Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Friday, March 19, 2010

Perancangan Terkini

Salam.

Semoga semua pembaca blog sihat sejahteralah hendaknya.

Untuk post kali ini, Iwan sekadar hendak berkongsi beberapa perancangan yang telah diaturkan sekembalinya ke Malaysia nanti.

*Novel terbaru.
*Telemovie Melodi Hati. (kalau jadi filem, syukur Alhamdulillah)
Dan InsyaAllah tour untuk mempromosikan novel Melodi Hati dan single Itulah Impian Ku.

Beberapa lagu baru juga akan dirakamkan.

*Leraikan Rindu (solo)
*(Masih belum ada tajuk) mungkin akan featuring sekali lagi dengan Wan Shah
*Lagu Raya (duet bersama Wan Shah)
*Lagu Ramadhan ( Safwan NICE, Affendi x-UNIC, Iwan Reaz & Wan Shah)
dan Pihak Allkind Music juga ada mencari lagu lain untuk rakaman solo atau bergabung dengan penyanyi Allkind sendiri.

Doakan segalanya berjalan lancar. Niat di hati sentiasa betul. Pelajaran sentiasa diutamakan. Kecemerlangan kan berada dalam genggaman.

Di sini Iwan kongsikan bersama lirik lagu Ramadhan.

Tajuk :Ramadhan
Artis: Safwan NICE,Iwan Reaz, Affendi & Wan Shah
Lagu: Wan Shah
Lirik: Iwan Reaz

Sudah lama menanti,
Tetamu barakah ini,
Demi menyucikan diri,
Dari kehitaman hati.

Hanya keimanan,
Nawaituku yang kudus,
Yang mampu menciptakan,
Jiwa yang semua idamankan.

Di dalam bulan itu,
Telah turun Al-Quran,
Panduan buat semesta,
Tiada yang secantik,
Malam seribu bulan,
Pada bulan Ramadhan.

Beruntunglah mereka beribadah di malaman,
Di waktu sepertiga malam.

Chorus 1:
Tika mula menjelma,
Bulan mulia bulan Ramadhan,
Sinar kemuliaan,
Kemanisan puasa dapat dirasa.

Demi cahaya-Mu,
Kebenaran cinta,
Tiada seindah bulan,
Seindahmu oh Ramadhan.

Chorus 2:
Tika mula menjelma,
Bulan mulia bulan Ramadhan,
Hadirmu membawa bahgia,
Pergimu menjulang kejayaan Islam,
Sinaran kemuliaan,
Kemanisan puasa dapat dirasa,
Tiada seindah bulan,
Seindah mu oh Ramadhan.


p/s- Teruskan mengundi lagu Itulah Impian Ku di carta IKIM.fm dengan menghantar emel ke cartaikimfm@hotmail.com. Terima kasih!

Saturday, March 13, 2010

Cabin ISR

Salam.

Alhamdulillah, baru-baru ini Iwan telah menyertai satu program yang dinamakan CISR- Cabin Islamic Spring Retreat yang diadakan di Penn State selama 3 hari 2 malam. Syukur, cuti kali ini dapat diisi dengan program yang sangat bermanfaat.

Bertemu dengan sahabat-sahabat baru merupakan moment yang ceria, mendalami ilmu agama adalah kenangan yang manis, main ski adalah pengalaman yang baru, berukhwah dengan semua sahabat adalah memori terindah.


Di sinilah program diadakan.







Antara ilmu yang dipelajari:-

*Pelajar Muslim dan Muslim yang belajar, apakah bezanya?
*Manusia seperti logam (berdasarkan hadith)
*Kebaikan bagi mereka yang faham (juga dari Hadith)
*Sejarah dari Nabi Adam sehinggalah kejatuhan kerajaan Islam.
dan banyak lagi.

Di sini, Iwan ingin tekankan satu perkara. Biasa terjadi di kalangan kita semua. Ramai di antara kita tahu sesetangah perkara itu adalah salah. Tapi masih melakukan kesilapan itu. Mengapakah?

