Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, November 19, 2009

Bicara Tentang Solat.

salam.

Introduction, nak cerita sedikit bab solat di negara orang ni. Khamis lalu, Iwan dan kawan shopping barang dapur di Cousin. Tengok jam tangan dah pukul 5.30 petang. Pukul 6 kejap lagi nak Isyak dah ni. Maghrib masih belum terlaksana. Nak solat dirumah, maybe tak sempat. Jadi kami pun berhenti di tepi jalan yang agak sunyi, tapi tak sunyi sangat. (-.-)

Kain nak bentang untuk sujud tak bawa. Terpaksa gunakan sweater. Rasanya itulah solat paling sejuk pernah dialami. Baju nipis t-shirt tak mampu memberi haba yang mencukupi. Menggigil.. Ada kereta yang lalu lalang kadang seperti berhenti seketika melihat apa yang kami lakukan.



Itu salah satu pengalaman. Yang lain, contohnya, bila kelas bersambung dari pukul 11 pagi hinggalah 3.20 petang. Zohor pukul 11.45-2.30 ptg.. Gap antara kelas hanya 10 minit, sedangkan nak berjalan ke kelas seterusnya agak mengambil masa. Jadi pandai-pandailah mencuri masa. Solat pun di tangga 'Exit'. Pernah juga beralaskan buku.

Hari tu ke Vietnam market, solat maghrib di taman permainan. Waktu malam. Sunyi dan gelap gelita. (masin gelita adalah ungkapan Daniel, seorang budak tadika yang baik tapi nakal (-.-) )Suasana seperti dalam cerita seram. Pernah tengok? Takut? Tutup mata?

Terkadang kita, walaupun dah manage masa dengan baik, tetapi kadangkala berlaku situasi di luar dugaan. Semasa keluar ke Old City anjuran OIS tempoh hari, Iwan rasa seperti tak sempat nak tunaikan solat Maghrib. Jadi ambil keputusan solat dalam train sahaja. Berbeza dengan solat dalam kapal terbang yang lebih sunyi dan orang tak berapa perasan, dalam train orang mudah sahaja perasan tindak tanduk kita yang sedang bersolat. Masa tu, Douglas, rakan dari Brazil, bertanya soalan pada Iwan masa tengah solat. Mujur rakan perempuan, (Huda dengan Fatin kot), pandai cover line.

Pernah kena halau dari menunaikan solat sekali...

Indahnya menjadi Islam. Kita disuruh solat 5 waktu supaya kita sentiasa mengingati Sang Pencipta Yang Maha Esa. Hikmahnya untuk menunjukkan betapa pentingnya solat itu dalam agama. Betapa solat itu dijadikan metaphor sebagai tiang yang mendukung pendirian agama seseorang itu.

Namun, pengalaman yang lalu pernah menunjukkan pada Iwan betapa ramai lagi manusia yang mengaku mereka itu Islam tetapi tidak memandang solat sebagai sesuatu yang wajib. Pelik. Tapi benar berlaku..

Syukur, Iwan dikurniakan rakan-rakan yang sangat menjaga solatnya di US ini. Alhamdulillah..

Eh dah tak jadi intro dah, jadi isu utama pula. Tak apalah tu...

Jumaat lalu, ada Actuarial Intern Reception. Iwan tak leletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat internship pada summer next year. Just bila dah diberi tugasan tu, Iwan tetap la juga hadiri temuduga tu dengan penuh kesungguhan.


yang tengah tu macam nak kena lempang? Eh jangan la macam tu.. Dia dipaksa berlakon

Pertembungan dua kerjaya berlaku dalam sehari. Petang tu berjumpa dengan seorang produser dan music engineering. Kami berbincang lagi keesokannya, tentang plan kami. InsyaAllah, Iwan akan menggunakan khidmat mereka dan mungkin juga akan ada satu lagu nanti Iwan akan feat dengan sebuah band di Phily ni.

p/s1-thanks to chef Nik, sekarang kita semua dah pandai buat kek. Memasak sangat best!

p/s2- Melodi Hati katanya sudah/sedang dicetak. Menunggu masa untuk diterbitkan. :)

Wednesday, November 18, 2009

To SPM Candidates

Salam.

Iwan agak busy sejak kebelakangan ni. Biasalah, dah nak sampai ke penghujung semester. Kepada yang nak ambil SPM/STPM tu, selamat maju jaya. All the best! Sertakan doa dalam setiap usaha anda.. Good luck! :)

Tuesday, November 10, 2009

Yang Terkini

salam.

Update terkini untuk Melodi Hati, Iwan baru sahaja dapat cover novel yang baru dari Kak Yus Telaga Biru. Konsep asal masih sama seperti dahulu, cuma kali ni lebih colorful dan aksi kami berdua sedang duduk tu diedit seolah-olah bayang kami berada di jeti dengan pemandangan laut yang memukau. (tak ada dah muka Iwan di cover novel. Hihihi...) Cuma ada satu request yang Iwan minta pada Kak Yus supaya edit. So, bila kak Yus dah edit nanti, boleh la Iwan share di sini...

