Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Friday, July 3, 2009

Langkah Di Teruskan

Allah,
Inginku hentikan,
Langkah ini,
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam,
Lemah daya,
Haruskah aku menyerah,
Namun jiwa ku berbisik,
Inilah dugaan.

Artis: UNIC
Lagu: Langkah Tercipta.

Kalau semua benda itu mudah, manusia akan lalai nanti. Terpesona dengan keindahan hidup sehingga mengambil mudah dalam semua perkara. Itulah sebabnya, apa yang kita rancang, tak semestinya akan berjalan seperti yang kita mahu. Kerana ketentuan adalah kehendak Allah. Dan yang pasti, di sebalik segala kejadian, pasti ada hikmah yang tersendiri.

Begitu juga yang menimpa Iwan sejak kebelakangan ini. Tapi untuk menyerah tidak sama sekali. Cuma, masa lalu Iwan hanya akan pandang kembali sekadar untuk mengambil pengajaran, bukan untuk dikenang, kerana banyak pahit yang dirasa mengatasi apa yang manis. Sebab itu, pandang kehadapan lebih bermakna, agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi.


Terasa seperti mulai esok, Iwan mahu memulakan kehidupan baru. Bebas dari ganguan yang satu ni. (apa yang satu? haa... yang ni kita tak tau). Cuma perkara ni berkaitan masalah peribadi, tak ada kena mengena dengan pelajaran, karier mahupun c.i.n.t.a. Tapi, selama mana Iwan dapat bertahan?

Manusia memang senang berubah hati. Perlukah dendam ku semai di hati? Oh tidak..

-"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui" (Al-Baqarah, 216)
------------------------------------------------
Lagu Itulah Impian Ku masih sedang mixing. Novel pula... Ermmm.. Iyelah, sebagai manusia biasa, Iwan pun berhajat untuk melihat novel tersebut terbit sebelum Iwan melanjutkan pelajaran di US nanti. Tapi apakan daya, pengalaman Iwan masih mentah lagi. Banyak selok-belok yang baru dipelajari. Oh, lama rupanya proses yang perlu dilalui. Mungkin, akhir Ogos nanti baru novel Melodi Hati akan diterbitkan. Tak tahulah kalau mereka nak terbitkan lebih awal.

Besok ada photo shoot untuk cover novel. Model pun dah ready. Hope semua berjalan lancar. Amin.

Tawaran show macam nak tolak, kepala serabut la masa ni.

p/s-macam nak pergi melancong. releks kan hati dan perasaan. kat mana best ye? PD? Genting? Siapa nak ikut?

(atau pulau perhentian? hihi....)

Sunday, June 28, 2009

TTNBTA

Salam.

TTNBTA- Tak Tahu Nak Bagi Tajuk Apa. (Sekian...)

Khamis lepas ke Telaga Biru lagi, duduk berbincang pro dan kontra untuk menjadi perintis dalam menerbitkan novel bersama soundtrack. Hampir dua jam di bilik perbincangan bersama dua panel yang lain. Seorang panel begitu kuat menyokong idea Iwan dan seorang lagi masih berfikir. Memang hangat suasana.


Segalanya jenis buku dihidangkan untuk Iwan.

Jumaat, proses mixing untuk lagu Itulah Impian Ku bermula.

Sabtu, join konsert Hijjaz dan UNIC. Iwan bawa sepupu sekali, Hafizi, yang datang dari UIA PJ. Actually masa konsert tu, tengok performance UNIC je. Masa yang lain buat show, Iwan pergi belakang pentas, borak dengan UNIC. Lama juga dah tak jumpa. Setakat kat alam internet, calling2 macam tu je. Bulan 6 lepas, sepatutnya Iwan join kembara ke Kelantan, tapi masa tu Iwan pula ada vacation dengan Amirul, cuti sekolah kan..

Mereka sentiasa ingatkan Iwan, jangan cepat berubah hati, niat sentiasa kena betul. InsyaAllah.

Ahad, pergi kenduri, hantar sepupu balik PJ, dan ke ladang di Sepang. Ingatkan nak balik awal, sebab sepatutnya hari ni ada photo shoot untuk cover novel, tapi model tu last minute minta postpone. Urm.. Kena pujuk ni.


Alhamdulilah, kali ni jagung pun menjadi.

p/s- visa belum buat. siapa yang belum buat lagi tu, tunggu Iwan sekali. I-20 on the way ke rumah Iwan.

Wednesday, June 24, 2009

OH HARI RABU..

Salam.

