Salam.
9 Disember XXXX
Segalanya bermula pada hari ini…
Di saat pelajar universiti sudah mula mengurung diri, membuat latih tubi, membuat ulangkaji, juga bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir semesta yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Aku juga tidak terkecuali. Pukul 2 petang nanti, aku sudah pun membuat temu janji dengan pensyarah ku. Banyak perkara yang mahu aku tanyakan pada beliau.
Hampir pukul 1.45 petang, aku melangkahkan kaki keluar rumah. Aku memilih jalan pintas agar dapat sampai ke sana dengan kadar yang lebih segera. Namun, aku terleka. Aku tidak perasan ada seekor anjing muncul di belakangku. Aku terkejut. Tanpa ku duga, anjing itu mengejarku. Dengan pantas aku membuka langkah seribu. Aku berlari semahu-mahunya. Acap kali ku menoleh ke belakang. Akibatnya…
Aku terlanggar sebatang tiang eletrik. Tubuhku rebah menyembah bumi. Darah pekat mengalir di dahiku. Sakit dan pening bercampur-baur. Perasaan cemas masih belum hilang lantaran anjing itu tadi masih terus meluru ke arahku.
Satu gigitan hinggap di pahaku. Aku menjerit kesakitan. Satu penumbuk padu ku tujukan pada mukanya. Dalam kekalutan itu, aku terdengar suara seorang wanita melaung dari jauh.
“Max!”
Anjing itu segera meninggalkan ku. Aku membuat andaian bahawa anjing itu adalah haiwan peliharaan wanita berkenaan. Perasaan marah dan geram membara dalam sanubariku. Sudahlah terlanggar tiang eletrik, digigit anjing pula. Aku tidak kira. Aku mahu menyaman wanita itu.
Berkali-kali wanita warganegara Amerika berkulit putih itu meminta maaf dariku. Aku sebolehnya tidak mahu memandangnya kerana terlalu marah. Dia cuba membantu untuk memapahku, tetapi aku mengelak. Aku perasan dia seperti hendak menangis melihat kecederaan yang aku alami. Aku mengesat darah yang hangat mengalir di dahiku. Perit!
Tidak semena-mena, dia berpaling ke arah anjing itu lalu hendak memukulnya. Aku terkejut.
“Stop it!”
Aku menghalang wanita itu dari menyakiti haiwan berkenaan.
Di saat itu, kami berdua terdiam. Anjing itu juga tertunduk seakan-akan mengerti akan kesalahannya. Beberapa ketika berlalu, wanita itu berpaling ke arahku. Entah kali ke berapa agaknya dia terus meminta maaf daripadaku. Perasaan simpati mula menyelubungi diriku. Aku tahu, wanita itu benar-benar rasa bersalah.
Dia meminta izin untuk membawaku ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Aku teragak-agak. Dengan keadaan ku yang cedera seperti ini, nampaknya aku terpaksa membatalkan temu janji bersama pensyarah ku. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku digigit anjing. Entah apakah implikasinya. Aku kurang pasti. Jadi, aku bersetuju dengan tawaran wanita itu.
Dia mengajakku untuk ke rumahnya sebentar. Tidak jauh lokasinya dengan kejadian malang yang berlaku padaku sebentar tadi. Aku dipersilakan duduk di ruang tamu. Dia naik ke atas sebentar untuk bersiap-siap. Aku memandang persekitaran di dalam rumahnya. Kemas. Tetapi aku tidak masuk ke dalam. Bukan apa, bimbang jika tiada orang lain di dalam rumah itu, bahaya fitnah boleh datang tanpa diundang.
Setelah beberapa minit, dia turun semula. Aku membuka bicara, bertanya soalan kepada dia, menandakan aku bukan seorang yang sombong atau berat mulut. Aku bertanya apakah pekerjaannya dan suaminya. Dia tersenyum, menurutnya, dia masih belum berkahwin. Dari iras wajahnya, aku rasa dia berusia dalam lingkungan 30-an. Namun, masih belum mendirikan rumah tangga? Sibuk dengan kerjaya barangkali.
Dia bertanya padaku pula, mengapa tidak mahu masuk ke dalam rumahnya? Tidak sudikah? Aku tersenyum. Lalu aku menyatakan pada beliau, bahawa aku adalah seorang Muslim. Aku terangkan padanya bahawa tidak manis untuk aku berada di dalam rumah seorang wanita tanpa ada orang lain bersama. Jangkaan aku bahawa beliau tinggal seorang diri di dalam rumah ini adalah tepat sekali.
