Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, May 7, 2009

TERASA HATI (bhg 2)

Salam.

Ingat lagi post terasa hati yang terdahulu? Kali ni sedikit sambungan dari post tersebut. Kalau dulu aku menghadapi masalah dalam studio, kali ni belum pergi lagi dah terasa pedasnya.

Bukan nak kata aku mudah dijatuhkan, tetapi sebagai pendatang baru, mungkin pukulannya agak hebat. Lantas, ada sahabat yang bertanya, "kau rasa menyesal ke pilih jalan ni?", bila aku berbincang dengan beliau.

"No komen", ujar ku sambil menghela nafas yang dalam. Mana-mana jalan pun ada cabarannya. Tapi kalau pandai manage masa dan keadaan, segalanya mungkin terkawal. Tapi bagi aku pula, mungkin aku tak rasa bosan tanpa berbuat apa-apa di waktu cuti. Cuma, kenikmatan cuti aku masih tak merasainya...

-no game (seminggu ada la 2-3 jam main)
-no movie (baru tengok satu sepanjang sebulan ni, cerita YUGIOH )
-less sleeping
-and others

Mungkin apabila kejayaan telah dicapai, semua itu tak dipandang kembali. Tetapi dalam perjalanan menuju kejayaan itu, macam-macam yang perlu ditempuhi dengan hati yang tabah.

Apa yang terasa hati pula kali ni? Huhu.. Semalam kena marah lagi. Masa tu pukul 4 pagi aku tengah tulis novel. Dah hampir siap, tapi jadi tak semangat nak teruskan bila dah kena marah. Marah tu biasa la kan, untuk mendewasakan. Kadang-kadang diorang gurau je lebih, tapi aku takut mereka tu serius. Hmm.. Semoga tak mudah berputus asa.

Sabtu ni nak settle kan lagu, tapi tekak masih sakit. Dah jumpa doktor, selebihnya bertawakal dengan memakan ubat-ubat yang diberi.

p/s-sebab apa kena marah? sebab miss com.. apa yang penting? kerjasama...

Monday, May 4, 2009

SAKIT TEKAK...

Salam.

Sejak Selangor menang Piala FA minggu lepas, aku kurang sihat. Banyak bersorak agaknya Dah sampai hujung minggu, rasa makin baik. Tapi bila hari minggu habis, sakik tekak makin menjadi-jadi. Aku ada kenduri di Perak, banyak minum ais agaknya. Dah cuaca panas sangat.

Malam tadi sepatutnya aku ada rekoding and video shoot kat Kelana Jaya, tapi nasib baik postpone ke hujung minggu ni. Kalau tak, mesti makin sakit tekak aku ni.
Hari ni pula, ada kelas. Aku risau betul, boleh ke aku mengajar nanti, nak bercakap pun susah, apatah lagi nak menjerit-jerit. Tapi alhamdulillah, rasa sakit aku hilang tiba-tiba apabila aku start mengajar. Aku fikir, sakit tekak ku dah sembuh.

Tapi bila aku masuk je ke dalam kereta, dan start memandu, of course aku akan pasang music. Dan menjadi lumrah, untuk aku turut menyanyi sama. Masa tu lagu David Cook, Light It On. Baru je masuk verse yang pertama, tekak aku kembali sakit.

Pelik betul, tapi aku tak mahu buat sebarang prediction. Dah nak sakit..sakit la..

Pasal lagu itulah impianku yang dah lama tertangguh, akhirnya siap juga. Sabtu ni insyaAllah aku nak rekod. Berbeza dengan Jika Kau Tak Tahu, lagu Itulah Impianku lebih mendamaikan jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya.

p/s-sorry to abang toi and friends, sebab tak dapat pergi IZZI malam hari tu.

Tuesday, April 28, 2009

ASSALAMUALAIKUM, SIR!

Salam.

Hari ni bermula pengalaman baru buatku apabila aku menjadi guru tuisyen di sekolah agama menengah hulu langa (SAMTEN), yang merupakan tempat belajar aku semasa form 1 to form 3. Tawaran untuk menjadi guru sepenuh masa terpaksa aku tolak, lantaran aku juga perlu komited untuk karier seni aku.

