Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, June 20, 2011

Impian Seorang Remaja

"Assalamualaikum bang."

"Waalaikumussalam."

“Abang, nak tanya komen abang.”

“Ya.”

“Kalau An masuk madrasah, abang rasa okey tak?”

“”Kenapa pula tak okey?” soal ku kembali.

“An rasa nak masuk madrasah lepas PMR,” balas An. “Tapi dah tak sabar. Rasa nak masuk sekarang.”

“Oh baguslah An sendiri yang minat, bukan paksaan,” dorongku.

“Dulu waktu darjah 3, abah ada suruh masuk madrasah. Tapi time tu tak minat. Menyesal sangat,” cerita An.

“Kalau tak, entah-entah sekarang ni An dah hafaz satu al-Quran,” aku membuat andaian.

“Betul. Mesti dah belajar al-Hadis. Ah, menyesal betul lah,” kesal An lagi.

“An, masih belum terlambat. I’m proud of you. Bukan senang nak cari anak muda macam An ni. Minat dengan ilmu akhirat,” pujukku.

“An nak berada di sisi Imam Mahdi suatu hari nanti,” balas An sambil memberi kepada ku laman web wikipedia tentang ciri-ciri Imam Mahdi.

Aku speechless. Dalam hati aku mengaminkan impian remaja ini. “Insya-Allah.”

“Tapi An sedih, ramai kawan An yang gila sangat dengan artis. Kadang-kadang An tak faham,” keluh An.

……

Perbualan kami terus berpanjangan... .

An- bukan nama sebenar, seorang remaja berusia 15 belas tahun, bersekolah di sekolah menengah biasa.

Perbualan antara Iwan dengan An ini berlaku pada minggu lalu. Memang Iwan selalu berkomunikasi dengan remaja-remaja yang sebaya dengannya, malah ada juga yang masih berada di bangku sekolah rendah lagi.

Secara jujurnya, Iwan memang banyak kali speechless dalam perbualan tersebut. Tak salah rasanya kalau Iwan katakan dia umpama satu dalam seribu (atau mungkin satu dalam sejuta). Bukan mudah untuk bertemu dengan seorang remaja yang punyai hati yang ikhlas untuk mendalami ilmu akhirat. Malah ada juga yang apabila dengar sahaja tentang madrasah, masing-masing terus meletakkan persepsi negatif.

Tatkala ramai anak muda sepertinya yang mahu menjadi artis, penyanyi, pelakon, model, dia pula mempunyai impian untuk berada di sisi Imam Mahdi. Menurutnya, pelbagai tanda kiamat sudah muncul tiba. Tiada lagi masa untuk terus leka dengan hiburan dunia. Dia mahu turut berjuang bersama Imam Mahdi suatu masa nanti.

Semoga Allah memberkati usaha An. Semoga kita semua mencontohi anak muda seperti An ini. Tidak salah untuk mencontohi orang yang lebih muda daripada kita. Semoga Allah terus melindungi kita ke jalan yang benar.



Tanpa menoleh ke belakang, kita masih mampu melihat apa yang berada dibelakang. Tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi di masa hadapan, kita masih mampu merancang perjalanan.

~semoga niat kita ikhlas.

Tuesday, June 14, 2011

Manifestasi Hati

Assalamualaikum WBT.

Di waktu ini, di saat post ini sedang ditulis ...
Senior-senior Iwan ...
atau lebih mesranya sebagai kawan-kawan Iwan ...
Yang lebih lama belajar di Temple University ...
Kini sedang terbang di langit biru ...
Merentasi benua berbeza ...
Dengan harapan untuk berbakti kepada negara ...
Tanah tumpah darah ...
Bumi Amerika menjadi memori dalam diri mereka.

Rumah yang dijadikan tempat berteduh bertahun-tahun ini ...
tidak dapat lagi ditatap ...
melainkan di dalam gambar.

Rakan-rakan yang pelbagai bangsa dan agama ...
tidak dapat lagi dijadikan teman berkongsi suka dan duka ...
melainkan hanya di alam maya.

Makanan yang unik dan lazat ...
tidak dapat lagi untuk dinikmati ...
melainkan mereka kembali semula ke sini.



Iwan merenung semua ini ...
Di waktu petang yang jingga ...
Diri ini berjalan, berbasikal, meredah pelbagai laluan ...
Sayu, hati ini sayu ...
Suatu masa nanti, diri ini juga akan meninggalkan bumi Amerika ...
Entah mengapa, hati ini berat untuk berpisah ...
Walaupun hampir 180 darjah corak kehidupan di sini berbeza ...
Walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta ...
Walaupun sukar dalam pelbagai perkara ....



Keunikannya luar biasa ...
Indahnya tidak sama di luar sana ...
Namun realiti tetap hakiki ...

"I'm not belong here!"

