Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, September 15, 2010

Galeri Raya 2010

Salam.



Perkongsian pengalaman Iwan menyambut berpuasa dan beraya di Amerika disiarkan di dalam akhbar KOSMO pada 14 Sep. Terima kasih diucapkan kepada:

Cik Khadijah (wartawan kosmo yang interview)
Airieyah Aider(upload gambar dan menyebarkan di laman nasyid)
Abg Sani & Abg Faruq (PR Telaga Biru)
Munsyeed Corner
& lain-lain...

Sedikit perkongsian raya Iwan tahun ini...

Hari Raya Pertama, di Philly.



Raya ke-2, di Delaware .





Raya ke-3, di New York.









Namun, tiadalah indah berhari raya tanpa keluarga di sisi. Mungkin ramai lagi yang mengalam situasi yang sama. Wajah tampak ceria. Sayunya hati, sepi dari berbicara.

Aktiviti penulisan Iwan yang terkini:
-Novel Subway
-Novel Diari Untuk Ibu

~semoga niat kita iklas

Saturday, September 11, 2010

Eid Mubarak!

Salam.

aku bukan perantau,
aku bukan pelayar,
singgah di sini hanya seketika,
mengutip emas dan batu permata,
untuk ku bawa ke tanah tumpah darahku,
akan ku semai bakti dan jasa,
memakmurkan agama, bangsa dan negara.

pengorbanan ini harus ku ikhlas terima,
walau sedih,
walau duka,
tetap ku ucap dengan rela,

SALAM AIDILFITRI kepada Mak dan Ayah, Along, semua ahli keluarga, JPA, kawan-kawan, Telaga Biru, Allkind Ent, IKIM, stesen radio yang lain, media,penggiat seni tanah air, serta semua yang mengenali diri ini. MAAF ZAHIR DAN BATIN.









p/s- dapatkan surat khabar KOSMO pada hari selasa ini, 14hb, untuk mendapatkan cerita dan pengalaman Iwan berpuasa dan beraya di bumi Amerika.

~semoga niat kita ikhlas

Saturday, September 4, 2010

Duhai Hati.

Salam.

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi Iwan sendiri, rasanya bulan ramadhan tahun ni berlalu dengan sangat pantas. Jadi, sekarang sudah pun masuk fasa ke-3 Ramadhan, yang mana Allah telah janjikan ada satu malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Itulah malam lailatul qadar.

Apakah anda berusaha mencari malam penuh barakah ini?

Nampaknya status-status di facebook, ramai yang sudah teruja dengan lebaran yang bakal disambut meriah. Persiapan pulang ke kampung, bertemu keluarga dan saudara mara, membuat kuih-muih, dan macam-macam lagi. Tapi dalam kesibukan itu semua, janganlah kita terlepas pandang dari turut sibuk mengerjakan ibadah di saat-saat akhir ini. Allah telah janjikan berganda-ganda balasan pahala di dalam bulan Ramadhan sedangkan kita tidak tahu, apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan bulan ini pada tahun hadapan.

Bagi mereka yang belajar atau bekerja di luar negara, tabahkan hati. (terutama diri ini, hihihi…) Kepada mereka yang baru pertama kali merasai pengalaman berpuasa di negara orang, jadikan pengalaman ini satu memori bermakna bagi diri anda.

Ada yang bertanya pada Iwan, adakah semua pelajar yang ke luar negara, pulangnya nanti akan berubah sama sekali? Bagi Iwan, Ya!. Sama ada kamu akan menjadi lebih baik dari sebelum ini ataupun kamu akan menjadi lebih teruk dari sebelum ini.

Situasinya begini,keadaan di luar negara penuh dengan cabaran yang agak sosial. Sikap, pergaulan, gaya hidup, fesyen, mampu menggoyahkan iman. Jadi, apabila kita berdiri di tengah-tengah gelombang itu, apakah kita akan menguatkan iman kita untuk menguatkan benteng atau kita akan hanyut ke dalamnya? Sebab itu, pulangnya kamu nanti, kamu akan menjadi individu berbeza.



pergi tutup-tutup, balik buka-buka…
pergi dedah-dedah, balik sempurna pakaiannya…”

mana satu?

Ini adalah soal hati. Jika kamu menjaga kesucian hati kamu, sentiasa membersihkannya dengan zikir dan selawat, insyaAllah, selamatlah iman kamu.

Jika kamu kerap kotorkan hati kamu dan tidak pula mahu membersihkannya, maka akan buruklah tingkah laku kamu, pakaian kamu, amalan kamu.

Rasulullah S.A.W. ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya. Sesungguhnya itulah ia hati.”

p/s- suka saya dengan kata-kata seorang sahabat saya kelmarin. Dalam disuruh melaksanakan kewajipan, tiada pilihan sama ada mahu atau tidak mahu. Yang pasti, kamu wajib melakukannya! No option! Tiada istilah hipokrit dalam disuruh melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Wallahualam.

~semoga niat kita ikhlas

Monday, August 30, 2010

KLIP VIDEO ITULAH IMPIAN KU

Salam.

Alhamdulillah, 26hb yang lalu Iwan telah selamat mendarat di bumi Amerika. Meninggalkan dunia seni sementara waktu untuk fokus dalam study. Pun begitu, Iwan tetap akan meneruskan menulis di blog ini.

Sunyi seketika beberapa hari yang lepas lantaran internet yang masih tidak stabil di kawasan rumah baru.

Post kali ini, Iwan sekadar mahu war-warkan bahawa video klip Itulah Impian Ku kini sudah boleh ditonton di Youtube.

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON

Pihak management pula akan menguruskan untuk siaran di kaca televisyen.

Bagi mereka yang mempunyai akaun facebook, boleh melihat gambar-gambar di sekitar waktu penggambaran dijalankan.

