Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, December 1, 2011

Pandangan Pembaca Novel Hazim, Aizat & Muzik

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, mengejar impian dan cita-cita, dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.

Hari ini di U.S, secara rasminya sudah masuk musim sejuk. Musim sejuk kali ini amat bermakna bagi Iwan kerana akan menyusul sebuah novel baru yang turut mempunyai kaitan dengan musim sejuk. Novel apakah? Nantikan... (tapi rasanya ramai dah tahu kan...)

Okey, mengulas mengenai Novel Hazim, Aizat & Muzik yang sudah berada di pasaran sejak bulan Julai lalu, alhamdulillah novel ini turut mendapat sambutan yang baik. Jadi untuk ruangan kali ini, sukacita untuk Iwan kongsikan pendapat, komen, kritikan dan segala pandangan yang dilontarkan oleh para pembaca novel ini.


Keriangan seorang pembaca. (^^,)

Wan Nor Asidah (Penulis GISB): Sebuah cerita yang menarik...sebuah pengalaman baru yang mengujakan. Tahniah dan selamat maju jaya untuk karya-karya yang akan datang.

Hafizie Husairi, Ipoh: pd pengamatan sy novel hazim ni satu novel yang boleh dikatakan satu pendekatan yang mampu menarik minat remaja masa sekarang.. contohnya saya sendiri sbg remaja kan.. dari segi penceritaan bagus.. kisah tanggungjwb abg terhadap adik dan timbul konflik apabila abgnya nak capai impian smbung belajar.. dalam penceritaan ni jugak kita tngok ade diterapkan dengan watak hazim yg seorg penggiat seni menampilkan muzik yg berunsur2 islam... dan watak2 dlm novel ni pon jelas perwatakan yang ingin ditonjolkan.. dan satu lagi kelebihan novel ni ade lagu tema tersendiri... mesej2 yang disampaikan pon rasa2 sedikit sebanyak mampu mendidik jiwa remaja....

Zainab Ahmad, Kajang : Ceritanya menarik, rugi kalau tak baca . Mudah faham. Unsur2 keagamaan tu banyak diterapkan walaupun secara tak langsung. Suka dengan watak Hazim yang pandai memainkan peranan sebagai seorang muslim, tahu mengimbangi baik buruk sesuatu keadaan. Cuma saya rasa tajuknya saja yang kurang menepati cerita.

Muhammad Zaim, Pontian: zaim rasa novel tu menarik. isinya pun menarik, dari segi tatabahasanya baik. agak lucu. but ada bab yang kurang, tapi still menarik (dari tadi asyik menarik je). karekternya pun x kurang lucunya cuma x hensem, hehe jahatnya. harap abg dapat tulis novel yang lebih menonjol, menarik dan betul tatabahasanya. so, zaim bagi rating 9.5 /10

Halimaton Saadiah : nice story, rasa macam berada dalam situasi macam tu je

Hafizi Azmi, Tangjung Malim (diambil daripada tulisan di blognya) : Lepas baca beberapa page depan dia, dah nampak la tulisan kali ni lebih berkualiti daripada novel Melodi Hati yg lepas. Lebih matang..Walaupun cover page dia nampak sgt tak matang (hehe..), tapi buku ni mmg sesuai dibaca utk golongan remaja yang berumur baya-baya saya ni..

Annur Mohammad, Nilai : keseluruhannya ok.ada mesej tarbiyyah yang diselitkan, mesej yang disampaikan kami faham,tetapi lebih menarik jika sesuatu peristiwa berlaku itu lain/berbeza dari apa yang kami expect akan berlaku.keseluruhannya,kesinambungan novel tu dari novel melodi hati.keep it up!good job ridzuan:) kesinambungan novel ni sudah meningkat mutu penulisannya berbanding novel terdahulu.novel dulu pun best juga.harap iwan positif terima.bukan insan yang selayaknya untuk komen karya novelis berbakat spt anda.
p/s : sy bagi 7/10 bintang tuk novel ni.

Ijat (Menggelar dirinya anonymous. Tidak diketahui nama sebenarnya) & Izzah, Ipoh - Novel yang menarik.Sesuai untuk semua golongan. Iwan Ghazali ada identiti sendiri dalam mengetengahkan cerita tentang adik beradik. Tulisan perbualan perlu lebih santai. jangan terlalu baku. sebab kurang feel bila perbualan di'baku'kan. Walaupun tak ada cerita cinta pasangan kekasih ia tetap mantap! Nice story Nice work! keep it up :)

Anis Nadiah Hassan, Seremban: cerita dan watak dalam cerita tu, sama macam saya. Macam mana saya kena tinggal dengan kakak saya, macam mana saya survive tanpa dia. saya sangat tereffect dgn ketiadaan kakak saya di sisi. Jadi saya boleh kata novel itu macam cerita keadaan saya juga. Cuma komen saya, harap cover buat yg lebih menarik. Apapun, cerita itu memang rapat dengan saya.