Sebelum kami beredar untuk ke hospital, aku sekali lagi bertanya sesuatu pada wanita itu. Di mana aku boleh mendapatkan tanah? Aku juga meminta izin untuk meminta sedikit daripadanya. Dia seakan pelik dengan soalanku. Di belakang rumahnya memang ada tanah. Tetapi apa tujuannya? Sekali lagi aku menerangkan, bahawa aku perlukan tanah untuk menyucikan diriku. Air liur anjing peliharaannya itu tadi telah mengotori pakaian ku. Itu adalah tuntutan dalam agamaku. Wanita itu mengangguk tanda faham.
Setibanya di hospital, kami terpaksa menunggu agak lama kerana ramai pesakit yang datang. Wanita itu menghilangkan diri sebentar dan kemudiannya muncul dengan plastik makanan di tangannya. Dia menghulurkan salah satu plastik berkenaan kepadaku. Hatiku berasa kurang senang apabila menyedari wanita itu membelikan burger ayam untuk ku. Kasihan dia. Penat dia berjalan keluar dan membeli makanan ini.
Riak wajahku yang serba salah itu disedari olehnya. Aku akhirnya terpaksa menceritakan perihal sebenarnya. Makanan yang dituntut dalam Islam, mestilah halal. Aku tidak boleh makan sebarang makanan sewenang-wenangnya. Aku meminta maaf padanya. Tetapi aku masih boleh makan kentang goreng yang dibelikan bersama. Wanita itu tersenyum.
“Saya belajar banyak perkara tentang agama Islam hari ini. Sebelum ini saya agak paranoid dengan orang Muslim. Tetapi sejak saya berjumpa dengan kamu, pendirian saya berubah. Sifat kamu yang pemaaf, penyabar, ramah mesra, menjaga kesucian dan maruah diri, semuanya mengagumkan saya. Saya semakin tertarik untuk belajar tentang Islam. Sudikah kamu mengajar saya?”
“Tentu sekali boleh. Tetapi saya akan datang bersama rakan saya yang lain…” belum sempat aku menghabiskan kata-kata ku, dia mencelah.
“Sudah tentu. Bukankah tadi kamu ada menyatakan, lelaki dan wanita yang bukan ahli keluarganya tidak boleh berdua-duaan? Nanti boleh mengundang bahaya”, ujarnya.
Aku tersenyum. Walaupun banyak lagi yang masih belum aku jelaskan tentang perkara itu, tetapi aku sudah dapat melihat akan sinarnya. Wanita ini semakin memahami tentang agama Islam.
Dan kini, wanita itu sudah pun menjadi isteriku. Tidak ku sangka, kejadian 5 tahun dahulu memberi makna yang cukup besar dalam hidupku. Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dalam merancang perjalanan hambanya. Aku tersenyum melihat isteriku yang sentiasa setia berada di sisiku. Namanya kini adalah, Nur Katherine Al-Hidayah. Cantik dan manis persis seperti wajahnya.
Tajuk: Satu Perjalanan
Karya: Iwan Reaz
Wallahualam...
~semoga niat kita ikhlas
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Friday, December 10, 2010
Satu Perjalanan
6:37 AM
8 comments
best3...!!
ReplyDeletetp...
'samak' tu : menyucikan kulit binatang utk dijadikan pakaian, peralatan, dll..
'sertu' baru la menyucikan diri drpd kesan anjing / khinzir..
sekadar berkongsi..~ (^^)
ishh ingat cite betul2 la..
ReplyDeleterupenye idea kretif abg!
=)
sdih ada, trharu ada,
ReplyDeletetpi mmg best!
tahniah! mantop!
terima kasih semua.
ReplyDeletesengaja direka cerita menjadi serealistik mungkin, bagi menaikkan minat pembaca. :)
penulis mmg penuh dgn kejutan kan? haha..walaupun mcm dah tau ni just cerita..best jgk la..heheh
ReplyDeleteboss.. wa rase kan.. anjing tu kejar sbb die tgk oorg tu kacak kot? tu yg die geram tuh... huhuhuu
ReplyDeleteizzah: penulis pun memang selalu dikejutkan (disergah dan lain-lain...) :p
ReplyDeletehoneydew: kebarangkalian untuk betul ada 95% jika menggunakan Normal Distribution (z=1.645)
as salam..seronok bce cte nih..moga jd iktibar utk kita bersama
ReplyDelete