ini Iwan hendak berubah angin seketika. Post kali ini akan merungkai soal kesihatan dalam tubuh badan. Sebelum itu, Iwan nak berkongsi beberapa situasi.

SITUASI 1
Iwan berjalan-jalan bersama kawan-kawan di KL. Semasa sedang berjalan beriringan tu, lengan Iwan bergesel dengan seorang kawan ini. ZAPP! Iwan menarik tangan sambil mengaduh kesakitan. Ada kejutan eletrik dapat dirasakan di lengan. Tetapi kawan itu selamba sahaja. Tak merasakan apa-apa.

SITUASI 2
Ketika sedang mahu membuat persembahan, Iwan diberikan mikrofon yang berwayar. Sentuh sahaja mic itu, ZAPP!! Aduh! Kuat betul arus eletrik yang kena pada tangan. Iwan minta pihak penganjur gantikan mic lain, alasannya ada eletrik bocor. Tetapi apabila mereka cuba, mereka tak rasa apa-apa pun. Sekali lagi Iwan cuba untuk sentuh. ZAPP!! Aduh!

SITUASI 3
Menolak troli ketika membeli belah. Kadangkala lengan dletakkan dalam keadaan bermalas-malas di atas troli. Bila terleka sahaja, lengan terjatuh lalu tersentuh pada besi troli. ZAPP!! Ya Allah, sakitnya! Ada eletrik ke troli ni? Iwan cuba sentuh dengan jari pula. ZAPP!! Aduh, kena lagi.

SITUASI 4
Nak switch on speaker. Satu wayar dah dicucuk ke laptop yang sudah terpasang, satu lagi nak sambung ke suis. Tak terperasan pula, Iwan terpegang bahagian besi di hujung plug yang masih belum dimasukkan ke dalam suis. ZAPP! Kena lagi letrik. Ades.. ades..



Mulanya, Iwan berangan, mungkin bakal menjadi seorang superhero- Eletrikman, yang boleh menghasilkan arus eletrik menentang kuasa jahat, demi keamanan dunia. (Lebih-lebih pula. Banyak sangat tengok Astro ceria ni...)

Okey-okey, kembali ke topik asal. Iwan ada terbaca satu artikel dalam akhbar kosmo. Berkaitan isu eletrik-eletrik ni. Kalau pembaca pun mengalami kisah-kisah seperti Iwan di atas, mungkin kita mengalami kes yang sama.

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA ARTIKEL : ELETRIK DALAM TUBUH.



Mulanya, terasa sedih juga mengalami gejala-gejala seperti ini. Tapi, menurut seorang pelajar Bio-Tek di UIA Kuantan, Iwan mempunyai banyak cas-cas negatif dalam badan. Maka, akan banyak cas-cas positif yang akan ditarik dari sekeliling ke dalam tubuh.. :)

Sekadar pengkosian bersama.

~semoga niat kita ikhlas.

Wednesday, June 16, 2010

GAYA BARAT

Salam.

Bagi mereka yang menyambung pelajaran atau bekerja di luar negara, sering kali diingatkan dengan pesanan-pesanan seperti...

"Balik nanti jangan terikut-ikut dengan gaya barat tu.."

"Jangan terpengaruh dengan cara hidup orang sana"

dan macam-macam lagi...



Generally atau secara keseluruhannya memang betul kerana corak hidup barat selalu dikaitkan dengan pergaulan sosial yang ekstrem, hiburan yang melampau, dan macam-macam lagi.

Tapi, Iwan tak kata yang Iwan setuju 100% dengan saranan atau nasihat seperti yang di atas. Kata orang, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Gaya hidup barat yang positif, haruslah diserapkan lalu diubah corak hidup ketimuran yang negatif. Di sini Iwan berikan beberapa contoh:

1- LAMPU KUNING.
Lampu kuning di traffic light, apakah maksudnya? Bersedia untuk berhenti kan? Iwan sangat kagum melihat disiplin orang barat dalam etika pemanduan. Ya, mereka berhenti ketika lampu bertukar kuning. Ini sama sekali dapat mengelakkan kemalangan.