Kerana mereka memahaminya dari akal fikiran (lumrah- dapat membezakan yang baik dan buruk) akan tetapi, hati mereka tidak membenarkannya, yakni terpengaruh dengan bisikan nafsu. Hati adalah punca segala tindak tanduk manusia. Kalau baik hati kita, maka baiklah akhlak dan sahsiah kita. Jika buruk, maka buruklah tindakan kita. Maka, peliharalah hati kita ini. Banyakkan berzikir juga beristighfar.

sekadar perkongsian bersama, inilah gambar2 yang diambil di sepanjang program CISR.


Tuan penceramah, abg Amir, seorang pelajar tahap PHd di Jepun. Diterbangkan khas ke US


Aksi bermain ski.


Pengalaman pertama.


Sahabat dunia dan akhirat


Ke Pittsburgh selepas program berakhir.


Di hadapan museum


Di kawasan tinggi, melihat keindahan bumi Pittsburgh di kala malam menjelma.

Itu sahaja yang Iwan ingin kongsikan setakat ini. Oh ya, lagu Itulah Impian Ku jatuh ke tangga ke-6 dalam carta IKIM.fm untuk minggu ke-56. :) Cara mengundi sudah diubah. Kali ini guna cara emel, yakni pilih 5 lagu dan hantarkan ke cartaikimfm@hotmail.com. Teruskan menyokong Iwan ya! Terima kasih!


Ya Allah, kau peliharalah ukhwah yang terjalin ini. Semoga kau limpahkan rahmat-Mu keatas kami ini Ya Allah. Amin.

Wednesday, March 3, 2010

Philly Cheese Steak

Salam.

Dah sarat blog ini dengan tulisan, jadi post kali ini Iwan letakkan gambar-gambar menarik.


Philly cheese steak! Makanan paling popular di Philadelphia.


Jemput makan. Lokasi: Restoran Saad.

Philly cheesesteak, or steak and cheese, is a sandwich made from thinly sliced pieces of steak and melted cheese in a long roll. The cheesesteak is one of the favorite foods of the city of Philadelphia,
Sumber: Wikipedia

Saturday, February 27, 2010

Hari Sabtu Pelbagai Cerita

Salam..

Orang tak ramai di gym hari ni. Jadi, tak perlu nak tunggu giliran untuk menggunakan alat-alat senaman. Selepas menggunakan chest press dan torso rotation, Iwan ke Biceps Curl. Ada seorang lelaki sedang duduk di alat itu sambil berbual-bual dengan kawannya. Kononnya sedang berehat. Baru 2,3 kali guna, dia kembali rehat dan berborak panjang dengan kawannya.

“Respectlah orang lain yang nak guna. Nak berbual pergilah tempat lain. Jangan duduk kat situ.” Bentak hati Iwan. Iwan duduk di kerusi menunggu betul-betul di hadapan mereka. Namun, mereka seperti tidak menyedari kehadiran Iwan.

Akhirnya lelaki itu berdiri. Tetapi kawannya pula mengambil tempat. Iwan tahu, kadang-kadang memang ada yang buat latihan secara berpasangan. Tapi cara mereka tu lain. Seperti potong barisan.

“Ah, sabar Iwan, sabar. Takkan lari biceps curl dikejar.”

Lama menunggu. Bila dia sudah selesai, lelaki itu berdiri, mencari-cari seseorang. Dia memanggil teman wanitanya yang sedang menggunakan alat senaman yang lain. Wanita itu datang dan terus… Mereka berciuman di hadapan Iwan. Astagfirullahalazim. Sungguh, Iwan tak nampak. Beberapa detik sebelum bibir mereka saling bertemu, Iwan sempat mengalihkan pandangan. Tanpa segan silu, wanita itu mengambil alih alat senaman itu.

“Sabar Iwan. Hari ni mungkin Allah nak menguji kesabaran kau.” Kata hati Iwan yang panas.

Sudah banyak masa terbuang. Mereka berdua seperti bergurau-senda, berpacaran di tempat itu. Harus berbuat sesuatu, Iwan berdiri rapat dengan mereka, menunjukkan protes. Serta-merta wanita itu menamatkan latihannya dan beralih ke mesin sebelah.
Ada hikmahnya Allah meminta Iwan bersabar di situ. Sekejap sahaja Allah dah tunjukkan kebenarannya. Sewaktu Iwan pulang dari gym, kelihatan banyak kerlipan lampu siren polis. Ada sebuah kereta yang sudah remuk kerana melanggar tiang lampu isyarat. Di belakangnya ada kereta polis.

