Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, March 26, 2009

Mulakan Dari Sekarang

Salam.

Post kali ni aku nak kupas sedikit tentang impian. Yeah, satu perkataan yang berkait rapat dengan aku. Malah aku tuliskan impian itu dalam bentuk lagu.

Yup, setiap orang ada impian masing-masing. Generally, impian ni dikategorikan kepada 2. Impian di dunia dan impian untuk kehidupan yang kekal di akhirat sana. Untuk impian di akhirat, tepuk dada tanya iman. Tak perlu rasanya aku nak kongsi di sini sebab aku yakin semua mempunyai impian yang indah belaka..

Untuk masa depan aku, aku tak set satu atau dua impian, tapi lebih dari itu. Even ramai yang mengatakan aku ini begitu kebudak-budakan lantaran terlalu minat dengan Digimon, Spongebob, Sin Chan dan masih berkawan dengan budak-budak sekolah, aku langsung tak hirau tu semua. Yang penting, aku nak buktikan, pandangan aku lebih jauh ke hadapan.

Menghadapi jadual waktu yang sama setiap hari, membuatkan aku menjadi bosan. Aku cuba mencari sesuatu yang baru dalam hidup. Sejak itu aku melibatkan diri dalam dunia seni dan perniagaan.

Salah satu impian aku, aku nak menjadi pengurus syarikat kendalian ayah aku, WAJA TANI. Sejak tahun lepas, aku mula memasarkan buku buah naga melalui internet dan mendapat pasaran sehingga ke Indonesia.

Kenapa awal sangat menceburi bidang ni semua? Hmm pada aku, at this moment, kita sepatutnya dan start, at least planning. Aku rasa, kalau dan habis study baru nak fikir ini semua, memang dah terlambat. Dan ada pulak yang dah pintas peluang kita.

Minggu ini, mungkin ada sesetengah orang yang perasan aku tiada di certain place at the certain time. Actually, aku bantu ayah aku memasarkan sayur-sayuran yang ditanam di ladang di Sepang, ke restoran-restoran dan kedai sekitar Nilai.


Hari ni, habis kelas pukul 12. Aku balik rumah sebab nak berlatih boling. Ha.. bowling pro pun menjadi impian aku. Mungkin ada yang senyum sinis dengan hasrat aku ini, aku tak kisah. Aku dah buktikan dengan berlawan dengan beberapa bekas pemain Selangor.


Petang aku terpaksa ikut ayah aku pergi ke Ladang. Sudahnya, aku singgah juga di kolej sebab mak cik dining hall pun ada order sayur bendi. Maybe aku kurang ilmu agriculture, tapi aku seronok berada di ladang. Boleh main ikan....
banyaknye ikan...

p/s-jual sayur tapi tak makan sayur.

4 Pandangan:

  1. oh yeaaa ridzwan, Aku sapot kau dari belakang..

    ReplyDelete
  2. nak sapot aku makan hari2 pon aku x kesah ano. lg aku suke

    ReplyDelete
  3. Lepas tu kau support aku pulak Ok

    ReplyDelete