Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, October 19, 2009

Virus dan Sejuk

Salam.

Seminggu sudah berlalu. Seminggu yang agak memeritkan kerana Iwan demam. Dan punca kepada demam tersebut boleh dikatakan berpunca daripada perpindahan kuman, virus dan bakteria secara terus tanpa sebarang halangan, dari batuk Amirul tepat ke muka Iwan. Sejauh mana kebenaran hipotesis ini, tidak perlu dipertikai lagi kerana diakui sendiri oleh penghantar virus tersebut.

Kelas tetap cuba dihadiri walaupun badan terhoyang-hayang. Susah nak tinggalkan kelas sebab tak nak miss banyak benda. Dan paling perit sekali adalah menempuh cuaca yang sangat sejuk (average 5 degree) dan hujan, naik basikal pula tu, makin kuat terasa angin yang menerjah ke muka. Air membasahi pakaian.

Selera makan tak ada.. nasi? tak lalu..

Alhamdulillah, sekarang dah semakin pulih. Cuma masih perlu banyak berehat dan makan banyak buah.

p/s- bila la Telaga Biru nak post cover novel ni. Tak sabar nak tengok.. dan baca. ( lupa dah jalan cerita Melodi Hati. Huhu...)

Sunday, October 11, 2009

Terkenang

Salam.

Terkenang beberapa bulan yang lepas. Setiap petang main bola dengan kawan-kawan. Ramai dan meriah.



Tapi kini, hanya bermain squash seorang diri. Kalau Nik datang, ada la juga teman.Kadang-kadang pergi gym. Nak main bola, ramai pak tam je. Sekali dia tackle, masuk hospital pulak nanti...
------------------------------------------


Dulu selalu tidurkan yang seorang ni. Selalu bergurau senda dengan dia. Selalu kena cubit dengan dia. Dia pula selalu kena pukul dengan Iwan. :)

Sekarang hanya doa yang menyatukan. Juga YM dan Skype.

Bukan untuk merintih. Jangan disalah ertikan post kali ini. Walau apa pun, Iwan tetap bahagia di sini. :) Ku merindui mu. Itulah mesej sebenar.

p/s- family tetap yang pertama dirindu. Tapi takkan nak tulis kot rasa hati ni, segan la pula.

p/s- ada lagu baru, Kini Ku Bahagia. Lagu ciptaan Iwan, lirik ditulis oleh Hafizi.

Wednesday, October 7, 2009

Pengalaman Beraya dan Berlari

Salam.

Post yang dulu biarlah macam tu. Ingatkan nak update lagi pada awalnya tapi bila dah tulis post baru, yang lama macam dah tak perlu ditambah lagi.

Sabtu- Dijadual berangkat ke Washington dengan menaiki bas pada pukul 9 pagi. Zaim dan kawan baru Iwan iaitu Zahid, tak dapat sertai bersama sebab ada banyak urusan perlu dilakukan. Namun, kami bertiga bergerak bersama-sama dari rumah.

Bermula lah kisah yang memenatkan lagi...

Kenapa Iwan asyik berlari? walaupun dah manage masa dengan baik, tapi banyak perkara yang tak diduga berlaku dalam hidup ini.

1- Setibanya kami bertiga di stesen Subway (sejenis train), subway dah pun sampai. Kami memang kena naik subway tersebut sebab kalau terlepas, memang bas pun terlepas lah. Iwan berjaya lari masuk ke dalam train tapi 2 kawan lagi tak berjaya. Terpaksalah Iwan menahan pintu train yang tetap nak tutup juga. Sekuat kudrat menahan sambil menunggu kawan-kawan masuk.(pernah tengok cerita Superman? haa macam tu lah lebih kurang).

2- Iwan sampai di China Town seorang diri. Housemates datang berasingan. Jam dah pukul 8.45. Stesen bas kat mana? Tak tahu? Aduh. Iwan cuma tahu stesen tu dekat dengan Arch Road. Jalan-jalan, hah nampak dah stesen bas. Tapi bukan jenis bas yang kami order. Tanya kat pakcik tepi jalan, die mencebik, tanpa sebarang jawapn, menunjukkan yang dia tak faham English. Fine, Iwan memahami, memang ramai orang di China Town ni tak faham English. Aduh, berlari mencari stesen bas. Iwan adalah harapan yang lain, bagi menangguhkan perjalanan bas, sebab yang lain maybe akan tiba lewat sedikit. Bila terserempak dengan rakan perempuan, mereka pun tak pasti mana hala tuju. Aduh, berlari lagi.

3- Tanya orang tu. Bukan? Berlari. Tanye orang ni. Bukan? Berlari lagi. Jam sudah pun pukul 9.02. Sepertinya sangat mustahil untuk dapat naik bas tersebut. Tanya lagi orang, "Here!", alhamdulillah. Jumpa juga stesen. Tapi mana signboardnya? Langsung tak ada. Berlari lagi panggil yang lain-lain datang ke tempat itu. Nik mana? Tak sampai lagi. Oh man.. Penjual tiket tu ingatkan Iwan, "you only have 5 minutes". Iwan berlari mencari Nik. Lari-lari....tut tut... telefon berdering. "Iwan! Nik dah sampai, bas pun dah ready ni. Cepat patah balik!", Timah telefon. What to do? Yes, berlari lagi...

Setakat ni sahaja cerita berlari. Nikmati gambar-gambar kami berjalan dan beraya di Washington pula.


bersama pakcik AB (Abraham Linclon)


Di Marriott Hotel


Ada Barrack Obama dalam tu.


