Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, January 26, 2009

TERASA HATI

Hari ni aku sepatutnya ke Concourd Hotel,KL, seawal kul 10.30 pagi lg. Tapi perasaan aku masih x tenteram dgn kejadian beberapa hari lepas. Blog ni kan bole menzahirkan rasa hati, so post kali ni adalah muntahan rasa hati aku. (Junaidi, pinjam term ni)

Aku ade rekoding kul 4 tapi sampai studio kul 2. Lepas solat, aku gi makan dan terus gi CC, download game henset, bace paper online. Bile jam di tangan menunjukkan kul 3.30, aku pun bergerak la ke studio. Check henset, eh ade 4 miss call dari abg X.

Sampai studio, dgn releksnye aku bertanye pada abg X,"knape miss call byk kali? Sori la iwan x perasan, tadi hset silent mase main CC". Pertanyaan aku dijawab dgn leteran dan bebelan yang sgt panjang. Rupenye die call nk suruh aku balik cepat, rekod kul 3. Laaa jgn la salahkan aku 100%, sape suruh tukar last2 minit, bisik hati ku.

Dah bosan dgr die membebel, aku mencelah. "Tadi kate nak cepat, jom la. Takyah membebel lagi". Hadui.. Lagi teruk kene marah. Hati aku makin panas. Abg2 yg lain bukan nk backup aku, wat tak tau jer. Hati ni dah terbakar abes. Sebelum aku kurang ajar, aku blah mase die tgh syok membebel. Seronok sgt agaknye membebel tuh.

Aku beli aiskrim solero ngan coklat snickers. Nak bg ati ni sejuk balik. Sambil aku makan kat satu kerusi tu, tetibe ade sorg abg tu dtg naik motor. Die carik aku agaknye. Syukur ade gak yg concern.

Die pujuk aku balik studio. Aku mule la cair bile abg tu ckp slow talk dgn aku. Air mata ni tetibe je mcm bertakung. ahh! tak mungkin tumpah di depan org lain. Aku mintak abg tu tolong backup aku dari abg X yg tgh berapi dgn aku tu.

Nasib kurang baik jugak, suara aku mase rekoding agak serak2 mcm org nak nangis, dtambah pulak baru makan aiskrim td. Ermmm... Dgr lagi abg X tu membebel...

Akukah yang terlalu sensitif atau mereka yang langsung tak sensitif dengan perasaan aku? Sedihnye sedihnye sedihnyeeee

Monday, January 19, 2009

Generasi Harapan

Sabtu lepas, aku ke Kuala Selangor atas urusan tertentu. Destinasi yg dituju adalah sebuah sekolah agama Al-Ansar. Nama sebenar sekolah ni aku kurang pasti, dan aku rase sekolah ni sekolah tahfiz.

Sampai je di sekolah ni, ketika waktu asar. Semasa aku turun dari kereta, ramai student lelaki berada di surau, dan semua mata memandang ke arah aku. Aku agak segan untuk bertentang mata dengan mereka, lebih2 lagi fesyen pakaian kami yang agak berbeza.



Tiada niat sombong di hati, aku sekadar malu dan terus berurusan dengan pihak tertentu untuk urusan tertentu juga... Timbul rasa keinsafan di hati, sudah lama aku tidak merasakan suasana yang tenang dan aman seperti ini. Diiringi alunan zikir yang lembut, amat mengujakan. Sukar benar untuk aku merasakan suasana ini di kota.

Cuma, agak terkilan. Mengapa tiada bantuan yang sewajarnya untuk mereka hidup lebih selesa. Aku melihat kemudahan di situ agak kurang, lebih2 di kawasan yang terpencil.



Semoga mereka menjadi generasi harapan di masa hadapan, insyaAllah.
_____________________

Sejak kembali ke kolej ini, aktiviti seni aku agak terhad. Aku terpaksa memberhentikan seketika progress lagu 'Istilah Cinta' yang sudah siap separuh. Ini kerana pada semester ini, aku ambik subjek music dan aku ade satu performance yang agak suprise untuk dilaksanakan bulan 2 ni. So sekarang, aku busy on composing lagu utk performance itu dan juga menjadi koreographer. Betul ke eja ni? Hahaha...

Saturday, January 10, 2009

Dinner @ IZZI

Khamis lepas, aku dpt sms yg mengajak dinner bersama di IZZI cafe, AU2 Jusco, Setiawangsa. Agenda should be started at 8.30. Kelas aku abis kul 12 that day. Straight away going home then after Asar, aku g sane naik public cab. X reti aku nk drive area2 Setiawangsa neh...



Tapi dinner lewat sikit sbb sume ade komitmen yg laen yg lebih perlu diutamakan. Abg Toi pun baru ziarah rumah Nubhan yg baru kehilangan bapanya. Takziah diucapkan.

Diorg panggil majlis mlm tu teh tarik session, tapi aku tgk punyer la byk order. Eleh ckp orang, aku pun same. Spaghetti bolognise, soup of the day, calamari, pizza,salad, pastu ade org tolak nasi goreng belacan kat aku. Alhamdulillah, rezeki sume tu..



Makan kat IZZI mmg best. Lagi2 kitaorg dpt sponsor mlm tuh. Makanan free mmg sedap btul tak? Ahahaha.. Mari ramai2 ke IZZI ke cafe yg mmg best!

Bertolak balik kul 11.30. Aku terpinga2 sbb public transport mane ade dah time mcm tuh. Last2, abg toi gak yg hantarkan ke serdang. Malu jgn ckp ar, tebal muke neh... Thanks anyway...