Hari ni Iwan tak tahu nak kelasifikasikan sebagai hari yang macam mana.. Kelam kabut? atau... entah. Yang penting, banyak hikmah dan pengajaran yang harus diambil peduli.

Lepas solat Subuh, Iwan cek emel dalam inbox. Ada 3 emel. Tapi emel yang Iwan mahu tiada. Agak risau juga kerana emel itu sudah sepatutnya ada sejak malam tadi. Sebenarnya hari ni Iwan kena tunjuk lagu yang baru direkod semula pada Telaga Biru. Lagu tu Wan Shah dah janji nak bagi malam tadi through emel. Tapi tak ada la pula. Dengan sedikit kalut, Iwan sms beliau. Rupanya tak tidur semalaman dia arrange semula lagu tu. Lepas je Iwan sms tu, dia terus send through YM. Komitmen dia yang aku suka tu. Dan arrangement yang baru, memang best sangat.

Lepas tu abang Iwan panggil, suruh undur kereta, pintanya. Dia mahu hantar pendrive penting ke UPM. Tak lama lepas tu, dia call Iwan. Pendrive yang dia nak hantar tu, rupanya tertinggal dalam kereta yang satu lagi. Pendrive tu kena hantar cepat. Iwan pun terlibat sama dalam kekalutan tu. Call sini call sana. Last-last, Iwan naik motor, jumpa dia di satu simpang.

Ayah Iwan tak sihat harini, jadi Iwan lewatkan sikit plan ke Telaga Biru sebab nak bawa ayah ke klinik. Sementara tunggu ayah dapatkan rawatan, Iwan pergi beli paper KOSKOS (bukan nama sebenar). Bacanya dalam klinik. Hmm..tajuk tentang pocong pun masuk surat khabar. Disebabkan hari siang, Iwan berani lah melihat gambar yang samar-samar di muka hadapan paper. Sambil berfikir, kenapalah cerita macam ni jadi tajuk utama akhbar? Mustahak sangat kah? Dulu ada juga kes, tapi bukan hantu betul. Budak2 nakal yang saja nak mengusik penduduk kampung.

Hantu wujud atau tidak? Persoalan timbul di benak. Geram juga sebab benda2 macam ni jadi liputan meluas yang sepertinya tidak perlu. Keberanian Iwan semakin menebal. Rasanya, kalau lepas ni Iwan terjumpa hantu, Iwan nak face to face dengan dia, tanya, "Kau ni sebenarnya apa hah? Can you speak Malay?", fikir ku di dalam hati. Bila Iwan selak je muka surat kedua....

"BAPAK ARHHH!!", Iwan terjerit sekuat hati sambil melemparkan paper KOSKOS itu ke tepi. Suasana di klinik hening seketika. Banyak mata yang memandang ke arah Iwan dan kemudian mereka berbisik sesama mereka. Iwan terdiam. Dengan pigmen merah yang semakin aktif di muka, Iwan kemaskan semula paper yang dicampakkan tadi.Baru tadi nak jadi berani, ni baru ternampak muka hantu yang seakan real di muka surat kedua, dah jadi macam ni, aduh malunya!

Perjalanan ke pejabat Telaga Biru lancar sahaja, cuma pada awalnya, Iwan terlupa bawa topi, terpaksa patah semula. Di sana, ketua editor ada meeting. Iwan dibawa masuk ke dalam bilik bacaan. Beberapa jam Iwan habiskan masa di bilik yang penuh dengan pelbagai bahan untuk dibaca, didengar mahupun ditatap,dan sempatlah juga Iwan membaca dari buku agama sampailah ke buku masakan. Dapatlah juga input menu baru disamping persoalan agama yang banyak terkumpul di otak ini. baca free weh, best sangat-sangat. tapi kena behave well, ada CCTV yang memerhati

Perbincangan dengan ketua editor selesai. Tajuk novel dah tukar- MELODI HATI. Next week insyaAllah agreement akan ditandatangani. Cuma lagu sahaja belum diputuskan. Encik Sani yang sepatutnya in charge dalam hal ni, keluar ke KL pula. Iwan terpaksa la menunggu. Sebenarnya Iwan masih tak biasa lagi di bangunan tu, nak cari tandas pun tak jumpa. Dan ditakdirkan, Iwan tersalah buka pintu. Pintu apa, haa yang ni kita tak tahu.

