Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, October 26, 2009

Ku Telah Menyaksikannya (SAW)

Salam.

Akhirnya merasai jua sindrom kebosanan tak tahu nak buat apa pada Sabtu lalu. Berbeza dengan keadaan di Malaysia dulu (mestilah....), kurang aktiviti hendak dilakukan di negara orang ini.

Waktu siang diisi dengan study dan rutin harian yang lain. Tapi tatkala petang menjelang, Iwan rasa tak tenteram. Seperti mahukan sesuatu. Hendak keluar, tetapi hujan pula.

Akhirnya, Iwan dan Nik serta beberapa rakan yang lain bersetuju untuk menonton wayang (midnight movie) pukul 12 tengah malam. Movie yang bertajuk SAW IV. Iwan cuba sedaya upaya untuk memujuk yang lain agar memilih movie yang lain, tetapi akhirnya Iwan yang termakan pujukan mereka untuk menonton movie horror ni.

Seusai makan Crown Chicken (macam KFC la), kami pun bergerak ke destinasi. Rupanya pop corn di US ni tak sedap, sebab masin. Seawal intro, Iwan sudah gagal untuk meneruskan tontonan. Mengarut punya cerita.


no motivation
no objective
no sensation

no moral value

no human sense


Itu antara yang Iwan dan rakan (Hanis dari UIA, import pandangan) dapat simpulkan dari movie ini. Manusia diseksa dan dihukum tanpa belas kasihan. Apakah ini semua? Tapi ada pak tam yang duduk di belakang, tertawa menonton movie tersebut. Seronokkah melihat manusia diseksa dengan kejam dalam movie itu?

"Promise, I will never watch such a movie.."

Cuma Iwan mendengar keseluruhan movie itu. Dan ada kaitan dengan dendam terhadap penjual insurans. (kerjaya yang ada kaitan dengan course actuarial science yang Iwan belajar sekarang ini). Banyak term yang Iwan dengar seperti probability for life or death, etc etc..

Keesokannya, Iwan dapat berita sedih dari seorang rakan. Ayahnya di Malaysia kembali ke rahmatullah. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Kemudian, beli barang dapur di China Town. Teringin nak buat cekodok pisang. (dah buat, sedap! )

p/s- Cuba untuk melupakan seseorang, namun dia kerap muncul dalam mimpi. Mungkin petanda dari Allah agar Iwan meneruskan hubungan dengannya, dan seharusnya untuk meningkatkan nilai ikatan tersebut. InsyaAllah.

0 Pandangan:

Post a Comment