Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, June 16, 2010

GAYA BARAT

Salam.

Bagi mereka yang menyambung pelajaran atau bekerja di luar negara, sering kali diingatkan dengan pesanan-pesanan seperti...

"Balik nanti jangan terikut-ikut dengan gaya barat tu.."

"Jangan terpengaruh dengan cara hidup orang sana"

dan macam-macam lagi...



Generally atau secara keseluruhannya memang betul kerana corak hidup barat selalu dikaitkan dengan pergaulan sosial yang ekstrem, hiburan yang melampau, dan macam-macam lagi.

Tapi, Iwan tak kata yang Iwan setuju 100% dengan saranan atau nasihat seperti yang di atas. Kata orang, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Gaya hidup barat yang positif, haruslah diserapkan lalu diubah corak hidup ketimuran yang negatif. Di sini Iwan berikan beberapa contoh:

1- LAMPU KUNING.
Lampu kuning di traffic light, apakah maksudnya? Bersedia untuk berhenti kan? Iwan sangat kagum melihat disiplin orang barat dalam etika pemanduan. Ya, mereka berhenti ketika lampu bertukar kuning. Ini sama sekali dapat mengelakkan kemalangan.

Bagaimana pula di Malaysia? Lampu kuning adalah bermaksud speeding. Kalau berhenti di lampu kuning alamatnya kemeklah bahagian belakang kereta dilanyak kenderaan lain di belakang.

2-RESTORAN
Selalunya di restoran makanan segera. Selepas makan, mereka akan mengemaskan meja. Sampah-sarap dibuang ke dalam tong sampah. Meja akan menjadi bersih dan kemas untuk digunakan oleh orang lain pula.

Di Malaysia? Lepas makan tinggalkan sahaja meja. Itu tugas pekerja restoran untuk mengemaskannya. Buat apa nak susah-susah.

3- PEJALAN KAKI
Golongan ini umpama raja di jalan. Kenderaan pasti akan berhenti untuk membenarkan mereka melintas jalan.

Di sini... "Sengal lah kau! Kau fikir ni jalan bapak kau?! Nak melintas tu tengok-tengok lah dulu! &^&%*(#@!! Tunggu lah aku jalan dulu!!" Marah seorang pemandu kepada seseorang yang melintas jalan.

BUKANLAH niat di hati mahu memperkecilkan negara sendiri. Seperti yang Iwan katakan tadi, kita ambil nilai murni yang baik daripada mereka untuk digantikan apa yang kurang baik di sini.

Bukan menjadi persoalan siapa BAIK siapa TAK. Iwan sendiri kagum dengan seorang rakan perempuan (izinkan saya menyebut namanya- HUDA) yang memimpin seorang remaja buta yang mahu melintas jalan. Si Buta itu teragak-agak mahu menyeberangi jalan, tetapi tiada siapa yang mengendahkannya walaupun ramai yang lalu di situ.

Rakan ini tanpa disuruh, dengan rela hati membantu si buta itu. Warga Amerika, Afrika, Jepun, Brazil,Perancis, atau mana-mana negara pun, semua tidak mempedulikan si buta itu. Tetapi warga Malaysia yang seorang ini, ambil peduli. Tahniah atas contoh teladan yang baik.

Jadi di sini, apa yang Iwan sarankan, kita semua jalani lah gaya hidup yang positif, penuh dengan nilai murni yang baik, tolong-menolong, berbudi bahasa dan hormat-menghormati. Semua mahukan kehidupan di atas dunia yang aman. Tiada siapapun mahu kesengsaraan dan peperangan. Peace!

~semoga niat kita ikhlas.

Monday, June 14, 2010

Madah

Salam.

Lama nampaknya Iwan tak sempat nak update blog. Sekarang ni, Iwan sedang bertungkus lumus menyiapkan bab-bab terakhir siri Melodi Hati 2 (nama bakal berubah) dan juga novel-novel lain. Ada juga bercadang mahu menghasilkan cerpen siri haiwan teladan.

Selain sibuk dengan penulisan, juga sibuk dengan pihak Allkind Music Entertainment yang menguruskan hal-hal berkaitan lagu dan persembahan.

Mnggu lepas, Iwan ada ke Kelantan untuk menghadiri walimatul urus. Maklumlah, cuti sekolah. Banyak undangan diterima. Jumaat lepas, kawan baik bernikah. Sangat terharu melihat mereka dapat ke jinjang pelamin. Tahniah diucapkan kepada Kumayl dan Sarah.

Dan tak ketinggalan, waktu malam juga diisi dengan menonton perlawanan bola sepak. World Cup dah bermula. Team favorite Iwan adalah France. Tapi... macam goyah la pula.

InsyaAllah, Iwan akan isi lagi blog ini dengan kisah-kisah teladan untuk pengajaran bersama. Semoga semua pembaca semakin bersedia menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma. Kehangatannya mula terasa dengan kehadiran bulan Rejab bermula semalam.