Subjek apakah yang aku ajar? Gelak tiga kali dulu, hahaha... English. Nasib baik la ajar form 1 dengan form 2 je, confident la sikit. Tapi tadi ada cikgu lain yang mintak aku ajar add math sama. Haa yang ni baru la match dengan skill aku.

Hari ni aku mengajar 2 kelas form 2, satu kelas pertama dan satu kelas terakhir. Faham-faham je lah.

Bercerita tentang novel aku pula, aku mempunyai masalah dengan pihak penerbit. Katanya, mereka masih belum bersedia untuk menerbitkan novel beserta cd. Adakah ini idea yang teruk atau tidak relevan?

Idea ini, aku rasa adalah sesuatu yang baru dalam siri novel. Jika lagu tema sering dimainkan untuk filem dan drama, mengapa novel tidak? Aku ada membuat survey, agak memberangsangkan.

Lagu tema juga adalah satu daya tarikan. Kalau kita lihat novel-novel di satu kedai, berlambak. Tapi kalau orang bertanya, novel yang ada lagu tu, zupp... orang pasti lebih mengenalinya, Itulah strategi aku.

Aku masih cuba berbicang dengan pihak penerbit. Kalau mereka masih memberikan jawapan yang sama, aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa asingkan novel dan cd. Mungkin aku terpaksa minta pihak radio untuk memutarkan lagu itu untuk tujuan promosi. Perhaps?

Semalam aku tak ke studio rakaman atas beberapa alasan, bukan masalah disiplin. Aku kurang sihat. Malah, sebenarnya, ada composer lain yang dah buat buat arrangement lagu tu untuk aku, cuma dia lambat beritahu. So, nanti aku terpaksa ke JB pula untuk sedikit urusan. Dan insyaAllah nanti record di studio caprice, kelana jaya.

Dan terbaru, kami akan tubuhkan satu kumpulan nasyid baru. Kalau dah aku terlibat sama, mesti la ada lagu yang feat Iwan Reaz. Hehe... Iklan ada di atas sekali. Pada mereka yang tak memenuhi syarat, khususnya budak-budak sekolah, please jangan la hantar emel merayu-rayu. Boleh kenyang panadol aku nanti. Kitaorang tak nak budak sekolah, sebab kami nak kamu semua fokus pada exam ok, lagi-lagi yang SPM dan PMR tu. Okey? Jangan marah ye..

p/s-jangan makan panadol banyak-banyak, nanti hati rosak

Friday, April 24, 2009

TRANSFORMASI

Salam

Berdasarkan tajuk di atas, aku ingin sangat membuat post tentang itu. Tetapi aku mungkin tiada masa untuk mengupas dengan lebih lanjut. InsyaAllah nanti bila ada kelapangan, aku buat post tentang itu.

Sekarang aku agak sibuk, cuti hanya dirasai sekejap semasa di sarawak. Now, non stop working on novel. Lagu pula akan cuba disiapkan Isnin depan di studio dengan dibantu abang Eddie untuk musical arrangement. Kalau tak siap dalam sehari, susah la nak manage masa balik.
nak main pun kena limit.

Lain-lain, aku mungkin menghadapi kelambatan terbitan novel tu sehinggalah bulan Julai or Ogos. Oh man... Masa tu nak fly dah. Time management..time management... Hopefully masalah tu dapat diatasi. Walhal dateline bulan Mei. Aku tunggang terbalik menulis..huhu..

Eh eh, tengah tulis post ni ada mesej dari Wan Shah, x-UNIC. Ada berita best lah pulak. Hopefully..hihi...

p/s- tajuk tiada kena mengena dengan tema AF7.

Tuesday, April 21, 2009

Musafir Di Bumi Kenyalang

Salam.

Pada 17-20hb April yang lalu, aku baru sahaja menjelajah satu negeri di seberang laut china selatan. Tiket ni sebenarnya masih dalam tempoh exam week, tapi syukur alhamdulillah, exam aku hanya diadakan di awal minggu. Boleh dikatakan antara yang paling awal habis exam yakni 14hb April dah habis dah.

