Iwan Ghazali (Iwan Reaz)
Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!
Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Saturday, May 7, 2011
Friday, May 6, 2011
Pengorbanan Seorang Ibu
2:57 PM
2 comments
Assalamualaikum WBT.
Sekarang Iwan sedang dalam medan peperangan dengan peperiksaan akhir semester untuk Spring 2011. Pagi tadi baru sahaja selesai menjawab kertas Act Sci Modelling 2. Alhamdulillah, Iwan dapat buat dengan baik. Semoga Iwan dan rakan-rakan yang lain juga akan memperolehi kecemerlangan.
Iwan akan kembali aktif menulis setelah tamatnya peperiksaan pada hari Isnin nanti, insya-Allah.
Sempena hari Ibu yang bakal tiba hari Ahad ini, Iwan ingin kongsikan satu kisah menyayat hati tentang pengorbanan seorang ibu.
KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.
Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.
Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.
Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.
Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.
Suami Rafidah, Zamri Ahmad, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana bertugas menghantar bekalan makanan di Perak. Rafidah pula bekerja di Hospital Kuala Krai di sini.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa memberitahu, dia terkilan kerana hanya sempat mendengar teriakan sayu anaknya meminta tolong tanpa dapat membantu.
Katanya, dia cuba berjalan laju tetapi gagal ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan dalam keadaan termengah-mengah dan semput, dia gagahkan juga ke rumah anaknya.
"Ketika saya sampai, saya lihat api sudah marak dan jeritan anak saya sudah tiada lagi. Namun, tiga cucu saya dapat diselamatkan.
"Memang sedih apabila mengenangkan keadaan itu apatah lagi teriakan sayu Rafidah masih terngiang-ngiang di telinga saya," ceritanya sambil menangis semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdullah Mohamed, 58, pula berkata, daripada cerita jiran yang didengarinya, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu manakala pintu jeriji berkenaan berkunci.
"Api itu datang dari arah dapur dan terus menyambar ruang tamu. Rafidah yang panik gagal mencari kunci menyebabkan dia memecahkan cermin dan membengkok besi tingkap untuk mengeluarkan anak-anaknya," ceritanya yang tidak mengetahui bagaimana mangsa membengkokkan besi tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 20 minit kemudian namun gagal menyelamatkan mangsa kerana api marak.
Selepas memadamkan api dan memotong besi jeriji, pasukannya menemui mayat Rafidah dalam keadaan rentung lebih 50 peratus dekat pintu tersebut.
"Pada tingkap itu terdapat kesan dipecah manakala besinya pula telah dibengkokkan dipercayai dilakukan oleh mangsa untuk mengeluarkan anak-anaknya," katanya yang memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan punca kejadian.
SUMBER: Akhbar KOSMO. Oleh ADHAM SHADAN dan SAMSUL BAHARI MOHAMED
........
Cukup sedih. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

mak, saya sayang mak!
~semoga niat kita ikhlas.

Saturday, April 30, 2011
Yang Utama
7:09 AM
2 comments
Assalamualaikum wbt.
Sekarang rasanya musim peperiksaan sedang melanda satu dunia. Sesiapa juga yang bergelar pelajar, tentunya sedang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk persediaan itu. Bagi mereka yang masih belum bersedia pun, tentunya di saat-saat akhir nanti akan bersiap sedia juga. Study last minute itu bagus, tetapi tidak bagus sekiranya tiada persiapan langsung sebelumnya.
Bagaimanapun, bagi setiap pelajar, janganlah tertekan dek kerana bimbang akan mendapat keputusan yang tidak cemerlang. Perasaan kecewa itu fitrah, namun, keredhaan harus menjadi tunjang utama dalam menerima apa jua pengakhiran yang bakal berlaku. Yang pentingnya adalah usaha. Berjaya atau sebaliknya, itu semua adalah keizinan daripada-Nya. Sekali lagi diingatkan, yang penting adalah usaha kita, disertai dengan doa, jua tawakal.
Dalam bersedia menghadapi peperiksaan, kita juga haruslah tidak lupa akan tanggungjawab kita yang utama. Kesibukan kita belajar jangan dijadikan alasan untuk kita mengurangkan masa beribadah. Apakah kita lupa akan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari"
Iwan juga masih bergelar pelajar. Kerana kesibukan yang melanda, sebaik sahaja selesai menulis novel Diari Untuk Ibu pada awal bulan April ini, Iwan lepaskan komitmen dalam menulis untuk seketika bagi menumpukan perhatian pada Test, Final Project, jua Final Exam yang akan bermula mulai 6 Mei ini.
Dalam semester ini, Iwan ada ambil satu kelas Mosaic atau Intellectual Heritage. Kami telah diberi tugasan untuk membuat satu final project bagi menganalisis 3 antara 9 buah buku yang kami telah baca sepanjang semester ini. Untuk itu, Iwan telah memilih untuk membuat satu video yang mengadaptasi watak-watak dari dalam 3 buah buku tersebut.
-IDENTITY-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON VIDEO
p/s: terima kasih pada Alwan Pelangi yang rajin dan sukarela membuat poster untuk video ini. (^^,)
Semoga kejayaan mengiringi kita semua, insya-Allah. Amin.