~semoga niat kita ikhlas.

Wednesday, June 2, 2010

LERAIKAN RINDU

Salam.

Alhamdulillah, hari Selasa lepas Iwan telah selesai menjalani sessi rekoding single seterusnya yang bertajuk Leraikan Rindu. Sekarang masih dalam proses pengadunan muzik lagi.

Leraikan Rindu

Dalam kau mengejar,
Impian dan juga harapan,
Pastikan niatmu,
Akan hadir bersinar gemilang.

Alunan merdu gelak ketawa nan ceria,
Tiada tandus dari ingatan tiada mungkin ku lupakannya.

c/o
Leraikan rindu,
yang sarat di kalbu,
yang menggangumu asyik setiap waktu,
dekati rindu,
rintihan jiwamu,
yang membantumu pada setiap waktu.

Andaiku berjanji kepadamu,
kan ku sematkan ia di hatiku,
semoga kasih yang lama erat,
akan kembali mengalunkan melodi hati.

Usah kau benci mahupun hendak ditangisi,
langkah yang aku corakkan ketika ini,
oh terdampar.

Lagu: Wan Shah
Lirik: Iwan Reaz

lagu ini insyaAllah akan menjadi lagu tema untuk novel seterusnya. Jadi, untuk mengetahui isi kandungan lagu ini dengan lebih mendalam, dapatkan novel iwan yang akan datang.

~semoga niat kita ikhlas

Monday, May 17, 2010

Enam Bendera.

Salam.

Post kali ini adalah satu perkongsan pengalaman berjalan di tempat orang.

Terkesima. Jantung pantas mengepam darah ke seluruh anggota tubuh, tiba-tiba membuatkan ku merasakan kekuatan Hyper-Aktif. Terasa seperti mahu keluar dari kereta dan berlari laju ke sana. Namun, ku harus sabar untuk seketika. 

Begitulah perasaan Iwan tika mula-mula terlihat binaan taman tema Sixflag yang tesergam indah dengan saduran warna-warna yang menggamit perasaan dan minat.



Sejak tamat periksa lebih seminggu yang lalu, hari-hari diisi dengan pelbagai aktiviti. Sungguh sibuk dan penat, tapi seronok! Pergi memancing bersama Ahmad dan Family di Ridley Creek, melawat farms, melawat Old City bersama kawan-kawan, dinner di merata restaurants, shopping di Premium Outlets, melawat Pens Landing sewaktu insan lain lena dibuai mimpi dan macam-macam lagi.













Sabtu lepas pula, Iwan dan kawan-kawan ke Sixflag (taman tema).
Akhirnya mereka mengenali diri Iwan yang sebenar. Iwan yang sebelum ini lebih suka berdiam diri dan tersenyum sahaja, tiba-tiba berubah menjadi agresif dan hyperaktif melihat pelbagai roller-coaster yang pastinya membuakkan hormon adrenalin ke merata urat saraf. Terasa seperti menjadi ‘adik’ dalam kumpulan itu. Tak kisah lah tu.


Itu mak Deli!

Iwan sememangnya tidak terkawal berada di tempat seperti itu. Permulaan kami adalah satu jenis roller-coaster yang berpusing-pusing 360 degree lebih kurang 7 atau 8 kali. Nampak seperti best tapi kurang mencabar bagi Iwan. Permulaan yang kurang memberangsangkan.


Tapi bila dah mencuba Batman, Nitro, EL-Toro, semuanya memang sangat exciting. Adrenalin memang betul-betul tercabar! Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi memang sangat laju dan laju dan laju. Namun, Iwan takkan berpuas hati selagi belum dapat merasa Kingda Ka, roller-coaster tertinggi dan terlaju di dunia. Boleh dapatkan info dan fakta tentang Kingda Ka DISINI.

Banyak kali Iwan pinta ‘abang-abang dan kakak-kakak’ untuk ke situ, tapi mereka asyik menolak. Katanya, “save the best for the last”.

Geram.geram.geram. Bukan apa, takut tak sempat.

Tapi akhirnya, dapat juga merasa duduk dalam roller-coaster tu. Iwan dapat duduk baris kedua dari depan. Cuma, Iwan rasa tidaklah terlalu gerun sewaktu roller-coaster tu turun pada 90 degree ke bawah. Mungkin kerana expectation yang terlalu tinggi. Jadi antara semua permainan yang dah dicuba tu, Iwan rasa El-Toro yang paling best. Kelajuannya dicelahan kayu-kayu, membuatkan semua individu rasa seperti kepala nak terlanggar kayu. Tapi tu semua perasaan sahaja.



Yang pasti, Iwan akan kunjungi Sixflag lagi di masa akan datang! Jom!