Saturday, January 3, 2009

Galeri 2008

Kini tiba 2009, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Awal Muharram.
Merenung sejenak apa yg dah berlaku pada 2007 dan 2008 dlm hidup aku.

2007 boleh aku simpulkan sbg tahun 'Exploration'. Main reason, aku byk explore tempat baru yg aku x pernah pergi, hanya sendirian. Tak terlalu menghiraukan risiko, malah aku rasa seronok untuk mencuba. Sesat? Perkara biasa... Bukan sekadar tempat baru, malah pengalaman baru juga aku tried.

Berbeza dgn 2008, aku summarize kan sbg tahun "Friendship and Career". Tahun ni la mulanya career aku sbg composer dan mengembangkan sayap dlm performance aku. Friendship lak, aku lebih pentingkan kawan2 dlm byk perkara. Tak kisah kwn di tempat tinggal, di kolej, sekolah lama dan rakan artis. Dunia aku akan sepi tanpa mereka semua di sisi aku.

Blog aku dah mcm galeri gambar lak. Bukan ape, aku rase bosan kalo tulisan semata. Lebih2 lg aku ni jenis visual, suka yg ade gambar. So, ni sedikit gambar aku sepanjang 2008..

SUNGAI PISANG


ROOFTOP, INTI COLLEGE


SHAH ALAM


ASTRO


DANGA BAY


MAHA, SERDANG


SUMMIT USJ


KELAB D'SIRE


METRO POINT, KAJANG


BUKIT MERAH


Cukupla tu, hope this year is much better than the past. InsyaAllah

Salam ceria dari kami....... (eh?)

Wednesday, December 31, 2008

REHLAH UNIC

27hb DEC 2008-Sungai COngkak.

AKu nyaris2 terdrive ke sungai gabai kat semenyih. Nasib baik last minit perasan. Alhamdulillah sampai dgn selamat.



Sume ahli UNIC dtg kecuali abg Bazli yg study di Mesir. Aku jadi leader group 5, yg diberi name 'rm1000 di tepi sungai'. Layann....

Mcm2 game ade. Sbg ketua yg diamanahkan, adalah tanggungjwb aku utk memastikan group aku sapu bersih sume game. Alhamdulillah..hajat tercapai. Haha!

Dah kat air terjun, mesti la nak mandi, tapi ramai yg x nak mandi. Nasib baek abg Fadzli beria-ia nak mandi. Aku join la skali. Makan lunch BBQ...

Ptg lepas solat zohor dan tazkirah dan game, ade penyampaian hadiah, then ade mini show. UNIC bawak lagu baru gak, Langkah Tercipta, lagu baru yg akan ada dlm album terbaru diorg bulan 1 ni insyaAllah...

Oh ye... Kumpulan Al-Gebra pun ade gak. Kumpulan nasyid baru ni...



Esoknye, jln2 di time square plak. Masuk cosmo world lg. Kalo sblm ni, pergi dgn adik aku jer, aritu die xde, aku bwk sepupu ngan makcik aku. Tapi, mcm aku maen sorg je. Diorg main 2 game, dah surrender. Last2, aku maen sendrik sume game lain.



p/s-lagu jika kau tak tahu boleh didengar di blog ini. Tiada sebarang perubahan lirik seperti yg diwar-warkan sebelum ni. Yg pasti, version ke-2 pasti muncul insyaAllah.

Thursday, December 25, 2008

SHAWAL FC BOWLING TOURNAMENT

Isnin berkejar2 ke kolej, slase n rabu, wat preparation utk tournament pada ari kamis, 25hb Dec, yg dianjurkan oleh shawal fc. Aku sudah semestinye berganding bahu dgn team abg toi. Aku bukanlah tunjang utama seperti yg dihebohkan, kerana kami seutuh ukhwah sepanjang zaman.....



Kul 8 dr kajang, menuju ke summit USJ. (Map diberikan oleh Paan@ Imam Besar). Dtg dgn sepupu.Kat sane, dpt lane sebelah team kak Saida, Ok la tu. Ahahaha.

Team abang toi terdiri drpd aku-abg yusof-abg sherhan-abg toi.Kami maen mmg havoc! Best giler,pastu kat lane sebelah ade mak angkat, mak cik, mak mertua diorang ni sume.. mmg klaka habis. Fun2 pun, maen tetap mantap! Btw, aku kurg menyerlah di game 1st ngan 3rd. Score aku, 130-171-128. Game 2nd aku ok, tapi agak tertekan setelah mereka bg harapan yg tinggi pada aku. Thats why aku jatuh di game ketiga.



Ramai penyokong2 yg dtg. Yg hujung kanan tu, Naim Af6 pun sokong team kitaorg skali.. ahah..

Lepas game ade show sikit, then penyampaian hadiah. Even x menang hadiah utama, kami still menang team yg havoc, no3. Haha! Best2...

bergambar bersama hadiah...



Bergambar bersama team kak saida. Aku kat blakang Afiq Af5 tu. Artis lain yg ade, shawal, noni, hazama, naim...

Balik singgah mamak, bahagi2 hadiah dan sijil, then aku mintak diri untuk balik sbb dah kul 6.



___________________

Lagu jika kau tak tahu dah siap, tapi aku x sempat nk upload. Btw, aku still kurg berpuas hati sbb studio kt kajang ni lain cara management die banding kt Ukays perdana. So, maybe lagu ni akan ade version ke-2 stelah byk tenaga, masa dan wang dihabiskan utk version pertama.. huhuhu