Khamis lepas, menyaksikan teater muzikal Mama Mia di Academy of Music Philadelphia. Iwan tak pernah tengok movie dia, tapi walaupun kali pertama tengok, memang puas hati terutama pada sistem audio. Memang best.

Balik rumah edit the making of Nur Kasih @ Phily.


Hari Jumaat, tayangan world series Spongebob- Truth of Square. Sebagai peminat spongebob dan patrick, mana boleh lepas tayangan perdana. Biasanya watak Patchy the Pirate agak membosankan, tapi kali ni agak funny sebab banyak celebrities undangan ada sekali. Paling tak tahan, waktu mak spongebob mengandungkan spongebob, petak je perut mak dia tu. Haha..


Hari Sabtu petang, ke Vietnam Market.(Mencari belacan untuk memasak). 1st time ke sana sebab jaraknya lagi jauh dari China Town. Dalam perjalanan, nampak banyak school of musics. Tak sangka rupanya kota Philadelphia ni sangat muzikal. Ada school of rocks, dance school dan macam-macam lagi yang tak ingat namanya.

-menanti movie 2012.

Tuesday, November 3, 2009

Nur Kasih @ Phily

Salam.

Setelah berkali-kali postponed untuk projek ni, Alhamdulillah, Isnin lalu selesai juga shooting. Projek yang diberi nama Nur Kasih @ Phily ini, adalah kerana menggunakan lagu tema Nur Kasih dan lokasi penggambaran adalah di sekitar Philadelphia dan Temple University.



Enjoy dan ambil pengajaran.

Saturday, October 31, 2009

Cover Melodi Hati

Salam.



Insya-Allah ini adalah bakal cover novel Melodi Hati. Hope everybody would like it. Cuma masih belum finalize lagi. Designer tu kata dia baru cuba-cuba. Even dia "cuba-cuba", I still like it.

Hari ni baru habis interview. well, Iwan tak adalah prepared sangat sebab tu cuma mock interview. Tapi maybe experience sebelum ni dah mengajar Iwan macam mana nak deal dengan interviewer ni, so Iwan dapat juga lah buat yang terbaik.

Cuma,Iwan macam terlupa tujuan interview tu. Purpose interview tu adalah nak apply job as an actuary. Tapi interviewer tu kata, I realized you have equal interest between being an actuary and ..........

Haha, dia tanya apa interest, Iwan pun jawab je lah macam-macam. Tapi just to make sure next time, Iwan kena stress more tentang maths, probability. Insya-Allah, next time kalau interview betul-betul, of course Iwan akan bersedia sebaik mungkin. Overall, mock interview tadi sangat confident dan baik. Alhamdulillah, lepas sudah..

p/s- 3 hari ni, ada tahlil berturut-turut di rumah kawan. Teringat pula masa kat Malaysia haritu, selalu ada tahlil, kat surau, kat rumah orang. Lepas tu makan sama-sama. Rindu sangat saat-saat masa lalu...

Thursday, October 29, 2009

Melodi Hati- Update

Salam.

Alhamdulillah, Iwan baru sahaja selesai buat last check on novel Melodi Hati. Hari Selasa lepas Iwan dapat layout novel ini yang sudah siap dan sedia untuk dicetak. Jadi Iwan diberi tugasan untuk membuat semakan terakhir.



Sejak menghantar skrip beberapa bulan dahulu, Iwan tak pernah membaca novel ini semula. Jadi semasa proses semakan, memang banyak perkara yang Iwan tak dapat ingat. Jalan cerita pun. Jadi, proses semakan sama lah seperti orang yang tak pernah membaca novel ni.

Memandangkan Iwan ada test pada pagi tadi, jadi Iwan terpaksa menangguhkan proses semakan tersebut sehinggalah petang tadi, barulah proses semakan dapat dibuat dengan teliti. Tapi Iwan sebenarnya dah buat semakan sedikit demi sedikit sejak Selasa lalu. Kalau baru tadi baru nak buat, memang tak dapat siap lah malam ni.

Hmm baru je send balik novel tu. Sangat letih. Lepas je kelas, terus buat kerja. Pukul 7 pergi rumah kawan, ada majlis tahlil. Pukul 9 balik rumah dan sambung kerja. Pukul 12 baru siap. Penat..

InsyaAllah, Melodi Hati akan diterbitkan tak lama lagi. :)

Cuaca di Phily sekarang tak lah terlalu sejuk, tapi masih di average 12-14 degree. Semalam waktu petang, Iwan berbasikal ke Temple Uni dengan memakai baju T-shirt lengan pendek selapis sahaja. Ingatkan tak sejuk sangat. Sekali tengok semua mat/minah salleh, even pak tam sekali pun, semua pakai baju tebal. Jadi , boleh kata buat kerja gila juga lah bila orang Asian pakai selapis macam tu. Memang sejuk~

Projek yang Iwan nak buat di Phily ni masih tertangguh. Sepatutnya esok. Tapi ditunda ke Isnin depan. Ikutkan ni kali ke-5 projek postponed. Tak apa, kesabaran pasti membawa kejayaan

p/s- Nice cover novel.. baru dapat pagi tadi. Nanti kalau dah finalize, Iwan letak di blog. :)