Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, September 8, 2009

Perkongsian Rasa dan Gambar

Salam

Lama tak update blog. Kekurangan kemudahan persendirian antara faktor utama. Kekeringan idea juga menjadi penyebab sampingan

Dah lebih seminggu tak berbuka di rumah, ada jemputan iftar di beberapa tempat. Hari n pun ada juga, tapi dah rindu masakan sendiri. Jadi hari ni masak istimewa sedikit untuk diri dan teman serumah- Tom Yam, Kentang sambal ikan bilis dan ayam goreng.

Dah hari yang ke 18 puasa. Tak lama lagi raya menjelma. Mungkin ada pihak yang bergembira dengan kehadirannya. Tak salah kita nak gembira, kerana syawal itu adalah kemengan bagi umat Islam, tapi janganlah menganggap ramadhan itu bulan yang membebankan dan menyusahkan.

Walhal, kita sebagai umat nabi Muhammad, beruntung sangat kerana diberi kelebihan berlipat kali ganda. Ibadah wajib digandakan dengan 70 kali. Ibadah sunat pula diberi kelebihan seperti menunaikan ibadah wajib. Di dalamnya terisi ibadah yang tiada di bulan-bulan yang lain iaitu terawikh. Dan ada satu malam yang diberi ganjaran umpama seribu bulan. Subhanallah. Alangkah beruntungnya manusia yang dapat mengisi ramadhannya sebaik mungkin.

Dan beruntung jugalah bagi manusia yang dapat istiqamah dalam amalannya selepas berakhirnya ramadhan...

Iwan pula, puasa di US agak diuji juga rasanya. Biasa tak rasa apa, tapi kini, pukul 11 pagi dah rasa lapar sangat. Tak ada bazar ramadhan, sahur dan buka masak sendiri. Sahur yang tak dapat dilupakan adalah semasa berada di Dallas, semasa dalam perjalanan ke Philadelphia. Iwan dan rakan bersahur di airport yang tak ada orang. Hanya makan coklat dan air kosong. COmbination yang mudah membuatkan sakit perut. Ujian berpuasa di perantauan.

Sekadar untuk berkongsi

beberapa jam sebelum bersahur. beginilah kami yang tersangkut dalam perjalanan. seperti merempat seketika.

walhal beberapa hari sebelumnya, sempat pula berjalan-jalan di korea


tak ada kaitan dengan kes tersangkut flight


tapi alhamdulillah, sampai juga ke destinasi. inilah rumah Iwan dan 2 kawan lagi.


dapur yang selesa untuk memasak.


dan bilik Iwan.

Ringkas, selesa dan menarik.

Yeah, rindu pada tanah air dan semua yang ada di sana. Rasa semakin terpanggil bila kawan-kawan selalu bertanya, bila Iwan nak balik Malaysia.

p/s- ada beberapa lagu baru dicipta. Selepas raya, ada 3 group baru yang akan ditubuhkan dan Iwan bertindak sebagai pencipta lagu dan penulis lirik. Walau berjauhan, minat tetap diteruskan.

Wednesday, September 2, 2009

Saya Anak Malaysia.

Salam.

"Where are you guys from?",

"We are from MALAYSIA!".

Bangga. Setiap kali ditanya, Iwan rasa bangga untuk menyatakan dari negara mana Iwan datang. Apa yang Iwan perasan, ada sesetengah pelajar negara lain, berasa malu-malu untuk memberitahu dari mana mereka berasal. Menjawab soalan dengan perlahan.

"Oh, it's just an island"

"Not a famous country"

"Somewhere..."

Tapi bagi Iwan, setiap kali ditanya dari mana Iwan berasal, Iwan menjawabnya dengan bangga. Kerana Iwan sayang Malaysia. Bangga dengan Malaysia.

Yang aman harmoni. Indah khabar dan rupanya.

p/s- Aku merinduimu.
Ibuku, ayahku, abangku, keluargaku, rakan-rakanku, adik-adikku, kenalanku, kerjayaku, penyokongku.

Saturday, August 29, 2009

Teruskan

Salam.

Lama tak update blog. Tak ada kesempatan. Alhamdulillah, hari selasa lepas iwan dah selamat sampai di philadelphia. Beberapa hari ni, iwan dan kawan-kawan sibuk uruskan beberapa hal, nak beli barang keperluan rumah dan nak set up phone dan internet.

Keberangkatan iwan ke tempat baru, banyak meninggalkan kerjaya di malaysia. Lepas ni, mungkin insan yang akan menggantikan iwan masa perform lagu itulah impian ku adalah safwan dari kumpulan nice.

Pun begitu, progress novel dan single akan tetap berjalan. Ada pihak yang akan uruskan semua tu. Cuma iwan masih aktif tulis lirik dan buat beberapa lagu untuk kumpulan nasyid kanak-kanak. Almost mereka berumur 11 tahun.

P/s1- banyak pengalaman nak share.

P/s2- banyak juga penghargaan nak di buat. Akan datang.

P/s3- sedih sangat bila dapat tau abang kepad seorang kawan/jiran baru meninggal sebab ekaiden. Marilah sedekahkan Al-Fatihah.

Monday, August 24, 2009

KONTRA

Salam.

Tarikh yang sama, 24hb, hari berbeza

Kejadian turut berbeza..

Kali pertama Iwan solat 9 waktu dalam sehari. Macam ni, lepas solat isyak, Iwan tidur dalam flight. Beberapa jam lepas tu, pramugari tu kejutkan Iwan, dia bagi set makanan.

"Bagus betul mereka ni. Sediakan juadah sahur untuk muslim", fikir Iwan dalam hati.

Tengah sedap makan, ada seorang tu buka tingkap. Terang benderang! Rupanya dah pukul 10 pagi, dan hari yang sama, iaitu 24hb.

24 yang pertama, dapat puasa dengan jayanya.
24 yang kedua, dah tersahur pukul 11 pagi la pula.

24 yang pertama, bergembira di Korea. Jalan-jalan. Makan angin.
24 yang kedua, tension di US. Berlari-lari. Makan hati.

Iwan dan rakan, Amirul, kena tahan Imegresen. Sebab apa? Haa yang ni kita tak tau. Iwan pun pelik. Then, bersama 2 orang lagi rakan, berkejar-kejar untuk pastikan kami on time (flight seterusnya pukul 2.25). Ya! Memang kami on time, tapi dah tak ada guna, sebab flight pun fly on time.

Lepas tu banyak la kejadian buruk berlaku. Haha.. Last-last, dapat gak flight ke Dallas.

Sekarang di Dallas, tinggal di airport. Next flight pukul 5.30 pagi. (kot), sebab kami dalam list stand by.

Sepatutnya dah sampai kat destinasi dah. Tapi tu semua dugaan... ada la hikmah tu.

Sunday, August 23, 2009

Bumi Korea

Salam.

Sekarang di korea, sampai pukul 7 pagi tadi. Pukul 10 pergi jalan-jalan sebentar, pergi naik feri ke ICN town, ada global festival. Balik pukul 3 petang.

Sekarang menanti flight yang akan tiba pukul 6 petang.

Saturday, August 22, 2009

Short Message

Salam.

Hari ini Iwan akan berangkat. Banyak ucapan nak di buat ni tapi tak berapa selera lah..

InsyaAllah beberapa hari lagi.

-minta maaf tentang semua, dan terima kasih segalanya.