Salam.
Seminggu sudah berlalu. Seminggu yang agak memeritkan kerana Iwan demam. Dan punca kepada demam tersebut boleh dikatakan berpunca daripada perpindahan kuman, virus dan bakteria secara terus tanpa sebarang halangan, dari batuk Amirul tepat ke muka Iwan. Sejauh mana kebenaran hipotesis ini, tidak perlu dipertikai lagi kerana diakui sendiri oleh penghantar virus tersebut.
Kelas tetap cuba dihadiri walaupun badan terhoyang-hayang. Susah nak tinggalkan kelas sebab tak nak miss banyak benda. Dan paling perit sekali adalah menempuh cuaca yang sangat sejuk (average 5 degree) dan hujan, naik basikal pula tu, makin kuat terasa angin yang menerjah ke muka. Air membasahi pakaian.
Selera makan tak ada.. nasi? tak lalu..
Alhamdulillah, sekarang dah semakin pulih. Cuma masih perlu banyak berehat dan makan banyak buah.
p/s- bila la Telaga Biru nak post cover novel ni. Tak sabar nak tengok.. dan baca. ( lupa dah jalan cerita Melodi Hati. Huhu...)
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Monday, October 19, 2009
Virus dan Sejuk
6:52 PM
No comments
0 Pandangan:
Post a Comment