Salam...
Ini ada surat untuk tatapan kita semua. Mari baca dan hayati.
Aku bertanya pada diriku...
Mengapa bila exam hampir tiba...
Aku rasa sibuk sangat. Setiap masa harus aku gunakan sebaik mungkin untuk membuat latih tubi, membaca dan menghafal nota, menyalin formula-formula penting.
Dan...
Jika ada program islami yang dianjurkan, penglibatanku seakan-akan membuang masa. Setiap minit yang berlalu begitu berharga buatku. Hatiku resah di setiap waktu.
Tetapi?
Aku tak pula rasa buang masa bila aku gunakan setengah jam atau satu jam untuk bermain game, atau menonton televisyen, atau melayari internet. Alasannya? Mahu release tension...
Sedangkan...
Waktu inilah sepatutnya aku berada semakin hampir dengan Allah. Kejayaan ku, semuanya adalah ketentuan Allah. Walau segigih mana aku berusaha tetapi andai aku tidak mengharap redha Ilahi, bagaimana kejayaan mahu berdamping dengan ku?
Mengapa bila membeli-belah...
Aku akan cari barang-barang yang mampu memberi kepuasan dan kebanggaan. PS3, tv LCD, DSLR, HD camcorder, ipad, iphone 4, semuanya aku idamkan. Tak kisah walau harganya mahal, dan adakalanya terpaksa ikat perut demi itu semua...
Dan...
Jika aku mahu membeli buku-buku agama, application i-pray, i-quran di itunes, aku merasakan harganya sangat mahal, lantas membuatkan aku berfikir berkali-kali sama ada perlukah aku membelinya?
Tetapi?
Bila aku beli barang-barang keduniaan seperti PS3, HD camcorder, Ipad, TV LCD, aku tak pula rasa kedekut untuk membayarnya. Lebih-lebih lagi ketika harganya jatuh beberapa peratus. Walhal, masih mahal dan berganda2 dari keperluan sebenarnya.
Sedangkan...
aku patut rasa kedekut untuk menurut hawa nafsu aku dan berlapang dada apabila mahu membelanjakan duit untuk membeli barangan agama, atau sesuatu yang dapat mendekatkan aku dengan Sang Pencipta. Tetapi yang sebaliknya pula aku rasai...
Mengapa bila menghadiri program...
Konsert yang mahal pun sanggup ku bayar, sanggup ku sewa kereta, rela ku berhimpit-himpit.
Tetapi...
Kuliah agama yang percuma dan dekat itu, kurasakan bagai tiada masa dan tenaga untuk dilaburkan.
Kawan-kawan ku semua...
Jangan jadi seperti aku. Aku merasakan sakaratul maut semakin menghampiri ku. Aku terbayang kealpaan aku dahulu. Tetapi tubuhku ini tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Ku kirimkan surat ini agar kau tidak menjadi seperti aku. Bila nasi sudah menjadi bubur, baru aku hendak menyesal. Jangan! Jangan!
Wassalam
Apakah bila kita sudah hampir dicabut nyawa baru hendak menyesal? Tepuk dada, tanyalah iman.
~semoga niat kita ikhlas
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, November 28, 2010
Surat Untuk Kita
8:56 PM
3 comments
Sangat menarik!~ terima kasih ats perkongsian!~ :)
ReplyDeletesalam alaik...
ReplyDeletehmm.. benar apa yang ditulis oleh saudara... waktu exam mrupakan waktu 'terpaling'sibuk,sesak,padat buat pelajar... masa itula kita x lalu mkn, malah tido pon tak smpat...
akn ttp itu bknlah pnyebab ntuk kita lupakan perkara y lebih pnting dari itu.. iaitu 'solat'... mdah2an ALLAH mberi kita kkuatan utk mneruskan ibadah y wajib ini.. spy kita mnjadi plajar cemerlang dan beriman... ~amin~
airieyahh: sama2... perkongsian ini adalah satu tanggungjawab bagiku... :)
ReplyDeletehalimah: salam alaik..
untuk menghadapi exam, manusia sanggup bersengkang mata untuk study, tapi untuk menghadapi mati, jarang pula manusia bersengkang mata untuk qiamulail...
semoga kita menjadi pelajar yang cemerlang dan beriman... amin