Salam.
Alhamdulillah semalam habis rekod lagu Itulah Impian Ku. Habis dalam pukul 6 petang. Thanks to bro Wan Shah. Lepas tu tunggu seorang bro ni datang untuk shoot video clip Ratu Hati Ku. Pernah dengar? Lagu tersebut terpaksa dirombak balik part rap dan kerana bertukar penyanyi. Bro ni datang sedikit lewat dan proses rakaman beliau agak mengambil masa. Satu rangkap berapa kali kena ulang, kesian aku tengok.
Aku agak penat sebenarnya. Sepatutnya aku datang studio petang, tapi tiba-tiba dapat sms suruh datang tengah hari. Aku baru je habis main badminton masa tu. first time kalah, then kena ejek dengan budak-budak sekolah . Takut diorang bila tengok muka aku yang seakan marah, tapi tak marah pun. Siapa pernah nampak aku marah? Hihi.. Pernah ke?
No wonder, aku tertidur menunggu bro tu habis rekod yang sampai pukul 12.30 malam. Then, baru shoot video clip sampai pukul 3. Sampai rumah pukul 4 pagi. Letih.
Pagi ni pula, ada perlawanan boling di South City Plaza. Kena bangun awal walaupun tak cukup tidur. Alhamdulillah, single dapat no 3 dan team pun dapat no 3. Lepas solat Asar, aku tak tahan lagi, beradu sebentar. (Dinasihatkan agar semua tidak tidur pada waktu ini kerana tidak digalakkan. Tapi kalau dah letih sangat tu, apa boleh buat. Jangan terlajak maghrib pula)
Besok kena pergi Kepong. Rasa macam tak larat nak pergi tapi apa pula alasan yang nak dibagi pada ketua editor? Ada idea? Hihi.. Tak apa.. Tak payah. Tak baik buat macam tu.
p/s- Preview itulah impian ku aku dah letak di sini, tapi tak full lah. Sebab tak mixing lagi. Tunggu pihak penerbit keluarkan budget untuk proses tersebut. :)
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, May 17, 2009
ITULAH IMPIANKU STUDIO VERSION.
7:51 AM
8 comments
nice song
ReplyDeletebila nak balik kampung ni?
ReplyDeletekau asik sbok je?
nex week ar
ReplyDeleteade kenduri
family first bro
wahh....
ReplyDeletekena bg yg free satu taw...
jgn lupa.....
lupe lupe...hah
ReplyDeletewah sume mintak free, bankrap la
sepatutnye korg yg beli byk2
sdapnya lagu itulah impianku!!!sedapnya....! I like..!! =D Iji tempah dulu album tuh tau!!
ReplyDeletebwat full album ke?dgan novel skali?
ReplyDeleteble nak kluar?
to iji..thanks anyway
ReplyDeletewah galak sungguh.. i like u too.. oh memaen je k..
to pd (pak dollah ke?), semuanya akan terjawab nanti. tak brani nak ckp awal2 neh...