Salam.
Kasih dianyam tersipu malu,
Janji dipatri dengan seerat hati,
Periksa akhir semesta sudah berlalu,
Kini tiba cuti yang dinanti.
Lazim bagi umat manusia yang bergelar pelajar, cuti adalah sesuatu yang sangat dinantikan. Sama juga dengan Iwan. Semester yang baru berlalu ini adalah sangat mencabar, namun banyak kisah dan pengalaman menarik untuk dikenang.
Tentang perkembangan terbaru Iwan, Insya-Allah, seiring dengan penerbitan novel terbaru Iwan nanti, Iwan bakal melalui proses penjenamaan semula. Iwan akui, ini adalah proses yang sukar. Tetapi Iwan harus akur pada arahan. Apakah yang bakal terjadi nanti? Kita tunggu dan lihat.
Untuk post kali ini, Iwan sekadar hendak berkongsi tentang salah satu lokasi tercantik di dunia, iaitu Niagara Falls. 2 minggu sebelum peperiksaan akhir lalu, Iwan ada menghadiri program Tamrin di Buffalo. Memandangkan tempat program itu berdekatan dengan Niagara Falls, maka tidak mungkin akan disia-siakan peluang untuk melawatnya.
Menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa.
Seberang sana adalah Canada
Niagara Falls di kala malam
Bersama sahabat sejati
Program Tamrin di University at Buffalo (UB)
Sekadar perkongsian, wallahualam.
Credit: Syazwan Miswan
~semoga niat kita ikhlas
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, December 19, 2010
Niagara Falls
6:03 PM
3 comments
subhanallah!!~sgt2 cntik!!~ seronoknyy dpt tgk dkt2!!~
ReplyDeleteMemang seronok erya,
ReplyDeletedapat tengok keindahan ciptaan Allah dari jarak yang dekat,
(^^,) Nanti kalau honeymoon datanglah sini ya...
salam alaikum...
ReplyDeletesubhanallah... cantiknya ciptaan ALLAH ni.. biarpun bkn di negara sendiri.. tp kekuasaan ALLAH ttp ada di mana2.. dan ini mampu mberikan motivasi kpd kita spy sntiasa bsyukur dan mnambahkan lg rasa ktakwaan kita pada ALLAH...
wassalam...