Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Friday, May 15, 2009

HUJUNG MINGGU NI

Salam.

Isyak tadi sembahyang sebelah seorang bro yang lewat 20an, tapi nampak muda macam aku . Baru tahiyat awal, dia dah ter tahiyat akhir.

"Bro, baru tahiyat awal. Tak khusyuk ke? Hihihi", antara bisikan syaitan di telinga dan menusuk hati. Sungguh kurang asam, tak semena-mena aku pun apa kurangnya.

-Sesungguhnya, hati itu mudah sahaja diterbalikkan 180 darjah- antara nasihat dari seorang ustazah semasa aku berkunjung ke sarawak tempoh hari.

Sekadar intro, pengalaman sebentar tadi di surau.

Ermm besok insyaAllah aku ke Caprice, settle kan 1st single yang dah lama tertangguh, sejak tahun lepas. At the same time, shoot video clip Ratu Hatiku. Semoga segalanya berjalan lancar. Malas dah nak kena marah-marah ni. Mostly bukan salah aku . Tak dapat tengok final AF7?
Ceh.. Haruskah aku menonton rancangan seperti itu? Tidak harus, apatah lagi wajib. Kalau akademi nasyid tu ok la juga..

Mungkin shoot sampai pagi. Apa-apa pun, kena balik rumah juga. Tak boleh tidur kat studio. Sebab ahad pagi ada bowling competition anjuran Alumni Samten. Lama dah tak main sebenarnya, sibuk memanjang. Competition Murai.com hari tu pun aku tak dapat pergi. Hope, aku ada chance untuk menang di samping berukhwah dengan ramai manusia.

Maybe Isnin ke Kepong pula, untuk hantar proposal novel ke meja editor. Dah terlewat sebenarnya gara-gara lagu yang tertangguh.

Nasib baik Isnin kelas dah takde, student dah start exam.

2 Pandangan:

  1. hoi
    lama tak singgah
    kau pun nampak makin sibuk

    ReplyDelete
  2. bole la sket2
    ko lak jarang menyibuk skrg neh
    haha

    ReplyDelete