Salam.
Indahnya pagi ini diserikan dengan khabar gembira. Alhamdulillah.
Ini kisah pagi Jumaat lepas.
"Teet", loceng rumah dibunyikan.. Selalunya, ada barang delivery. Tapi kali ni tatkala pintu dibuka, dua mak tam kelihatan tercegat di depan pintu.
"Mungkin family jiran kot", Iwan membuat tafsiran sendiri.
Namun tekaan itu ternyata tersasar. Mereka memberi greeting dengan ramah. Iwan menjawab dengan mesra juga,dan dapat mengagak sesuatu. Mereka ini pasti pendakwah dari gereja terdekat. Sesuatu dihulurkan sambil satu pertanyaan diajukan.
"This is the article about 'The Book For All'. Do you know what is that?"
Sebelah tangan Iwan memegang sudu yang diatasnya ada telur goreng yang baru sahaja digoreng. Tangan kiri pula menahan pintu dari tertutup.
"Al-Quran", adalah jawapan sebenar kepada persoalan itu. Tiada keraguan padanya. Kebarangkalian untuk jawapan itu betul adalah 1. Itulah jawapan yang Iwan hendak berikan. Namun, bunyi microwave memberi amaran bahawa bihun goreng malam tadi sudah siap dipanaskan untuk dijadikan sarapan pada pagi itu.
Jika Iwan memberikan jawapan seperti itu, pasti lebih lama perbualan kami nanti. Bersambung-sambung. Dan apa pula nasib bihun dalam microwave itu pula. Nak seimbangkan telur goreng atas sudu ni pun bukan mudah. Maka, Iwan memberikan jawapan sekadar untuk memuaskan hati beliau sahaja.
"The Bible, I guess...", kata Iwan, tidak sabar hendak menekan butang berhenti pada microwave.
"Pittt, Pittttt!", microwave terus mendesak.
"You are right! Here is the article for you", kata wanita itu sambil menghulurkan artikel tersebut dengan riang ria suka hati dan penuh keceriaan.
"Thanks, have a nice day", balas Iwan agar dia memahami Iwan sedikit busy (dan lapar) ketika itu. Dan, mereka berlalu pergi. Butang stop pada microwave ditekan.
Tak apa, Iwan tahu lain kali mereka akan datang lagi. Mungkin pada saat itu, Iwan lebih bersedia dan terbuka untuk berbicara tentang pandangan agama masing-masing.
________________________________________
Sabtu pergi menyaksikan perlawanan American Football antara Temple U dengan Kenn State di Linc Fin Field. Pergi naik bas sekolah stail US, lebih kurang bas Malaysia, cuma tak ada air-cond.
Temple menang 47-13. Menarik juga perlawanan.
Dan semalam , sekali lagi Iwan bervideo call dengan daud. Insan yang rapat di hati ini selain family sendiri.
gembira sangat melihat senyuman dan telatah anak kecil ini..
p/s-fakhira, farzana, dan daniel, ku merindui kalian juga.
p/s- antara makanan yang selalu dapat free. Mana tak bertambah berat badan. Ngeee
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Friday, November 20, 2009
Book For All
3:01 PM
No comments
0 Pandangan:
Post a Comment