Ada juga rakan yang cemburu aku habis awal. Haha... No need okey. By the way, sekarang semua dah settle. Hope the best for the result as kita dah buat yang terbaik, insyaAllah.


malas nak cerita panjang-panjang, nanti jadi macam esei dalam Malaysian Studies pula, tulis panjang-panjang tapi markah tak sampai separuh.

Di taman awam Miri, atas jambatan gantung. Panjang juga.

Alamak, terlebih suda posing. Menghayati keindahan mentari yang terbenam di pantai yang tak ingat namanya.

Di Muzeum Petroleum, banyak facts menarik tentang sains. Even kita pun boleh try certain eksperimen. Of course aku paling suka naik kereta gempa bumi. Real habis.

Di Taman Niah, aku berjalan sejauh 9 kilometer pergi dan balik. Ambil masa almost 3 jam juga. Ni belum dalam gua niah lagi, yang betul punya gelap sangat. Aku pula tak bawa tourch light. Memang mengharapkan lampu orang lain la.


Ni lah geng pengembaraan di gua niah. Sebelah aku abang aku, Azim. Next, abang Zahidi, seorang motivator yang terkenal di Miri. Next, abang Pian, seorang guru Fizik di sekolah agama Miri. Next, abang Azhar, seorang ustaz juga di sekolah yang sama. Gambar ni di muzium Niah, selepas kami berjaya balik dari pengembaraan.


The last day, aku ke Taman Buaya Miri. Banyak betul buaya kat sini, agaknya lagi banyak dari buaya di Melaka. Selain buaya, banyak juga haiwan lain. Aku suka tengok burung yang mengiaw. Macam 'Gary' dalam cerita Spongebob. Tapi tu siput.

Okey, sekarang nak tunjuk makanan dan minuman favourite aku di sini. Yang atas ni Teh C Peng Special. Rase dia macam cendol, tapi bukan cendol. Apa punya ayat ni? Yun la ajar ni. Yang bawah ni pula 'Lalapan Ayam'. Pendek kata, best-bestlah. Aku punya piramid makanan kat sini terdouble, bukan selalu kan.

Tak tahulah berapa kilo dah aku naik. Baru habis belajar haritu, aku timbang-timbang, naik 5 kilo. Ni balik ni tak tahulah. Hee...

So dah balik ni, aku kena mengejar dateline yang semakin hampir, semakin suntuk, semakin mengantul. Program futsal anjuran DAVOM terpaksa aku cancel sebab terlalu sibuk. Bulan 6 ada kembara dengan UNIC pula ke kelantan, tapi tak tahu boleh join ke tak.

p/s-takde kot. haa ade ade, cek email, kot2 ade email dari ms sri. hihi...

Wednesday, April 15, 2009

Tamat Satu Duri

Salam.

Alhamdulillah, berakhir sudah pengajian aku di Malaysia ini. (Mengikut perancangan. Kalau nanti ada hati nak sambung lagi, siapa yang tahu). Tapi ilmu harus tetap di cari. Ilmu fardhu ain mahupun fardu kifayah. Exam baru berlalu. Segalanya dihadapi dengan usaha yang terbaik aku dapat laksanakan.

Cuti menjelma lagi. Belum pun cuti macam-macam aktiviti dah mula memenuhi jadual aku. Baru-baru ni pun miss some events. Mulai Jumaat ni sampailah ke akhir bulan, dah ada banyak program. Kadang-kadang, susah nak tentukan priority mana yang lagi tinggi. Hope aku juga dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan aku yang selalu mengisi suka dan duka aku. Thanks! (Kau muzik di hatiku)

Besides, aku juga mengejar dateline untuk menyiapkan novel. Ikut mood juga, kadang-kadang laju. Sekarang, aku tengah buat demo untuk single novel tu. Nak hantar kat studio buat arrangement music, kena buat beat dengan tempo dulu. Baru verse 1 ni, dah melilau ke blog pula. Haha..


p/s-To my friends,hopefully malam ni main futsal. Lepas ni susah la, aku banyak program.

p/s2-all the best pada siapa yang masih belum habis final exam lagi tu.