Salam.
Sabtu, 23hb Mei.
Menghadiri seminar ekonomi alternatif di Universiti Kebangsaan Malaysia, bersama dua rakan yang lain, ' enigmatic al-selayangi' dan 'al-Qodahi', (tu la, suka-suka bagi gelaran kat orang).
Dari pukul 9 pagi sampai ke 5 petang. Kali pertama aku melihat perdebatan perbezaan ideologi mengikut undang-undang ekonomi. Kalau politik tu, memang dah biasa kita lihat.
Agama tidak seharusnya dipinggirkan dalam kehidupan. Kalau berlaku juga, jadi lah seperti penyokong ideologi yang lain. Hanya memandang ekonomi itu dari dua sudut, Kapitalis dan Sosialism. Di mana letaknya Sistem Ekonomi Islam? Manusia..manusia... Benda yang dah jelas lagi bersuluh, tapi buat-buat tak nampak.
Die hard fans of sosialism: "Tidak ada, seorang peniaga, seorang pemodal kapitalis, akan melakukan sesuatu, kerana amal jariah".
Insan mahu bertanya kepada die hard fans of kapitalis: "Saya nak tanya soalan yang general, bukan kah kapitalism itu berpaksi pada riba, judi? Jadi bagaimana kita boleh menerima sistem sebegini?"
DHFoK: Bla bla bla....
Insan pelik: " Eh, dia ni tak menjawab pun soalan aku".
Begitulah sedikit bapa wayang dalam bilik kuliah tersebut. Mereka saling mengutuk ideologi yang lain. Cuma pensyarah yang menerangkan sistem ekonomi Islam sahaja yang begitu tegas dengan pendiriannya, tanpa mengutuk dan mengeji. Tapi ramai pula yang tertidur, walhal bicara tentang itu agak menarik pada pandangan aku. Mungkin kerana penyampaian dia.
Ahad, 24hb Mei.
Petang aku ke studio lagi untuk photo shoot pula. Bergaya seperti model. Sessi bermula pukul 9 malam dan habis pukul 11. Makan-makan dulu sebelum balik pukul 12 malam dan sampai di rumah pukul 1 pagi.
Kena sindir juga, wah dah pandai balik 'tika dinihari'. Aku tersenyum sahaja. Wah, pandai juga berbahasa dengan tajuk lagu. :)
Isnin, 25hb Mei
Siang black out sampai lah ke malam. Jadi, aku pun ikut abang-abang jemaah di surau pergi main badminton di dewan tertutup berhampiran sekolah teknik kajang. Professional juga mereka ni. Berhempas pulas aku untuk menang. Hee...
Dan balik di tengah malam lagi, atau 'tika dinihari'.
This week mungkin busy untuk menyiapkan document2 penting untuk ke US nanti.
p/s-renung-renungkan dan selamat beramal.
Oh Tuhanku, tiada indah di malam yang hening,
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu,
Tiada indah, suatu hari yang aku lalui,
Kecuali dengan patuh kepada Mu.
(Tika Dinihari-Devotees)
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, May 25, 2009
TIKA DINIHARI
7:10 PM
2 comments
sy minat devotees jga
ReplyDeletebagus2
ReplyDeletetruskan mnyokong industri nasyeed
-kepale pening la lately ni...