Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, August 17, 2011

Ciri-Ciri Akhlak Terpuji

Assalamualaikum wbt.



Selamat menunaikan ibadah puasa. Tidak lama lagi insya-Allah, jika dipanjangkan usia, jika masih dikurniakan nikmat nyawa daripada-Nya, jika masih dihadiahkan nikmat iman dan Islam daripada Yang Maha Esa, kita akan memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan, iaitu Itqu Minannar (Pembebasan daripada api neraka).

Lebih dua minggu kita berada dalam bulan puasa ini, kita ibarat memasuki kursus pemulihan diri, pembersihan diri dan juga penyediaan diri untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang sebelum tibanya Ramadhan kembali. Maka, kita renung-renunglah kembali, bersama muhasabah diri, apakah kursus yang kita lalui ini, berjaya dilaksanakan dengan cemerlang? Atau ia hanyalah kursus yang memenatkan? Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

"Ada antara umatku yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa, melainkan lapar dan dahaga."

Kita dapat lihat, di siang hari, umat manusia bersungguh-sungguh berpuasa dan menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkannya. Di waktu malam pula mereka berpusu-pusu menunaikan ibadah dengan bertadarus, bertarawikh, bertahajud dan sebagainya. Tetapi, ingin Iwan kupas sesuatu untuk tinta kali ini. Apakah keimanan itu dinilai dengan ibadah semata-mata?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Selain berterusan melaksanakan ibadaha kepada-Nya, adalah wajib bagi kita agar memperbaiki akhlak dan tingkah-laku kita.

"Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Hati yang bersih melahirkan insan yang berperibadi dan berakhlak mulia. Lantas, segala tingkah lakunya amat disenangi oleh segenap masyarakat. Ia ibarat anak benih. Benih yang baik akan menghasilkan pokok yang cantik. Tetapi sebaliknya, benih yang rosak akan menghasilkan pokok yang buruk.

Seseorang dai'e itulah perlu berakhlak mulia, agar nasihat yang dihulurkan akan disambut dengan penuh hormat oleh orang yang ditegur. Peribadi yang baik, menjadi tauladan kepada semua.

Apakah ciri-ciri manusia yang berakhlak mulia?

1- Menjaga percakapan dan lidahnya.

Kata itu ibarat lembing, pisau, pedang, dan semua alatan tajam, yang mampu menghancurkan hati orang yang dikeji, dikutuk, dihina, diumpat dan dicaci. Hatta dalam mengajak manusia ke arah kebaikan sekalipun, hati seseorang itu harus dijaga. Memberi nasihat dan menyakiti hatinya, adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Akan tetapi 2 perkara ini sering dicampur adukkan menjadi satu sebatian yang tidak lagi enak untuk didengar, apatah lagi dirasa.

Bagi golongan remaja dan belia, kata-kata kesat itu umpama manisan bibir. Borak-borak kosong itu pula umpama rutin seharian. Ingat! Rasululluah ada bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.

2- Menjadikan malu sebagai perisai diri.

Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman.

Sifat malu ini mampu untuk menjaga dan membela maruah diri daripada terus dicerobohi. Malu untuk berdua-duaan dengan yang bukan muhrim. Malu untuk meninggi diri. Malu untuk melakukakan kemungkaran. Dan lain-lain lagi...

Tetapi malu itu biarlah bertempat. Kerana jangan biarkan malu itu daripada menghalang kita menyampaikan kebenaran.

3- Mampu menahan sabar.

Jalan dakwah ini bukan satu jalan yang mudah. Hatta Rasulullah SAW sendiri diuji dengan sangat dasyat. Namun, Baginda tetap bersabar dalam menyampaikan kebenaran kepada umatnya. Lantas, kita harus mencontohi sifat mulia Baginda yang penyabar ini.

Tentunya Allah turut mahu menguji kita dengan pelbagai ujian. Maka, bersabarlah, kerana Allah mahu melihat sejauh mana kita akan terus istiqamah dalam melaksanakan perintah-Nya dan setinggi mana keimanan kita. Sesungguhnya, ujian yang diberikan itu tanda kasih sayang daripada Allah. Maka, bersabarlah.

Orang yang tidak mudah panas baran, adalah lebih mudah didekati, lebih mudah untuk dibawa berbincang, lebih mudah untuk dijadikan teman dan sahabat baik.

Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”.
(An-Nur, 24 : 22)

Banyak lagi sifat-sfat orang yang berakhlak terpuji ini. Insya-Allah, jika diberi masa dan izin daripada-Nya, Iwan akan menyambung lagi di masa akan datang.

~semoga niat kita ikhlas.

Monday, August 15, 2011

Jom Undi Carta NC


Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, lagu Itulah Impianku telah dicalonkan dalam Carta Nasyeed.com (NC) beberapa minggu yang lalu. Ada beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Selawat, Perjuangan, Kempen, Cinta dan Munajat. Lagu Itulah Impianku berada di bawah kategori Kempen.

Jadi tunggu apa lagi? Jom undi Carta NC dan jangan lupa untuk mengundi lagu Itulah Impianku setiap minggu.