Bagaimana pula di Malaysia? Lampu kuning adalah bermaksud speeding. Kalau berhenti di lampu kuning alamatnya kemeklah bahagian belakang kereta dilanyak kenderaan lain di belakang.

2-RESTORAN
Selalunya di restoran makanan segera. Selepas makan, mereka akan mengemaskan meja. Sampah-sarap dibuang ke dalam tong sampah. Meja akan menjadi bersih dan kemas untuk digunakan oleh orang lain pula.

Di Malaysia? Lepas makan tinggalkan sahaja meja. Itu tugas pekerja restoran untuk mengemaskannya. Buat apa nak susah-susah.

3- PEJALAN KAKI
Golongan ini umpama raja di jalan. Kenderaan pasti akan berhenti untuk membenarkan mereka melintas jalan.

Di sini... "Sengal lah kau! Kau fikir ni jalan bapak kau?! Nak melintas tu tengok-tengok lah dulu! &^&%*(#@!! Tunggu lah aku jalan dulu!!" Marah seorang pemandu kepada seseorang yang melintas jalan.

BUKANLAH niat di hati mahu memperkecilkan negara sendiri. Seperti yang Iwan katakan tadi, kita ambil nilai murni yang baik daripada mereka untuk digantikan apa yang kurang baik di sini.

Bukan menjadi persoalan siapa BAIK siapa TAK. Iwan sendiri kagum dengan seorang rakan perempuan (izinkan saya menyebut namanya- HUDA) yang memimpin seorang remaja buta yang mahu melintas jalan. Si Buta itu teragak-agak mahu menyeberangi jalan, tetapi tiada siapa yang mengendahkannya walaupun ramai yang lalu di situ.

Rakan ini tanpa disuruh, dengan rela hati membantu si buta itu. Warga Amerika, Afrika, Jepun, Brazil,Perancis, atau mana-mana negara pun, semua tidak mempedulikan si buta itu. Tetapi warga Malaysia yang seorang ini, ambil peduli. Tahniah atas contoh teladan yang baik.

Jadi di sini, apa yang Iwan sarankan, kita semua jalani lah gaya hidup yang positif, penuh dengan nilai murni yang baik, tolong-menolong, berbudi bahasa dan hormat-menghormati. Semua mahukan kehidupan di atas dunia yang aman. Tiada siapapun mahu kesengsaraan dan peperangan. Peace!

~semoga niat kita ikhlas.

Monday, June 14, 2010

Madah

Salam.

Lama nampaknya Iwan tak sempat nak update blog. Sekarang ni, Iwan sedang bertungkus lumus menyiapkan bab-bab terakhir siri Melodi Hati 2 (nama bakal berubah) dan juga novel-novel lain. Ada juga bercadang mahu menghasilkan cerpen siri haiwan teladan.

Selain sibuk dengan penulisan, juga sibuk dengan pihak Allkind Music Entertainment yang menguruskan hal-hal berkaitan lagu dan persembahan.

Mnggu lepas, Iwan ada ke Kelantan untuk menghadiri walimatul urus. Maklumlah, cuti sekolah. Banyak undangan diterima. Jumaat lepas, kawan baik bernikah. Sangat terharu melihat mereka dapat ke jinjang pelamin. Tahniah diucapkan kepada Kumayl dan Sarah.

Dan tak ketinggalan, waktu malam juga diisi dengan menonton perlawanan bola sepak. World Cup dah bermula. Team favorite Iwan adalah France. Tapi... macam goyah la pula.

InsyaAllah, Iwan akan isi lagi blog ini dengan kisah-kisah teladan untuk pengajaran bersama. Semoga semua pembaca semakin bersedia menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma. Kehangatannya mula terasa dengan kehadiran bulan Rejab bermula semalam.

~semoga niat kita ikhlas.