Aznieta Ateinza, Melaka: novel ni wa ske. Wa bagi rating 9/10. best sbb ia mengisahkn ttg adik beradik yg begitu rapat dan sukar utk dipisahkn. tgk la cmne adik die mberontak bile abg die nk blah g us, sesuai tuk bacaan remaja masakini, xde la byk ksh2 jiwengs2 cintan cintun cm kebykan novel yg ade dpasaran.

________________________

Respons daripada Iwan: Penggunaan bahasa baku adalah kerana saya dan pihak penerbit ingin mendidik pembaca menerusi BMT (Bahasa Melayu Tinggi), bukan merosakkan bahasa.

Terima Kasih kepada semua yang telah membaca dan memiliki novel ini. Insya-Allah, segala komen dan pandangan anda akan dijadikan rujukan untuk panduan masa hadapan. semoga karya ini menghiburkan anda dan apa yang paling penting, mendapat manfaat daripada mesej yang cuba untuk disampaikan.

Jika anda belum mendapatkan novel ini lagi, dapatkannya segera di pasaran!

~semoga niat kita ikhlas.

Monday, November 14, 2011

Novelis Dalam Master Chef Malaysia

Assalamualaikum WBT



Untuk penulisan kali ini, Iwan dengan rendah dirinya mahu memberi pandangan terhadap sebuah rancangan realiti televisyen yang cukup mengujakan Iwan apabila mendapat tahu ianya akan bersiaran di Malaysia. Rancangan yang dimaksudkan itu adalah Master Chef Malaysia.

Iwan sebenarnya sudah lama meminati rancangan yang seperti itu. Di U.S, Iwan gemar menonton Master Chef America, Hell’s Kitchen dan Kitchen Nightmare. Iwan pun sebenarnya menggemari seni kulinari, Cuma tidak pasti sejauh manakah kepakaran Iwan dalam bidang ini.

Iwan baru sahaja menonton siri Master Chef Malaysia. Jadi, ada beberapa perkara yang Iwan ingin katakan secara peribadi.

1- Walaupun rancangan ini asalnya daripada luar negara, tetapi apa yang tidak elok itu tidak perlulah ditiru. Untuk cabaran pertama, iaitu memotong bawang, para peserta berebut-rebut hendak mengutip bawang yang berselerakan. Rasanya, tidak perlulah berhimpit-himpit sampai macam itu sekali. Ambil elok-elok kan boleh. Kalau semua peserta sama jantina, mungkin tidak apa. Tetapi apabila lelaki dan perempuan saling berasak-asak...?

2- Pembaziran. Setiap kali Iwan melihat Gordon Ramsay dalam Hell’s Kitchen membuang makanan ke dalam tong sampah, hanya kerana kurang masak, kurang sedap, atau sebagainya, Iwan rasa sedih. Jika tidak mahu dihidangkan kepada pelanggan sekalipun, tak perlulah membazir sebegitu. Tetapi dia mungkin tidak mengerti. Tetapi mengapa chef-chef di dalam Master Chef Malaysia pun begitu? Selamba sahaja membuang bawang semangkuk ke dalam tong sampah hanya kerana potongan tak selari.

3- Ini mungkin dari sudut teknikal. Latar suara dalam rancangan ini kurang bersemangat. Boleh tingkatkan lagi rasanya.

4- Penyuntingan video dilihat kurang kemas. Teknik kejutan (elemen saspens) kurang menyerlah.

Pun begitu, Iwan rasa terhibur apabila mendengar luahan pengalaman/perasaan para peserta. Ada yang bercakap bahasa baku, loghat utara, kelantan, KL.

Antara yang mengujakan, ada seorang novelis turut tersenarai sebagai top24- Shahriah Abdullah. Beliau adalah penulis sepenuh masa dan sudah menulis sebanyak tujuh buah novel:

1-Kau Mawarku
2-Cinta Najla
3-Setitis Kasih
4-Secalit Sayang
5-Kau Tercipta Untukku
6-Seribu Rindu Untukmu
7-Untukmu Yuna

Kesemua novel beliau diterbitkan oleh Buku Prima.

Hmmm… jika beliau mampu ke dapur Master Chef, tidak mustahil sekiranya suatu masa nanti kelibat Iwan Reaz / Iwan Ghazali juga akan dilihat berada di dapur berkenaan.

Nantikan…

~semoga niat kita ikhlas.

Tuesday, November 1, 2011

Kenali Watak Utama Novel HA&M

Assalamualikum wbt.

Untuk post kali ini, mari kita berkenalan dengan 5 watak utama dalam Novel HA&M, (Hazim, Aizat & Muzik), terbitan Galeri Ilmu.

Hazim


Aizat


Joseph


Katelyn


Alif


Kepada mereka yang masih belum memiliki novel ini, boleh dapatkannya segera di kedai-kedai buku berhampiran anda.

~semoga niat kita ikhlas.

Saturday, October 22, 2011

Why read the Qur’an when we do not understand arabic?

Assalamualaikum WBT.



