salam.
Introduction, nak cerita sedikit bab solat di negara orang ni. Khamis lalu, Iwan dan kawan shopping barang dapur di Cousin. Tengok jam tangan dah pukul 5.30 petang. Pukul 6 kejap lagi nak Isyak dah ni. Maghrib masih belum terlaksana. Nak solat dirumah, maybe tak sempat. Jadi kami pun berhenti di tepi jalan yang agak sunyi, tapi tak sunyi sangat. (-.-)
Kain nak bentang untuk sujud tak bawa. Terpaksa gunakan sweater. Rasanya itulah solat paling sejuk pernah dialami. Baju nipis t-shirt tak mampu memberi haba yang mencukupi. Menggigil.. Ada kereta yang lalu lalang kadang seperti berhenti seketika melihat apa yang kami lakukan.
Itu salah satu pengalaman. Yang lain, contohnya, bila kelas bersambung dari pukul 11 pagi hinggalah 3.20 petang. Zohor pukul 11.45-2.30 ptg.. Gap antara kelas hanya 10 minit, sedangkan nak berjalan ke kelas seterusnya agak mengambil masa. Jadi pandai-pandailah mencuri masa. Solat pun di tangga 'Exit'. Pernah juga beralaskan buku.
Hari tu ke Vietnam market, solat maghrib di taman permainan. Waktu malam. Sunyi dan gelap gelita. (masin gelita adalah ungkapan Daniel, seorang budak tadika yang baik tapi nakal (-.-) )Suasana seperti dalam cerita seram. Pernah tengok? Takut? Tutup mata?
Terkadang kita, walaupun dah manage masa dengan baik, tetapi kadangkala berlaku situasi di luar dugaan. Semasa keluar ke Old City anjuran OIS tempoh hari, Iwan rasa seperti tak sempat nak tunaikan solat Maghrib. Jadi ambil keputusan solat dalam train sahaja. Berbeza dengan solat dalam kapal terbang yang lebih sunyi dan orang tak berapa perasan, dalam train orang mudah sahaja perasan tindak tanduk kita yang sedang bersolat. Masa tu, Douglas, rakan dari Brazil, bertanya soalan pada Iwan masa tengah solat. Mujur rakan perempuan, (Huda dengan Fatin kot), pandai cover line.
Pernah kena halau dari menunaikan solat sekali...
Indahnya menjadi Islam. Kita disuruh solat 5 waktu supaya kita sentiasa mengingati Sang Pencipta Yang Maha Esa. Hikmahnya untuk menunjukkan betapa pentingnya solat itu dalam agama. Betapa solat itu dijadikan metaphor sebagai tiang yang mendukung pendirian agama seseorang itu.
Namun, pengalaman yang lalu pernah menunjukkan pada Iwan betapa ramai lagi manusia yang mengaku mereka itu Islam tetapi tidak memandang solat sebagai sesuatu yang wajib. Pelik. Tapi benar berlaku..
Syukur, Iwan dikurniakan rakan-rakan yang sangat menjaga solatnya di US ini. Alhamdulillah..
Eh dah tak jadi intro dah, jadi isu utama pula. Tak apalah tu...
Jumaat lalu, ada Actuarial Intern Reception. Iwan tak leletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat internship pada summer next year. Just bila dah diberi tugasan tu, Iwan tetap la juga hadiri temuduga tu dengan penuh kesungguhan.
yang tengah tu macam nak kena lempang? Eh jangan la macam tu.. Dia dipaksa berlakon
Pertembungan dua kerjaya berlaku dalam sehari. Petang tu berjumpa dengan seorang produser dan music engineering. Kami berbincang lagi keesokannya, tentang plan kami. InsyaAllah, Iwan akan menggunakan khidmat mereka dan mungkin juga akan ada satu lagu nanti Iwan akan feat dengan sebuah band di Phily ni.
p/s1-thanks to chef Nik, sekarang kita semua dah pandai buat kek. Memasak sangat best!
p/s2- Melodi Hati katanya sudah/sedang dicetak. Menunggu masa untuk diterbitkan. :)
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Thursday, November 19, 2009
Bicara Tentang Solat.
5:26 PM
2 comments
aku rasa pengalaman solat kt tmpt yg majoriti komunitinya bukan Islam antara pengalaman yg paling 'mahal' yg x semua org dpt rasa.
ReplyDeleteada sesetengah org tau Islam tu indah, tp tak pernah rasa keindahan Islam tu sendiri.
Alhamdulillah kita dpt peluang utk rasa salah satu keindahan Islam kt bumi asing ni.
p/s: aku rindukan perasaan masa non-Muslim terpinga-pinga tgk Muslim (kita) tgh solat. rasa mcm nk jerit ALLAHU AKBAR kuat2!
setuju dengan statement tersebut. post aku yg sebelum ni ade kot, yg aku citer pasal seorang pakcik yang duduk berhampiran kami, bertanya,
ReplyDelete"why are you kissing the ground? This is not ......."
Ayat tersebut dipetik dari seorang rakan yang telah selesai solat.
sama-samalah kita berdoa, agar kite tetap dpt menunaikan solat walau dalam apa jua keadaan...