Klik Di SINI UNTUK MENGUNDI

Terima kasih!

~semoga niat kita ikhlas.

Sunday, August 7, 2011

Sedikit Bingkisan Tentang Novel

Assalamualaikum wbt.

Hmm... agak kurang aktif Iwan menulis di blog sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi layout dah baru, sepatutnya aktiviti penulisan menjadi lebih bersemangat.

Apapun, Iwan masih lagi menulis. Baru-baru ini Iwan memang fokus untuk menyiapkan novel terbaru, novel awal remaja yang bertajuk- Syazwan & Salji. Novel ini mengisahkan tentang pengalaman seorang kanak-kanak di luar negara. Alhamdulillah, novel ini sudah pun disiapkan pada hari Khamis minggu lalu dan mengikut sasaran penerbit, novel ini akan diterbitkan pada bulan November nanti. Tapi itu baru perancangan, segala perubahan adalah kuasa Yang Maha Esa.

Untuk novel Diari Untuk Ibu yang Iwan tulis pada awal tahun dahulu, novel itu sekarang dalam simpanan penerbit. APa yang menariknya, novel berkenaan turut dipertimbangkan untuk dijadikan drama di kaca televisyen. Harapnya perkara ini akan menjadi kenyataan, insya-Allah.

Untuk Novel Hazim, Aizat & Muzik yang baru menembusi pasaran pada awal bulan Julai lalu, alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Biarpun kulit hadapannya kelihatan lebih 'muda', tetapi isinya lebih padat dan matang berbanding penulisan yang terdahulu. Kepada sesiapa yang masih belum mendapatkannya, boleh beli di kedai-kedai berhampiran atau hubungi Iwan sendiri melalui emel, facebook atau twitter.

Untuk perancangan akan datang, Iwan sudah mempunyai beberapa mesej yang akan disampaikan melalui beberapa cerita yang berbeza genre dan untuk pelbaggai peringkat umur. Cuma Iwan masih belum membuat keputusan, yang mana satu Iwan akan fokus terlebih dahulu.

-suka fokus pada satu penulisan pada satu tempoh masa.

Dikesempatan ini, Iwan ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.



p/s: pernah tengok tulisan Iwan yang real? Macam inilah... orang kata buruk...

~semoga niat kita ikhlas.

Wednesday, July 27, 2011

Kebaikan

Assalamualaikum wbt.

Penceramah menyampaikan kebaikan dalam syarahannya ...

Penyanyi menyampaikan kebaikan dalam lagunya ...

Penulis menyampaikan kebaikan dalam tulisannya ...

Pelakon menyampaikan kebaikan dalam watak lakonannya ...

Tak kira apa jua medium yang digunakan,

Sebarkanlah kebaikan,

Dan amalkanlah apa yang kamu sampaikan,

Jangan berselindung di sebalik topeng kebaikan,

Kerana kebaikan itu juga boleh berganti menjadi kejahatan,

Tika kau beramal bukan kerana Tuhan.



~semoga niat kita ikhlas,

Sunday, July 17, 2011

Hazim, Aizat & Muzik Kini Di Pasaran

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran iwan panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka terhasillah novel terbaru iwan - Hazim, Aizat & Muzik.



Untuk sinopsis penuh, boleh baca DI SINI

Dapatkan novel ini di pasaran sekarang.

Untuk belian secara online, boleh layari http://www.galeriilmu.com.my

atau

Boleh hubungi iwan melalui facebook, twitter atau emel: iwanreaz@yahoo.com

~semoga niat kita ikhkas.

Friday, July 8, 2011

Kini Berwajah Baru

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Iwan sudah pun berada di Malaysia.

Dengan semangat baru, novel baru nak diterbitkan, paparan blog ini juga dengan wajah baru. Harapnya lebih mudah digunakan, lebih mesra, lebih menarik dan insya-Allah, pengisiannya akan terus istiqamah dalam menyampaikan dan berkongsi mesej-mesej berguna untuk penghayatan bersama.

Sekalung ucapan terima kasih atas kerjasama daripada Alfi, seorang web designer yang genius! :) Cuma ada beberapa bahagian lagi yang perlu diubahsuai oleh Iwan sendiri.

Sekadar perkongsian, kepulangan Iwan kali ini bersama satu azam. Kali ini tempoh Iwan berada di Malaysia adalah terhad. Jadi segala aktiviti seni akan dibataskan untuk melebihkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

Insya-Allah, novel Hazim, Aizat & Muzik akan diterbitkan tidak lama sahaja lagi. Lagu baru? Ada, tetapi kurang pasti hendak rakamkannya atau tidak. Bergantung pada masa. Iwan akan lebih mengutamakan promosi novel terbaru untuk cuti kali ini.

Cuti juga akan digunakan untuk menulis karya terbaru, Syazwan & Salji, yang dijangka oleh penerbit untuk berada di pasaran pada bulan November ini. Doakan segalanya dipermudahkan. Amin.

"Allahumma yassir wa la tu'assir" ("O Allah, make things easier for me and don't make them difficult.")

~semoga niat kita ikhlas.