Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, March 23, 2009

Melodi Mungkin Mustahil

Salam.

Minggu lepas maybe budak-budak sekolah seronok sebab cuti, tapi bagi aku pula, minggu lepas adalah sangat kritikal, penuh dengan test bercampur presentation.

So, di hujung minggunya, aku dan kawan-kawan bercadang bercuti di Melaka. Memang nak berseronok tapi tetap penat. Habis presentation pukul 12 tengah hari jumaat lepas, pukul 2.30 dah bertolak ke Melaka. Aku (dengan dua sahabat lain) pergi sedikit awal berbanding yang lain2 kerana mereka ada kelas. So, kami pun shopping barang-barang keperluan di Jusco Melaka.

Aku membantu sang pemandu mencari destinasi berdasarkan peta yang dilukis dengan cakar itik (lawa sedikit dari cakar ayam). Alhamdulillah sampai juga di banglo yang dicari beberapa minit sebelum pukul 7 petang. Kami kepenatan menanti 10 rakan yang lain tiba. Sudah pukul 9 lebih, baru mereka sampai.



Aktiviti semua berjalan dengan pelbagai ujian menimpa. Setiap saat (hampir-hampir la), kami rakamkan dalam video cam. Tugas merakam aku serah juga pada yang lain-lain seperti Iman, tapi part editing, memang aku buat semuanya. Nak juga letak prelude di blog ni, tapi bila difikir-fikirkan balik, banyak privasi yang perlu dipelihara. So, aku batalkan niat tersebut.




Walaupun banyak dugaan, kami berjaya hadapi dengan tabah dan kerjasama. Cewah. Baru beberapa ketika sampai di kolej, aku terus bergegas ke rumah. Hampir-hampir lupa bawa kunci rumah, nasib baik teringat. Sampai di rumah kena masak lagi nak makan, then nak basuh baju. Mana tak letih.

Itu sahaja setakat ini. Progress lagu baru-Kini Tiba Masanya, aku sedang belajar part vokal sebelum masuk rekoding bulan 5 ni insyaAllah.

p/s-siapa nak edited video, boleh berjumpa dengan aku. Yang tidak terlibat tapi nak juga, aku kena bertanya pada big boss atau small boss terlebih dahulu. :)

6 Pandangan:

  1. x bleh pass sebarangan video tuh.. 18 sx..haha..

    ReplyDelete
  2. wah riduan.. korang semua pergi mane tu?

    ReplyDelete
  3. >junaid- amboi amboi amboi, hey guyz, aku x cakap, junaidi yg cakap...

    >ano- aku pun lupe la, tanjung bidara kot

    ReplyDelete
  4. hey guyz, aku x cakap, aku taip..

    (kalo aku ckp depan laptop ni sumpah sampai kiamat tak kuar huruf..) hoho~

    ReplyDelete
  5. yang anonymous tu mesti perempuan kan abg riduan?? haha!

    ReplyDelete
  6. ezul> tak larat lyn ko

    jun>iyelah, kali ni aku bg ko chance menang..iyelah

    ReplyDelete