Salam.
Dulu aku pernah cakap nak buat post tentang tajuk ni, dan sekarang aku sedang melakukannya.
Mengikut kefahaman akal fikiran yang telah dikurniakan Allah S.W.T, Transformasi boleh didefinisikan sebagai perubahan dari berbagai aspek seperti fizikal, perangai (behavior) dan pemikiran. Transformasi boleh terjadi sama ada dari buruk ke baik mahupun sebaliknya.
Di dalam Islam, akan rugilah seseorang itu sekiranya hari ini sama sahaja seperti hari semalam dan celakalah sekiranya hari ini lebih teruk dari semalam. Jadi bermakna, di sini kita melihat dari segi transformasi keimanan.
Mengikut sejarah, ada seorang ahli abid, yang dah beribadah begitu lama, namun kerana teringin mencuba membuat sedikit kejahatan, syaitan telah membisikkan sesuatu di telinga lantas satu proses transformasi iman berlaku di situ. Malang sekali buat ahli abid tersebut kerana penghujung nyawanya di sia-siakan dalam kemaksiatan.
Sebagai manusia akhir zaman, iman kita naik turun macam roler koster di Genting Highlands, cuma kelajuannya mungkin tidak sepersis itu lah. Ada kalanya senipis kulit bawang, (orang yang jarang masuk ke dapur mungkin sukar menggambarkannya.) Jadi, dah tau begitu banyak cabaran, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, di mana perlu perbetulkan lagi kelemahan diri. Ini tidak, asyik nak melihat kesalahan orang lain tapi tak nampak pula kebaikan mereka.
Ok, sekarang nak bercerita tentang transformasi di sudut lain pula. Lumrah bagi kanak-kanak yang kian membesar, perubahan fizikal dan perangainya dapat kita perhatikan. Mereka semakin matang dalam pergaulan dan berbicara, tak seperti zaman kanak-kanak. Ini lah satu transformasi.
Tapi kalau transform sekadar fizikal lantaran umur kian meningkat, tetapi pemikiran seperti anak muda juga? Mungkin ini satu masalah juga. Tapi kita tak boleh salahkan individu itu kerana persekitarannya (surrondings) adalah faktor penyumbang juga.
Mungkin ada yang katakan ini adalah masalah yang melanda diriku. Minat pada anime terutamanya Digimon and what so ever. Aku dibesarkan pada zaman tersebut, dan ramai juga yang mengaku minat tetapi bila dah dewasa, mereka melepaskannya. Ini ke yang dikatakan peminat? Aku tidak hipokrit dalam isu begini. iyelah tapi tak payah la mengaku, buat post pula tu
Kenalan aku pula, memang ramai di serata Malaysia, tapi di sekitar tempat aku tinggal, tak ramai sangat. Ada yang sama umur pun jadi samseng jalanan pula. Aku nak rapat pun tak berani. Jadi, berkawanlah aku dengan budak-budak sekolah. Well, ada juga pihak yang mempertikaikan. Salah ke aku berkawan dengan mereka? Apa masalahnya?
Tapi aku cukup anti kalau ada abang-abang yang bertanya: awak ni dah bekerja ke sekolah lagi?
Pada firasat aku, dia ingat aku dah bekerja sebab tengok wajah dan fizikal aku, tapi dia juga ingat aku masih bersekolah sebab aku banyak bergaul dengan budak-budak. Apalah, kenapa tak tanya aku masih study atau kerja, lagi senang aku nak jawab. Sekolah tu dah berpuluh tahun aku tinggalkan..
Tak nak nampak tua, tapi tak nak nampak muda juga. Habis tu?
Transformasi identiti, juga disebabkan persekitaran. Kenapa la manusia ni sentiasa tak senang dengan orang lain? Aku berambut pendek ke, panjang ke, ramai juga mak cik, mak nenek, bomoh-bomoh yang bising pok pek pok pek. Last-last aku pakai topi je, habis cerita. Eh tak habis lagi, golongan ni masih mempertikaikan. Awak tu nasyid, pakai la kopiah, ni pakai topi, ikut sangat gaya barat tu.
Hidup gaya barat tetapi berteraskan Islam, tak ada masalah bagi aku. Orang-orang barat tu yang beragama Islam, haruskan mereka meninggalkan cara hidup mereka? Tak harus... Apatah lagi wajib. Manusia...manusia... Kenapa la suka kacau hidup orang. Nak bagi komen, biarlah membina, agar kekurangan dapat diatasi. Ini tidak, bukan komen lagi dah, tapi tahap.. ermm faham-faham je la.
Well, aku still mencari identiti yang mudah bagi penampilan aku. Baru-baru photo shoot pun aku tak pakai topi, entah apa alasan aku.
Ermm...transformasi..
p/s-pihak telaga biru masih meneliti hasil karya aku, insyaAllah dalam minggu ni akan habis.
p/s 2- iowa ke temple? hihi.. pihak yang berkenaan, ana tak kisah. Ini masa depan anda. Anda berhak tentukannya.
p/s 3- lupa pula..
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Saturday, May 30, 2009
TRANSFORMASI bhg 2
5:21 AM
6 comments
bila nak terbit novel ni...
ReplyDeleteoit sombonk gilew
ReplyDeleteeh, tak. aku minat digimon, ultraman, kamen rider, sentai etc. sampai hari ni aku tengok lagi. muhahahhahahaha~!!
ReplyDelete"Tak nak nampak tua, tapi tak nak nampak muda juga. Habis tu?"
ReplyDeletenmpak poyo,honestly..tp tu juz personal opinion,kite kne trime opinion org len gk,kalo x..cmne nk brubah kpd yg lbey baik...slamat brusaha
to> ano (especially yg 4th komen tu)
ReplyDeleteermm camne nk explain ek. kalo la aku poyo, aku x member dgn budak2, aku join dgn yg same baye je.
btw, thanks for your opinion. tapi ade solution x? juz opinion without solution, how could i change?
to> kero
yeah... bagus2...juz be yourself
betul2, kritikan tanpa solusi adalah sampah. sekurang-kurangnya itu yg aku fikir
ReplyDelete