Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, November 18, 2010

NOTA UNTUK SYAHMI

Salam.

Pertamanya, Iwan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Keduanya, Iwan ingin merakamkan jutaan terima kasih untuk respons yang positif dari semua pembaca karya Iwan.

Yang menariknya, ada pembaca yang menggunakan novel Melodi Hati untuk presentation dalam kelasnya, ada pembaca yang menzahirkan baris “sekaya seindah setinggi” ke dalam pementasan drama, ada sekolah yang menjadikan novel ini untuk koleksi istimewa di perpustakaan sekolah, ada pembaca yang tak pernah baca novel, tetapi mula terpikat untuk membaca novel setelah membaca novel ini, dan tak kurang ada juga pembaca yang ingin menjadi penulis. Rasanya ada dalam 5 orang macam tu. Insya-Allah, semoga niat kita ikhlas dalam memperjuangkan seni yang kita minat.

Baru-baru ini, ada seorang pembaca yang baru membeli novel Melodi Hati. Menurutnya, sudah lebih 4 kali dia mengulanginya. (wau…) Hasil bacaannya itu, beliau membuat satu nota khas untuk Syahmi (Mie).

andai dapat ku tafsirkan melodi itu,
pasti kita dapat bersama menghayatinya,
andai dapat ku ertikan getaran itu,
pasti kita dapat memahaminya,
andai dapat ku maknakan jelingan itu,
pasti kita takkan melalui detik perpisahan kelmarin,
andai kita dapat bersama menghayati melodi itu,
pasti kita akan bahagia tanpa rintangan yang melanda,
andai kita dapat memahami getaran itu,
pasti aku tidak melukaimu,
tapi siapa kita untuk menentukannya?
Sudah takdir dari-Nya,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Namun...ku harap...sengketa kita bukanlah noktah kepada perhubungan ini,
dan ku harap...jika ada perpisahan antara kita,
bukanlah perpisahan untuk selamanya,
kerana...
selagi jantung ku masih berdetak,
selagi hatiku melagukan melodi kasihku kepadamu,
selagi itulah akan ku pertahan kan hubungan ini,
kerana kau...
Adikku..................

(Nurul Izzah, 15 tahun, Ipoh Perak)

Terima kasih.



~semoga niat ikhlas

6 Pandangan:

  1. salam.wow,iwan dah dapat peminat setia tu.hihi..anyway,semoga terus aktif menyampaikan dan menyebarkan ilmu.

    pantun xseberapa untuk iwan.

    dari kajang ke amerika,
    demi pelajaran ku pergi jua,
    bukan mudah menjejaki cita-cita,
    manis rasa bila novelku dihargai semua.

    :hehe..anda tahu siapa saya:

    ReplyDelete
  2. Tahniah abg iwan... moga terus sukses! yg part buat presentation dlm kelas tu buat sy terasa. hehe ;P

    ReplyDelete
  3. anonymous: salam.

    singgah di Amerika makan berri,
    kalau tidak nanti menyesal,
    sungguh indah pantun diberi,
    tapi sayang saya tak kenal.

    maaf. :)

    suraya: terima kasih. oh terasa ya? sebab apa terasa eh? hehe..

    ReplyDelete
  4. salam...

    ALHAMDULILLAH... syukur kerana hasil tulisan saudara mndapat pujian dan sambutan yang baik dikalangan org Malaysia...

    ya...
    bkn suatu y mudah untuk mnghasilkn tulisan diwaktu sdg sibuk mnelaah pelajaran, malah saya sendiri juga tidak mampu melakukannya...
    semoga ALLAH memberi bantuan buat saudara mnghadapi ujian ini dgn sabar....

    saya ucapkan selamat berjaya mnghasilkan karya2 yang bmutu buat bacaan umum... mudah2an karya saudara mampu setanding dgn karya penulis terkenal seperti JK Rowling, John Grisham dll...

    saya juga berharap moga2.. ilham yang ALLAH beri untuk menulis itu juga dpt dijadikan inspirasi untuk mbantu mbimbing adik2 remaja y sedang dlm proses mbngun dan mmantapkn lg akhlak dan akidah mereka... juga buat saya sendiri... ~AMIN~

    ReplyDelete
  5. Halimah: Terima kasih atas komen anda yang panjang lebar dan membuatkan saya terharu atas kesungguhan anda.

    Insya-Allah, saya akan terus berusaha memastikan karya2 saya berguna kepada para pembaca, khususnya kepada adik2 kita yang semakin mencabar dunia mereka.

    teruskan sokongan. semoga niat kita ikhlas. :)

    ReplyDelete
  6. salam...
    komen yg dtg dari hati yg ikhlas....
    pantun nurul izzah mmg bermakna....

    ReplyDelete