Sunday, April 24, 2011
5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
8:39 PM
5 comments
Assalamualaikum wbt.
Ramai orang tak tahu. Nak buat maksiat/dosa ni boleh. Siapa kata tak boleh? Boleh saja... asalkan, kita memenuhi 5 syarat yang ditetapkan. Apakah syarat itu? Mari kita sama-sama renungi kisah ini ...
Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya."Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
1- "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengarkan itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
3- "Andai kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan:
4- "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
5- "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Kesimpulannya?
Anda simpulkan sendiri. (^^,)

Tuesday, April 19, 2011
Persembahan Mysa
6:22 AM
No comments
Assalamualaikum wbt.
Tinggal di negara orang, bukan setakat kita belajar corak kehidupan dan budaya mereka. Bahkan, mereka turut mahu mempelajari adat resam, budaya, dan segalanya tentang latar belakang kita. Baru-baru ini di Temple University, ada menganjurkan International Street Fair. Untuk itu, kami pelajar Malaysia turut diminta untuk membuat satu persembahan.
Setelah berlatih dengan bersungguh-sungguh, inilah hasilnya:
KLIK DI SINI UNTUK TONTON
~semoga niat kita ikhlas

Friday, April 15, 2011
Sambutan Ulang Tahun
6:04 AM
No comments
Assalamualaikum wbt.
Pada hari Khamis minggu lalu, bersamaan 7 April, bertambah setahun lagi umur Iwan. Terima kasih Iwan ucapkan kepada semua atas ucapan, ingatan serta doa yang diberikan. Iwan hargai semuanya.

-Kek ini dikongsi dengan kawan Iwan, yang tarikh lahirnya pula jatuh pada 8 April. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang buat suprise, yang buat kek yang sedap ni (homemade tau, bukan beli kat kedai.) Menurut sejarah pembuatannya, mula-mula mereka nak buat bentuk i-Pad. Lepas tu jadi padang bola?-
Kali ini Iwan nak bincangkan tentang sambutan ulang tahun. Apakah makna hari tersebut pada diri kita?
Dulu-dulu ada orang pertikaikan penggunaan "hari jadi", yang tak sesuai digunakan. Lebih baik guna "hari lahir" atau "ulang tahun."
Iwan tak kisah pun pada mana-mana penggunaan. Asal saja sambutan yang diraikan besederhana, bermakna, juga mengikut landasan dan batasan agama
Ok, kita kembali pada soalan Iwan tadi. Apakah makna sambutan ulang tahun pada diri kita?
Bagi Iwan sendiri, hari tersebut adalah satu hari yang mengingatkan diri ini pada tarikh kematian yang sudah semakin hampir. Semakin bertambah umur kita, bermakna semakin dekat diri ini dengan kematian. Maka, salah satu "reminder" atau peringatan untuk diri kita tentang kematian, adalah sambutan ulang tahun kita. Ulang tahun = zikrulmaut (mengingati kematian).
Jadi, hari lahir kita sepatutnya disambut dengan bacaan Al-Quran, doa selamat, zikir serta selawat, dan apa-apa jua ibadah lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa. Sambutan sebeginilah yang membuatkan kita sedar bahawa peningkatan usia kita sepatutnya diiringi dengan penambahan amal ibadah.
Tak salah sekiranya mahu sambut dengan jamuan, hiburan dan lain-lain. Asalkan, segala yang kita mahu lakukan itu, bukan menambahkan lagi dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama kita hidup sebelum ini. Apa ertinya kita meningkat dewasa (atau makin tua), andai amal ibadah masih sedikit tetapi dosa diganda-gandakan pula?
"Yeay, dah 18 tahun! Boleh tengok cerita 18SG, 18 ... ,"
"Yeay, dah 21 tahun. Dah boleh masuk pub, kelab malam. Bebas! Bebas!"
"Heh! Dah 40 tahun!"
Semakin meningkat umur, sepatutnya semakin meningkat kefahaman tentang Islam.
Yang masih belum sempurna solatnya, kamu dah besar, takkan solat kamu masih tak cukup 5 waktu sehari semalam?
Yang masih belum sempurna menutup auratnya, kamu dah besar, takkan aurat kamu masih terdedah sini sana?
Yang masih itu, yang masih ini...
Kita kembali kepada soal sambutan ulang tahun. Sebaik-baik keraian, kita sambut bersama dengan orang yang sepatutnya. Siapa? Andai kita fikirkan kembali, orang yang paling penting peranannya adalah ibu kita. Tanpa beliau, maka tiadalah kita di dunia. Tiadalah sambutan ulang tahun.
Ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu kita yang melalui saat-saat getir sewaktu mahu melahirkan kita. Jadi, raikan hari yang penuh bermakna itu dengan ibu yang tersayang. Andai berjauhan ... Errr... Macam saya, video call pun jadilah. Andai kamu mahu hadiah daripada orang ramai, itu terpulang. Tetapi saya mengajak para pembaca yang budiman sekalian, kita jangan minta hadiah daripada ibu kita. Sebaliknya, kita yang sepatutnya memberikan hadiah pada ibu kita.
"Ibu, terima kasih kerana melahirkan saya, membesarkan saya. Terimalah hadiah ini sempena ulang tahun saya sebagai tanda penghargaan saya pada ibu."
Wallahualam.
p/s- Novel Diari Untuk Ibu sudah lama siap. Proposalnya kini sedang disemak oleh penerbit. Novel ini merupakan sebuah lagi karya Iwan yang sarat dengan emosi, mengusik jiwa, dan insya-Allah, mampu mengalirkan air mata keinsafan. Doakan agar perjalanan novel ini dipermudahkan. Amin.