Menanti sampai pukul 4 petang, akhirnya Encik Sani meminta maaf kerana tidak dapat bertemu hari ini. Iwan pun akur untuk balik sahaja.Lama juga menunggu. Masa balik, encik teksi berborak pot pet prot pret. Iwan pun layan lah dia. Tapi dia punya tektik, dia saja hantar ktm yang jauh. Iwan nak kepong sentral, dia hantar kepong. Beza tambang ktm, cuma 10 sen. Tapi beza tambang teksi, 5.50-3.30=RM2.20 ya murid-murid.. Sudah rugi di situ. Iwan sedar penipuan dia tu, tapi kurang berani untuk bersuara.

Dalam ktm, mula-mula elok dah, selesa duduk. Tapi di KL sentral, Iwan diapit oleh dua, dua apa? haa yang ni kita tak tahu. Tapi satu bau minyak wangi macam tertumpah satu botol, satu lagi bau masam macam baru pecut 2km. Pergh, gabungan yang cukup untuk membuatkan Iwan rasa macam nak terkeluar isi perut.

Cukuplah setakat itu, janganlah ada kejadian yang pelik-pelik pula malam ni.


p/s- hari rabu sering dipermainkan sewaktu hari raya makin tiba. kan? kan? selamat hari ra......bu. ceh.

p/s2-cakap lagi senang dari nak buat. contoh seperti kes hantu tadi.

p/s3-besok nak pegi kepong lagi, rtm lagi.. jalan tak tahu. nasib baik ada google maps. macam iklan tv tu. kajang juga yang glamor kan. selayang? alor setar? muar? bangi? australia? mana ada tu semua....

Sunday, June 21, 2009

ITULAH IMPIAN KU -Update

Salam.

Beberapa hari lepas sahabat baik Iwan ada bertandang ke rumah. Lama tidak bertemu di dunia realiti, tetapi selalu berhubung di dunia maya. Itulah kelebihan teknologi masa kini. Yang jauh boleh dirapatkan. Tapi yang tak sepatutnya rapat terlebih rapat pula. Itu pula kelemahan teknologi. Banyak yang telah disalah guna oleh masyarakat muda khususnya ketika ini.

Sahabat baik Iwan itu datang untuk kami sama-sama menyelesaikan segala dokumen yang diperlukan untuk further study nanti. Alhamdulillah semua bergerak lancar cuma I-20 kami sahaja yang masih belum diterima. Jadi Visa masih belum dapat diuruskan.

Sementara menanti itu semua, Iwan gunakan masa yang ada untuk meneruskan aktiviti seni. Tentang novel, tajuk Itulah Impian Ku telah direject dan diganti dengan dua tajuk yang berkemungkinan- MELODI HATI atau LAGU KITA. Terima kasih pada Junaidi yang memberi 47% idea.

Hari Sabtu Iwan menghadiri kenduri kahwin di salah sebuah dewan di UPM, dan kemudian ke Hotel Istana untuk menyelesaikan beberapa urusan.
Balik dari situ singgah ke ladang di Sepang dan menghantar hasil di restoran di Balakong.

Malam kena tidur awal sebab hari ahad Iwan ada rekoding di Kelana Jaya. Bergerak seawal pukul 7.30 pagi. Memang letih. Sampai studio tertelentang di tengah-tengah ruang tamu sebab terlampau mengantuk Kena kejut baru terjaga.

Awalnya Iwan dah listkan beberapa nama untuk merekodkan lagu ini bersama, antaranya Wan Shah, Fadzli UNIC atau kumpulan IN-Team. Tapi bila dah berjam-jam dalam studio dengan Wan Shah, dan dia pun tunjuk komitmen yang baik, Iwan rasa macam dah tak nak tukar penyanyi lain. Biarpun genre dia R&B, tapi kira masuk juga la.. Hasil perbincangan, ada satu part melodi diubah, ada tambahan part slow rap (Iwan take that part).

Makan memang dah tak menentu hari semalam, sibuk dalam studio sampai tak ada masa nak keluar. Kepala pening tak usah cakap. Telinga dah tak boleh sumbat ear-phone takut jadi pekak pula. Tapi Alhamdulillah, Iwan puas hati dengan kerja hari ahad tu.

Sekarang dia akan tambah sedikit lagi intrumen muzik dalam lagu tersebut dan Iwan pula akan ke Telaga Biru untuk berbincang lagi beberapa urusan-terutamanya Mixing dan Mastering. Kalau mereka nak Iwan dahulukan kos untuk benda-benda ni, erm...tak tahu nak cakap. Visa pun dah seribu lebih kena keluar modal ni. Hurmmm... Doakan semua berjalan lancar.

p/s-hari ni mengajar tusiyen lagi.

Tuesday, June 16, 2009

NOVEL - Update

Salam.

Hari ni, panggilan dari Telaga Biru lagi. Ada berita gembira dan sedikit ermm..nak kata sedih tak juga.