Ungkapan yang tidak mampu ku terjemahkan dengan kata-kata ...
Biar setinggi mana pun sayang ku pada Philly ...
Hakikatnya aku tetap kasihkan Malaysia ...
Pertemuan tetap diakhiri perpisahan ...
Biarpun bait-bait sayang terpatri ...
Kesedihan adalah satu fitrah yang harus dihadapi ...
Negara ini bukan tempat ku,
Dan yang abadinya, dunia ini juga bukan tempatku.

Sebab itu aku katakan,
Aku sayangkan Philly,
Aku kasihkan Malaysia,
Akan tetapi, aku sebenarnya cintakan akhirat.

Semoga rasa cinta ini bukan sekadar kata,
Tetapi adalah manifestasi hati yang ikhlas berbicara.

Biar madah ini menjadi renungan jua peringatan,
Tatkala aku hanyut dengan keindahan dunia yang mempesonakan.



~semoga niat kita ikhlas

Tuesday, June 7, 2011

MIDWEST GAMES 2011

Assalamualaikum wbt.

Kali ini Iwan sekadar mahu berkongsi pengalaman bermusafir di bumi asing, perjalanan menuju ke Wisconsin Madison, bermatlamatkan untuk merapatkan kembali jalinan persahabatan, melalui satu program sukan tahunan yang mengumpulkan semua rakyat Malaysia di Amerika, satu program yang dikenali sebagai, MIDWEST GAMES.

Perjalanan bermula pada hari Khamis, 26 Julai, dengan menaiki Chevrolet Cruze


Waktu Iwan drive:
Pergi: 8pm-2am. 5:30am-10:30am.
Balik: 8:40am-2pm. 6:40pm-12am.

Dalam perjalanan, sempat singgah di Chicago sebentar. Antara tarikan utamanya adalah The Bean di Millennium Park.





"Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkankan
kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik." -Doa melihat cermin.

Ini pula ada sebahagian gambar kemeriahan sekitar Midwest Games berlangsung.


Bendera kontinjen Temple University.


Permainan terhangat - bola sepak. (mempersembahakan ... Ari ...)


Table tennis @ ping-pong.


Team bowling Temple.


FIFA (PS3) pun ada ...


Alhamdulillah, untuk acara bowling perseorangan, Iwan berjaya dapat pingat perak. (Dengan perbezaan mata cuma 1 sahaja dengan emas). Syukur.


Aktiviti berkayak di petang hari.

Syukur, kami dipertemukan semula dengan rakan-rakan yang sudah lama tak berjumpa. Memang banyak kenangan manis dan begitu banyak juga kenangan pahit sepanjang perjalanan kali ini. Yang pahit, mengajar untuk kita menjadi insan yang lebih berdisiplin, bersabar dan tahu cara untuk mengatasi masalah dengan baik. Apa yang penting? Kerjasama...

"Pertandingan sebenar bukanlah sekadar mengalahkan pihak lawan. Akan tetapi, pertandingan sebenar adalah bagaimana kita mengatasi rasa takut dalam diri sendiri tika berusaha untuk mencapai kejayaan."

Sekian.

Credit gambar kepada : Zahid Azmi, Amirul, Izzah & Nik.

~semoga niat kita ikhlas.

Thursday, June 2, 2011

4 Masalah Remaja & Belia

Assalamualaikum wbt.

4 Masalah Remaja dan Belia.

1- Pengurusan Masa.
2- Pergaulan.
3- Hiburan Melampau.
4- Cinta


(gambar hiasan. credit to Zahid Azmi)

1- Pengurusan Masa.
Janji pukul 4. Bangun tidur pun pukul 4. Tidakkah itu satu pengurusan masa yang bermasalah? Mungkin juga kerana mind-set setiap orang yang mengatakan, "alah, mesti orang lain pun akan datang lambat juga." Jika semua orang fikir begitu, masalah ini tidak mungkin dapat diatasi selamanya.

Solusi: Ubah mind-set anda. Tepati masa, atau dahului masa lebih baik. Sekiranya berjanji pukul 4, pastikan anda sudah berada di lokasi sebelum waktu itu.

2- Pergaulan.
Lelaki berkawan dengan lelaki, tidak sama dengan lelaki berkawan dengan wanita. Begitu juga sebaliknya. Mengapa? Begitu banyak batasan yang perlu dijaga. Lelaki boleh keluar berdua dengan lelaki, tetapi lelaki tidak boleh keluar berdua dengan wanita. "Ala, kami kawan je bang." Ingatlah, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. Dia akan sentiasa menyesatkan kamu, dengan permulaan yang kelihatan seperti biasa. Tetapi lama kelamaan, syaitan akan mula menyucuk kamu dengan jarum kemungkaran.

Solusi: Kenali apakah itu ikhtilat. Luangkan lebih banyak masa bersama kawan lelaki bagi lelaki, kawan perempuan bagi perempuan.