P/s-Mungkin ini post yang terakhir dari US buat masa ini sebelum disambung kembali pada bulan Ogos atau September nanti. InsyaAllah Iwan akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi.

-semoga niat kita ikhlas.

Thursday, April 22, 2010

Mesej Keamanan

Salam.

Ahad lepas, Ahmad dan family datang ke Philly. Seronok rasanya dapat main game dengan budak kecil seorang ni. Mendengar celoteh dia, rungutan dia. Tapi tak sempat nak snap gambar dengan dia, dah phone Iwan kat tangan dia je.

Sekadar menyingkap kisah lama. Iwan dari dulu memang suka budak kecil ke?

T-I-D-A-K-!

Sejarah telah tertulis, Iwan kurang senang bersama mereka. Mereka sering dilebihkan. Mereka sering dimanjakan. Mereka sering diutamakan. Segala-galanya hanya untuk mereka, sehingga kita terasa seperti diabaikan.

Tangisan adalah kuasa mereka.
Jeritan adalah senjata mereka.
Harta kita dikongsi bersama, harta dia adalah milik dia. Makanan kita dikongsi bersama, makanan dia adalah milik dia.

Ahh! Tak senang dibuatnya! Kadang-kadang, timbul sekelumit perasaan benci terhadap kanak-kanak. Meluat!

Tetapi dunia itu bagaikan roda.



Kini, Iwan sudah lupakan itu semua. Kanak-kanak rupanya membawa sinar gembira. Mengubat hati yang duka. Senyuman mereka penuh ceria. Apakah yang mengubah hati Iwan sedemikian rupa?

Entahlah. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Terhasilnya Melodi Hati adalah ilham yang datang secara sendirinya. Mengajak diri Iwan sendiri, dan orang ramai, agar kita semua sayangi kanak-kanak. Mereka adalah generasi di masa hadapan. Jika kita tidak memelihara mereka, bimbang akan lahir lagi generasi mat rempit, mat ganja, dan macam2 mat lagi. Minah pun sama.


Disebabkan itu juga, Iwan suka berdamping dengan kanak-kanak. Kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sejak mereka kecil, kita semaikan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Ajar solat sejak dari kecil. Pakaikan pakaian yang menutup aurat. InsyaAllah.


Rasa bahagia bila bersama mereka.


Senyuman kanak-kanak itu ikhlas, seindah ungkapan sayang mereka, setelus peribadi dan jiwa, sejernih titisan air mata, yang tumpah di pangkuan hiba.

Apakah kita sanggup melihat senyuman itu pupus ditenggelami huru-hara yang dicipta orang dewasa? Perebutan kuasa, pangkat jua harta, semuanya merosakkan senyuman kanak-kanak yang tidak berdosa. Hayatilah, mesej keamanan yang cuba disampaikan mereka. Jangan disekat kebebasan mereka, hanya kerana kerakusan manusia dewasa.

-Terasa ingin mengambil gambar senyuman semua kanak-kanak di dunia ini, kemudian dibukukan. Buku tersebut pula akan menjadi simbol betapa kanak-kanak adalah sumber inspirasi kepada keamanan dunia.

Sunday, April 4, 2010

Indahnya Jalinan

Salam.

Musim bunga sudah tiba,
tibanya ia sangat indah,
seindah jalinan yang terpatri.


Ahmad. Anak dari sebuah family Malaysian-American.




"Full with adrenalin", pergh, vocabulary dia ni...



Pagi penuh ceria melayan kerenah dia di luar rumah. Dalam pukul 11 pagi, bertolak ke Loongwood Garden.






Interested dengan ikan-ikan yang besar. "Nak roti..", pinta Ahmad. Tak ada masalah nak bercakap bm dengan dia. 




dalam tu ada juga kawasan yang 'wet'. Parents dia lepaskan kami berdua dalam tempat tu.




sampai rumah, dia minta main kuda-kuda.. Layan saja...


Main spongbob dengan dia.

Bila Iwan minta semula phone Iwan tu...

Ahmad: Why?
Iwan: Nak balik dah.
Ahmad: You are going home already?
Iwan: Yes.
Ahmad: Oh, I gonna miss you!
Iwan: .......... (kejung)

Leraikan rindu yang sarat di kalbu,
Yang menganggumu asyik setiap waktu,
Dekati rindu rintihan jiwamu,
Yang membantu pada setiap waktu


Chorus Lagu: Leraikan Rindu
Lirik: Iwan Reaz


Tak pasti mengapa, tapi rasanya lagu ini sangat dekat dengan Iwan...


Saat nak balik tu, dia peluk macam tak bagi balik. Aduhai, meruntun jiwa ini.

p/s- Credit pada Auntie Hamidah, Uncle Khaleed, Muhammad, dan rakan-rakan yang snap gambar ini. Terima kasih semua...!