Alhamdulillah, tuan editor kata novel aku mendapat markah yang agak tinggi. Namun dia minta kau perhatikan dahulu gambaran seperti di bawah ini.

Penulis novel: Iwan
Tajuk novel: Iwan
Composer: Iwan
Penulis lirik: Iwan
Penyanyi: Iwan

Seperti tamak haloba? Eh bukan, cuma sebagai insan baru dalam dunia seni ni, dia minta aku berkongsi bakat dengan orang lain. Contohnya seperti di bawah.

Penulis novel: Iwan
Tajuk novel: X
Composer: Iwan
Penulis lirik : Iwan
Penyanyi : Iwan feat Wan Shah (x-UNIC)

Tajuk novel-Itulah Impian Ku, dia kata harus ditukar. Dan aku rasa baik aku tanya pada insan yang sudi memberikan bahasa bunga nya. Tapi, sinopsis harus dikongsi agar dia mendapat gambaran tajuk yang sesuai. Siapakah insan yang bakal mengisi X itu? Hmmm

Tentang lagu pula, pujian diberi sebagai status komposer, tetapi di bahagian yang lain pula, dia minta aku untuk work hard lagi. Untuk berjaya bukan mudah, katanya. Ya, itu memang benar. Dan aku akur juga, untuk mencari penyanyi lain yang boleh menggantikan aku semasa ketiadaan aku ke US nanti. Aku dah contact Wan Shah dan tanya tentang hal ini. Dia pada awalnya ragu mengapa tidak memilih UNIC sahaja ke, mengapa dia. Adalah sebab aku sendiri. Dan akhirnya dia setuju.

Lagu tidak akan dirombak kesemuanya, tetapi jika perlu, aku terpaksalah masuk studio balik. Tapi aku sangat-sangat sibuk sekarang. Rabu dan Khamis akan settlekan dokumen2 untuk perjalanan ke US nanti. Jumaat sampai Isnin pula, nak ke Pulau Perhentian. Terpaksalah aku batalkan kelas tuiusyen hari Isnin. Main bowling dengan artis AF (faisal, toi, naim) pun aku berilah alasan yang sama.

Sekarang mengejar masa. Kenapalah masa cepat sangat. Oh, petanda akhir zaman.

p/s- semoga kita semua tetap mempunyai masa untuk beribadah dengan selesa, walaupun dihimpit kesibukan duniawi. :)

Saturday, June 13, 2009

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Salam.

"Hatiku diracuni dengan kerinduan, yang dapat diubati dengan pertemuan, tetapi di
sebalik pertemuan itu, pasti terselit perpisahan, yang akan membuahkan kerinduan".

Antara bait-bait status yang aku letakkan di YM satu ketika dahulu, yang menggarip mata sesetengah pihak. Dan kini, aku ketengahkannya kembali, walaupun aku tahu, ayat tersebut tidak lagi sepersis dahulu. Tapi, isi tersiratnya tetap sama.

Mana ada pertemuan tanpa perpisahan. InsyaAllah, sekiranya niat itu baik, perpisahan itu perpisahan yang dirahmati. Kerinduan itu peringatan diri. Pertemuan itu satu rezeki.

Namun, sebagai insan biasa, pasti perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan, apatah lagi pertemuan yang diidamkan itu sangat dihargai, dan hanya datang sekali dua dalam setahun. Hakikatnya, aku perlu Redha.

Dan syaitan pula tidak habis membisikkan kalimah ragu di hati, agar ku cari saja pengganti yang lain, yang dapat melupakan. Cinta adalah jalan penyelesaian katanya. Satu isu yang aku malas hendak ulas panjang. Apa jua yang aku katakan, sama ada A mahupun B, tetap mengundang pelbagai persepsi.

Syukur Allah mengubat kerinduanku dengan panggilan dari pihak Telaga Biru, yang menyatakan kemungkinan besar novel aku akan diterbitkan. Aku gembira dengan dengan keputusan itu. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. AMIN.
dekat di hati, jauh di mata. siapa lagi kalau tak insan dekat di hati melainkan ahli keluarga sendiri. utamakan keluarga, semakin hari, semakin sayang.
hari ni, hadiri jemputan, dan ku temui, rakan lama. siapa sangka, dia begitu mesra, walhal aku kaku di permulaannya. dia memeluk aku, aku terharu, begitu mesra sekali dia walaupun lama tak berjumpa. pertemuan yang bermakna. dan bangga kerana aku lebih tinggi dari dia. hihi

p/s- gambar yang hilang hari tu, berjaya di selamatkan. Alhamdulillah.