3- Hiburan Melampau.
Hiburan itu perlu bagi memenuhi fitrah manusia. Tetapi bukannya 24 jam melekat dengan hiburan. Tambahan pula dengan hiburan yang melalaikan. Hiburan bukan sekadar menonton konsert, malah bermain games, melayari internet, menonton televisyen, youtube dan sebagainya. Apakah ratio (nisbah) anda berhibur dengan beribadat? Hiburan hanya keseronokan sementara. Tetapi amal ibadah dibawa untuk ke syurga, yang nyata keindahannya tiada tara.

Solusi: Sebaik-baik hiburan, adalah yang mendidik jiwa.

4- Cinta
Mungkin adalah masalah terbesar. Sebaik-baik, sepandai-pandai individu pun, mengalami masalah ini. Bila dikatakan couple itu haram, mereka melenting. Isu kunolah, isu lamalah. Akan tetapi apabila ditinjau apa yang dilakukan dalam couple itu - berpegangan tangan, bertolak-tolakan, bergurau senda, bergambar rapat-rapat... kan semua tu perkara yang ditegah. Kedegilan akan membawa kepada kebinasaan. Lihatlah di dada akhbar hari ini, masalah pembuangan bayi seakan berada di kemuncaknya apabila ada pasangan yang tidak bertanggungjawab mencampak bayi lelaki mereka dari tingkat lima.

Solusi: Bercinta selepas nikah.

~semoga niat kita ikhlas.

Saturday, May 21, 2011

Ilmu & Iman

Assalamualaikum WBT.



*Orang yang berilmu, berpengetahuan dan juga beriman, dapat membezakan yang masa satu adalah perkara yang betul dan yang masa satu pula perkara yang salah. Pada masa yang sama, mereka juga berusaha melaksanakan kebaikan dan benci kepada kemungkaran.

*Orang yang berilmu, berpengetahuan tetapi tidak mempunyai iman, dapat membezakan perkara baik dan buruk. Malangnya, mereka tidak berminat hendak melakukan kebaikan dan membiarkan sahaja diri terjerumus dalam kemaksiatan.

*Orang yang tidak berilmu tetapi beriman, adalah mudah diperdayakan. Namun, dek kerana hatinya mempunyai iman, timbul hasrat di jiwanya untuk menimba lebih banyak pengetahuan agar kesilapan yang lalu tidak berulang.

*Orang yang tidak berilmu dan tidak pula beriman, adalah golongan yang mudah ditipu, mudah ditindas, dan mereka tidak pula berhajat untuk mencari ilmu pengetahuan. Malah, mereka juga adakalanya menghalang niat orang lain untuk menambah ilmu di dada.

Pandangan penulis: Golongan orang yang berilmu tetapi tidak beriman, dirasakan adalah golongan yang cukup berbahaya. Mereka menyalahgunakan ilmu mereka untuk menindas pihak yang lemah dengan berobjektifkan kedudukan, kekayaan dan juga kepentingan peribadi.

Ramai orang tahu sesetengah perkara itu salah, tetapi mereka melakukan juga. Mengapa agaknya? Itulah akibatnya daripada hati yang gelap, walaupun mempunyai akal yang bijak.

p/s- Teruskan usaha mu untuk mendalami ilmu. Amalkan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan sejagat. Semoga Allah sentiasa melindungi iman kita. Amin.

~semoga niat kita ikhlas.

Tuesday, May 17, 2011

Tips Mendapat Anak Soleh/Solehah

Assalamualaikum wbt.

Semua orang mahukan zuriat yang baik-baik. Indah rupa parasnya, bijak pandai, berbakat. Soleh dan solehah? Erm ... ya kot. (kot?)

Ada yang mencari pasangan yang cantik/kacak, agar anak-anak nanti juga cantik dan kacak. Tak salah mencari pasangan sebegitu, cuma, janganlah dijadikan keutamaan yang paling utama dalam mencari pasangan hidup. Ingatlah, sesungguhnya kecantikan / kekacakan itu akan pudar ditelan masa.

Apa yang lebih penting adalah memiliki pasangan yang beriman, soleh atau solehah. Dengan ini, pasangan suami isteri dapat membentuk anak-anak turut menjadi soleh dan solehah. InsyaAllah, bahagia dunia akhirat.

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
[Surah Al Furqan, 74]


-ini Daud. Saya sayang Daud :D -

Bagaimana pula hendak mendapat zuriat yang soleh dan solehah? Kali ini, Iwan ingin berkongsi tips-tips untuk kaum bakal ibu/ibu bagi mendapat anak soleh dan solehah. Tips ini disediakan oleh Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi.

*Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.

*Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.

*Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih".

Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.

*Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.

*Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.

*Amalkan mandi sunat pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.

*Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

Sumber: IluvIslam.com

~semoga niat kita ikhlas.