Mungkin ada adegan kejar mengejar. Situasi itu seperti baru sahaja berlaku beberapa minit yang lepas. Nah! kalau bukan kerana kejadian tadi (menahan sabar di gym) pasti Iwan akan dapat melihat kemalangan itu di depan mata. Dan sekiranya itu berlaku, pasti trauma yang kritikal akan Iwan alami.

Sangsi dengan kemalangan itu, Iwan sangkakan ia adalah satu adegan filem kerana terdapat dua-tiga orang cameraman. Bila Iwan tengok dari sudut berbeza, memang seperti satu penggambaran filem. Berlatar belakangkan bangunan yang runtuh, seperti suasana gempa bumi rasanya. Tetapi bila seorang warga Amerika berkulit gelap kelihatan berdarah, darah Iwan menyirap. Memang! Ini memang betul-betul kemalangan!

Malam, keluar makan di Crown Chicken. Sewaktu sedang enak menjamu ayam goreng, sekelompok remaja berkulit gelap masuk dan memenuhi restoran. Iwan dan kawan-kawan agak takut dengan situasi tersebut. Tak lama kemudian, seorang anggota polis masuk dan minta mereka beredar.

Bila kami habis makan, kami dapati suasana di luar sangat meriah dengan kehadiran ramai orang. Apa yang sedang berlaku? Seperti ada rusuhan. Kereta, SUV, malah helikopter polis ada di mana-mana. Bunyi siren kuat kedengaran di sana-sini. Resah dan gelisah dengan suasana tersebut, kami mencipta langkah pantas pulang ke rumah.



Seperti dalam adegan filem melihat helikopter menyuluh ke merata tempat, seperti mencari penjenayah yang terlepas. Adegan kereta polis menahan sebuah kereta dari arah bertentangan juga berlaku betul-betul di hadapan mata. Sangat terkejut, sangat … tak tahu hendak kata apa. Apa dah berlaku ni?

-Luahan hati

Monday, February 22, 2010

Tawaran

Salam.

Apa khabar semua? Semoga ceria-ceria selalu.

Kedudukan lagu Itulah Impian Ku untuk minggu 55 tidak diketahui memandangkan carta IKIM.fm tiada pada minggu lepas. Ada pihak yang beritahu pada Iwan, sistem undian mengalami gangguan. Mungkin disebabkan itu, carta diberhentikan seketika. Insya-Allah carta akan diteruskan dan semoga lagu Iwan akan kekal lama di dalam carta. :)

Baru-baru ini, Iwan mendapat tawaran untuk bernaung di bawah label Allkind Music Entertainment. Kumpulan nasyid Castury juga bernaung di bawah label yang sama. Setelah berbincang dengan Wan Shah, Iwan pun bersetuju. Terima kasih kepada Encik Mizee di atas kepercayaan dan Insya-Allah, Iwan akan berikan komitmen yang terbaik.



Semoga perjalanan pelajaran, karier dan impian Iwan akan bergerak lancar dan dipermudahkan. Doakan yang terbaik. Amin.

p/s- cara undian mungkin kembali ke cara asal. Taip IKIM VOTE CARTA 114 dan hantar ke 33886. Thanks!

Tuesday, February 16, 2010

Terima Kasih

Salam.

Alhamdulillah, lagu Itulah Impian Ku kini menjadi naib juara carta IKIM.fm pada minggu ke 54. Terima kasih diucapkan kepada pendengar yang setia mengundi lagu sehingga melonjakkan lagu ini dari tangga ke-10 naik ke tempat ke-2. Jasa kalian hanya Allah sahaja dapat membalas. Insya-Allah, balik ke Malaysia nanti,Iwan akan terus menghasilkan karya yang terbaik.

Teruskan mengundi lagu Itulah Impian Ku pada minggu ke 55 dengan menaip:

IKIM VOTE MGGU55 114 dan hantarkan ke 33886.

p/s- Iwan Reaz sebutannya "Iwan Riz", bukan "Iwan Riyaz".