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT

Iwan harap, semua akan sukakan video klip ini. :)

~semoga niat kita ikhlas

Friday, August 20, 2010

Memoir Puasa

Salam.

InsyaAllah, tahun ini Iwan berpeluang untuk menyambut bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan, selama 2 minggu di Malaysia.

Berbanding pada tahun sebelumnya, Iwan cuma dapat berpuasa selama 2 hari di sini. Itu pun, pada hari kedua, Iwan berbuka di KLIA. Jadi, untuk post kali ini, Iwan sekadar ingin berkongsi pengalaman berpuasa pada tahun lepas yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Hari ke-3 berpuasa, buat pertama kali dalam hidup Iwan, pengalaman berpuasa di Korea. Tempoh proses transit mengambil masa sehingga 12 jam, menyebabkan Iwan dan kawan-kawan memilih untuk melawat negara unik itu.

Biarpun panas, kami cukup teruja melawat global festival, taman bunga di Incheon. Perjalanan menaiki bas dan feri sangat menyoronokkan. Bila sampai waktu lunch, pemandu pelancong ingin membelanja kami makan. Agak sukar untuk menerangkan kepada dia bahawa kami sedang berpuasa. Mungkin fahaman tentang Islam kurang meluas di tempat berkenaan. Walaupun letih berjalan sana-sini, alhamdulillah dapat juga berbuka pada masanya di dalam flight.


-Incheon, Korea-

Di hari ke-4, eh, yang ni susah sikit. Bukan hari ke-4 sebenarnya, sebab waktu berulang. Bermakna, Iwan menempuh tarikh yang sama sebanyak 2 kali. Cuma lebih pendek sedikit. Iwan tak berpuasa pada tarikh tu sebab, masa nak bersahur, Iwan pun makanlah macam biasa. Jam tangan tunjuk pukul 4 pagi. Tapi masa tengah sedap makan tu, ada seorang penumpang buka tingkap. Terang benderang!

Jadi, hari ke-4 berpuasa adalah pada hari pertama Iwan tiba di US. Waktu tu, Iwan dan 3 orang rakan lagi ‘merempat’ di airport Dallas memandangkan kami terlepas flight gara-gara imegresen yang suka menahan orang tak tentu pasal. Sahur pada hari berkenaan agak perit. Coklat crunchie yang manis dan air paip, menjadi santapan Iwan.


-beginilah keadaan orang yang terpaksa bermalam di airport-

Sahur di hari ke-5, sahur yang pertama di rumah sewa Iwan di Philadelphia. Oleh kerana kami baru tiba, banyak lagi alatan belum ada. Periuk nasi yang kami bawa dari Malaysia, tak dapat nak memasak nasi dengan sempurna disebabkan perbezaan voltan dan arus eletrik. Satu malam nasi ditanak, tapi tak masak-masak. Hasilnya, nasi yang hangit di bawah, lembik di atas. Berlaukkan sardin dan sambal goreng, menjadikan sahur kami cukup bermakna.

Lucu, sebak, dan macam-macam perasaan, semua itu pengalaman yang tiada gantinya. Para pembaca juga pastinya punyai pengalaman berpuasa yang berbeza. Apa yang penting, kita manfaatkan bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Tapi, jangan pula kita menjadi hamba Ramadhan- tamat sahaja bulan ini, tinggalkan amalan bersedekah, tinggalkan solat jemaah di masjid, tinggalkan pakaian menutup aurat. Teruskan istiqamah dalam melaksanakan amar maaruf, nahi mungkar, InsyaAllah.

~semoga niat kita ikhlas.

Monday, August 16, 2010

Diriku Hanya Merancang...

Salam.

Selamat menjalani ibadah puasa, selamat berterawikh, selamat beramal. Semoga kita semua mendapat redha Allah.

Sebelum ni, Iwan pernah updated status di facebook- "nak buat satu pengunguman". lebih kurang macam tu lah.

Jadi, Iwan sebenarnya sedang menyusun, di mana hendak memulakan dan di mana pula hendak meletakkan noktahnya. Perasaan bersalah menyelubungi diri juga memandangkan ramai yang menaruh setinggi harapan.

Sebenarnya, lagu Leraikan Rindu seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, tak sempat nak disiapkan dalam masa terdekat ni. Bagi mereka yang pernah mengikuti persembahan Iwan, adalah Iwan bawa lagu tu secara live. Tapi, untuk studio version, nampaknya ada sedikit masalah.

Setelah habis proses recording, lagu ni ada masalah semasa proses mixing. Beberapa tracks telah hilang. Ke mana hilangnya? Iwan tak mahu menunding mana-mana pihak. Biarpun berasa geram, ini adalah satu ujian untuk mematangkan diri. Lagu ini terpaksa di arrange semula dan direkod semula.

Disebabkan Iwan juga sibuk dengan penulisan novel dan cerpen terbaru, program promosi di sekolah serta IPT, nampaknya lagu ini tak sempat untuk dirakamkan lagi. Cuti di Malaysia pun tinggal beberapa hari sahaja lagi. Saat-saat seperti ini adalah lebih baik diluangkan bersama keluarga.

Jadi, seribu kemaafan diucapkan kepada semua yang penuh mengharap kedatangan Iwan ke Malaysia kali ini akan muncul dengan single terbaru. Novel dan cerpen pun mash belum diputuskan tarikh terbitannya.

Jadi, untuk mengubat semua itu, Iwan telah pun menjalani sessi penggambaran untuk video klip Itulah Impian Ku yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad baru-baru ini. Diharapkan, video klip ini akan menjadi buah tangan dari Iwan untuk semua.



Nantikan kisah di sebalik tabir penggambaran ini di masa akan datang.

~semoga niat kita ikhlas.