An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”

“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

~ semoga niat kita ikhlas.

Wednesday, October 12, 2011

Lirik & Cinta

Assalamualaikum WBT.



Untuk post kali ini, Iwan ingin menyatakan pendapat peribadi berkisar dunia hiburan sekarang. Baru-baru ini Iwan ada terbaca mengenai komen orang ramai terhadap lagu “Cinta Muka Buku.” Mungkin ini cerita lama, tapi Iwan baru sahaja mendapat tahu.

Balik ke Malaysia baru-baru, lagu tersebut sering dimainkan hampir di mana-mana sahaja. Sebenarnya, Iwan sendiri juga perasan ada beberapa bahagian yang kurang enak didengar daripada lagu tersebut. Antara baris liriknya adalah, “harus pejam mata dan cuba apa saja.” Apa mesej yang hendak disampaikan di sini? Cuba apa sahaja? Apa yang hendak dicuba?

Lagu ini seperti permulaan untuk bercouple dan berdating, dengan insan yang hanya dikenali dalam Muka Buku (Facebook kot kalau direct translate). Sedangkan bercouple itu haram. Dating juga haram. Mengapa tidak pejam mata dan dengar kata iman?

Nampak penyalahgunaan internet dan laman sosial untuk bercinta. Lebih-lebih lagi dengan insan yang tidak dikenali. Adik-adik, kakak-kakak, jangan biarkan diri anda terjerat dengan perangkap lelaki yang tidak bertanggungjawab. Media sudah banyak memaparkan jenayah rogol dan seumpanya. Mangsa dikatakan bercinta dengan lelaki yang tidak dikenali di laman sosial. Harus diingat juga, berdating secara maya juga adalah dilarang.

Iwan tidak bias untuk lagu ini sahaja. Lambakan lagu cinta di negara kita cukup merunsingkan. Ditambah pula dengan liriknya yang boleh menggoncang akidah. Banyak lagi sebenarnya lagu-lagu yang mempunyai lirik yang melampaui batas agama. Berpegangan tangan erat, berpelukan, ku bayang kamu setiap waktu, dan macam-macam lagi. Dulu, pernah ada lirik lagu, “Tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu.” Cinta pada manusia, tetapi dikatakan sebagai lafaz teragung?

Penyanyi, penulis lirik, pengurus, peranan anda terhadap permasalahan ini adalah besar. Kesilapan itu mungkin tidak disengajakan. Mungkin juga tidak bermaksud untuk mempersendakan. Tetapi sedarlah, kesilapan sedemikian boleh membuatkan masyarakat memandang kita sebagai JAHIL dan BUTA AGAMA.

Iwan tidak berniat untuk menyerang peribadi penyanyi-penyanyi terbabit. Malah, ada juga terfikir bahawa mungkin ada sesetengah pihak cuba menjatuhkan mereka ini dengan mencari kesalahan-kesalahan mereka. Setiap lirik lagu diteliti sedalam-dalamnya untuk mencari kesalahan. Mungkin perkara ini terjadi. Mungkin.

Mungkin juga ada yang berpendapat, open minded lah sikit dalam hal-hal seperti ini. Rasa letih pula dengan isu open minded ini kerana ada orang yang tak open minded dengan hukum Allah. Tapi terperuk pula dalam hukum manusia. Kita kena ingat, Islam itu adalah cara hidup (the way of life). Bukan sekadar agama untuk ditulis di kad pengenalan. Maka, setiap aktiviti harian kita mestilah dalam batas-batas agama.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan hal yang dibangkitkan, itu hak anda. Saya tidak taksub dengan tafsiran sendiri. Tetapi tidak pula saya bersetuju dengan anda. Kita sesama manusia, boleh berhujah dan adakalanya menyembunyikan perkara yang sebenar. Tetapi apabila kita berdepan dengan Allah nanti, kita langsung tidak mampu untuk melindunginya lagi.

-Tidak bermusuh dengan sesiapa. Semua adalah kawan. Kawan buat salah, kena tegur. Yang dibenci adalah kemungkaran, bukan dirinya.

-Sesungguhnya kata-kata itu adalah doa.

~semoga niat kita ikhlas.

Saturday, October 1, 2011

Preview Bisikan Pengharapan



BISIKAN PENGHARAPAN

Lagu: Iwan Reaz
Lirik: Annur Mohammad

Ku bisikkan kalimah memujiNya
Setiap masa
Setiap saat
Agar ku tidak lupa
Akan kekuasanNya
Juga akan kebesaranNya

Sucikan wajah mu di dinihari
Bisikan pengharapan pada Ilahi
Jika sudah suratan takdir hakiki
Terima saja dengan rela hati

CHORUS :
Indahnya hidup di dunia ini
Pabila dikelilingi insan yang disayangi
Juga mendambakan redha ilahi
Agar hidup sentiasa diberkati

Dilema manusia akhir zaman
Saban waktu kematian memisahkan
Lantas ku bisikkan doa pengharapan
Agar dikurniakan keredhaan