Jejak Kasih MRSM TGB@Jasin


Washington lebih bersih dan teratur. Cuma bangunannya nampak petak-petak dan biasa..


Heylen Park Hotel..


Museum Space.. Jumpa Wright brothers, tengok roket, suasana kat angkasa..


Pemandangan dari jauh, Pencil apa tah namanya, tak ingat..


pemandangan China Town waktu malam

Pemandangan tersebut, rentetan daripada tertinggal bas. Ya, akhirnya merasai juga pengalaman tertinggal bas, walaupun dah berlari... Ceritanya begini.

Ahad pagi, selesai berkemas, kami bertolak ke rumah Pakcik Said dan Auntie. Mereka ibarat keluarga angkat kami. Ingat nak ke sana untuk bersarapan, tapi dah dekat tengah hari. Jadi, kami pun lunch lah bersama. Tiket bas pukul 3, dan kami dah bersiap sedia sejak pukul 1.30 lagi. Tapi metro (sejenis train) yang paling cepat dan terkejar-kejar kami dapatkannya, pukul 2.30. Perjalanan ambil masa setengah jam untuk ke tempat hotel. Kami pun sampai tepat pukul 3.

Berlari keluar train, berlari ke hotel, berlari mendapatkan bas. Dipendekkan cerita, kami sampai lewat 5 minit dari waktu yang dijadualkan. Semua keletihan.Mujur kami dapat bas ganti pukul 9 malam. Tapi kami ambil kesempatan ini, untuk melawat museum space dan bergambar di beberapa tempat menarik, dengan syarat, malam ni kami harus bersedia di kawasan menunggu bas area 8 o'clock.

Malam tu kami makan pizza. Eh dah pukul 8.30 (jamak ta'hir ye..) Takut ketinggalan bas lagi, kami berlari anak ke stesen bas. Bas tak sampai lagi..

Tak habis setakat itu je. Sampai di Phily pukul 12.15 malam. Subway terakhir yang menuju ke rumah kami adalah pukul 12.20. Ahhh berlari lagi...dan sempat.

p/s- lari mengejar masa tak apa, jangan lari dari hutang, jangan lari dari janji, jangan lari dari amanah, jangan lari dari menunaikan kewajipan yang telah disyariatkan. :) Kau boleh lari di dunia ini, tapi kau nak lari ke mana lagi di akhirat nanti??



p/s 2- tak kira di mana berada, Malaysia, Mesir, Amerika, Australia.. Agama tak berubah mengikut bumi yang dipijak. Kenapa mudah sangat nak terikut budaya orang lain, yang lebih spesifik, bertentangan dengan aqidah. Guna akal untul berfikir, bukan sekadar untuk menghafal teori, terms, formulas, definitions untuk jawab exam je. Fikir-fikirkan..


miss korang semua. kepada pembaca blog, diorang ni cool... (kenapa harus promote nih? hahaha)

Friday, October 2, 2009

Phillies

Salam.

Projek ditunda. :( Ya, agak sedih, namun ianya mengajar Iwan erti kesabaran. Lagi 2 minggu insyaAllah projek tersebut akan dimulakan. Take time. Tak apalah. Projek apa? Nantikan...

sedikit cebisan aktiviti..

Ahad: Ke Ritten House Square lagi. Kali ni ada rakan kami yang menyambut ulang tahun kelahirannya, jadi kami yang lain pun telah mengadakan sedikit kejutan. Solat Maghrib di park, ada seorang pakcik tu macam tak puas hati. "Why you kissing the ground? This is not ......". Tak khusyuk solat dibuatnya. Ujian..

Khamis: Tengok perlawanan besball. Team kami, Phillies, kalah bergaya. Whatever.

Iwan semakin berisi? Anda lebih layak menilainya..

Jumaat: Kawan lama, Zaim, datang ke Phily bersama rakannya, Zahid (bekas pelajar KISAS). Walaupun baru bertemu tapi kami dah rapat. Iwan dan Nik bawa mereka jalan-jalan di Old Town, tengok Liberty Bell, Chinatown dan macam-macam lagi lah.

p/s- Post ni akan diupdate semula nanti. Sekarang sangat letih dan mengantuk. Besok kena bangun awal sebab nak pergi Washington, nak beraya..

Wednesday, September 30, 2009

Projek Lagi..

Salam.

InsyaAllah, mode sekarang adalah sangat teruja untuk melaksanakan satu projek, yang bagi Iwan projek ni agak interesting dan hopefully, semuanya berjalan lancar.

Projek apakah? Tunggu.... Tak lama je lagi...


Langkah diteruskan!

Tuesday, September 29, 2009

Ku Gembira Dia Ceria

mulanya ku iri hati untuk melihat dia menjadi juara,
tetapi apabila langkahnya sudah hampir tercapai,
dia terhenti,
membiarkan budak perempuan itu mengatasinya,
dia tertunduk seketika,
membiarkan penonton bersorak untuk budak perempuan itu.

Hati ini tidak sampai hati,
membiarkan budak lelaki itu berputus asa,
kekaca jelas di matanya,
lantas tanpa berfikir panjang,
ku turun ke bawah mendapatkannya,
ku genngam erat tangannya,
dan cuba memberi semangat yang telah hilang.

Langkah laju kami seiring,
memintas budak perempuan yang sudah hampir mencecah penamat,
dan kami berjaya,
kamilah juara,
ku gembira dia ceria,
walaupun ku iri pada awalnya.