Sekarang di korea, sampai pukul 7 pagi tadi. Pukul 10 pergi jalan-jalan sebentar, pergi naik feri ke ICN town, ada global festival. Balik pukul 3 petang.
Sekarang menanti flight yang akan tiba pukul 6 petang.
Hari ni Iwan ke Telaga Biru lagi, (mungkin untuk kali terakhir pada tahun ni). Tujuan utama, untuk tandatangan kontrak dan penyerahan soft copy. Dan Telaga Biru dah buat keputusan, CD lagu tidak dapat disertakan sekali memandangkan kosnya agak tinggi dan sekaligus harga novel tu nanti akan naik mendadak. Pun begitu, syukurlah lagu Itulah Impian Ku mendapat sambutan yang baik. Terima kasih pada anda yang memberi sokongan.
Hari ni juga dapat confirmation dari JPA berkaitan tarikh flight. Seperti yang Iwan duga sebelum ini, nampaknya tarikh akan ditunda sehari dari Sabtu ke Ahad. Waktu malam.
Lama juga tak update blog ni. Pemergian Ustaz Asri Rabbani pada hari Khamis lepas betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam terutama pada penggiat nasyid tanah air. Semua orang sayangkan beliau. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Bak kata Ustaz Akhil Hay, pemergian allahyarham mengekalkan statusnya yang dikenali ramai sebagai insan yang baik hati dan penyayang. Sehingga kini, orang ramai masih mengatakan tentang sikapnya yang sentiasa disenangi.
Dalam pukul 11 pada hari tersebut, Iwan menerima SMS dari Wan Shah. "Wan, Ustaz Asri dah meninggal". Sangat sukar untuk mempercayai sms tersebut. Sms dibalas bertalu-talu untuk mendapatkan kepastian.
Al-fatihah untuk allahyarham.
Aktiviti.
Alhamdulillah, tak banyak sangat aktiviti luar minggu lalu. Akhirnya Iwan dapat juga luangkan masa bersama keluarga sebelum berangkat ke US hujung minggu ni.
Rabu- Main bowling bersama abang. Dah lebih sebulan tak main. Dengan average 160, Iwan dapat rasakan skill Iwan makin worst. Game ni perlukan latihan selalu.
Jumaat- Sebelah malamnya, rakan-rakan abang toi dah buat perjanjian, nak jumpa di Bangunan Satay Haji Samuri Kajang. Tapi abang toi sendiri tak dapat datang sebab esoknya ada show di Wangsa Maju. Apa pun, Iwan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada abang Camar, kak Obi, abang Supermel dan semua yang datang, dan penghargaan tidak terhingga atas hadiah yang diberikan. Mahal tu...terima kasih banyak-banyak.
Sabtu- Penuh dengan majlis tahlil, doa selamat dan cukur jambul. Cuma petang tu Iwan ambil kesempatan beli keperluan untuk dibawa ke US nanti.
Ahad- Juga penuh dengan majlis. Majlis waktu malam diadakan di rumah adik allahyarhamah Yasmin Ahmad di Subang Jaya. Iwan pergi dengan group cornrows. Ramai pelakon kat sana macam Cikgu Fatimah dan Alesya (yang lain Iwan tak tahu nama). Abang Mie yang tengah lahap makan. Orang bujang, biasalah
Malam ni juga Iwan ada berikan lagu yang Iwan baru cipta pada Wan Shah, dia pula bagi satu lagu baru ciptaan dia untuk Iwan tuliskan lirik. Lagu tentang Iman.. Hmmm.. Banyak mesej boleh diselitkan. Lagu tu akan dirakamkan oleh kumpulan NICE feat Cornrows..
Video klip hari raya yang dibuat ahad lepas dah pun siap. The making nya Iwan ada upload di Youtube, atas permintaan group tersebut. Kalau nak tengok, cari la di youtube.
p/s1- Kalau ada sebarang pertanyaan yang pelik-pelik, usah ditanya lah.. Iwan no komen sahaja. Memang genre yang Iwan perjuangkan berbeza dengan group tersebut. Namun, kami hanya berkongsi minat dalam muzik, membantu antara satu sama lain. Soal hati, itu tanggungjawab individu sendiri...
p/s2- sabtu lepas, masa chatting di ym bersama alif, jiran Iwan, Iwan dengarlah IKIM secara online. Ketika di slot lagu permintaan hendak ditamatkan, Iwan ada dengar Dj membaca beberapa sms. Antara sms yang terakhir, dia ada request lagu Itulah Impian Ku. Tapi Dj tu berkata: "Maaf ye dik, kita tak cukup masa, nanti kita akan mainkan lagu tu ye". Iwan tersenyum mendengarkan kata-kata Dj tu. Pada yang request tu, terima kasih lah ye. Jangan rasa hampa...
Virus Influenza A H1N1 semakin menular sekarang. Malaysia mencatatkan kematian berterusan setiap hari. Jadi di mana-mana pun sekarang, sudah dianggap membimbangkan. Kita sebagai umat Islam, haruslah bertawakkal, disamping perbanyakkan doa memohon kesihatan yang baik serta berusaha mengamalkan gaya hidup yang sihat- basuh tangan sekerap mungkin, jaga kebersihan.
Aktiviti.
Jumaat- Di rumah Iwan ada mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat. Persiapan diadakan serapi mungkin agar perjalanan majlis bergerak lancar dan alhamdulillah, semuanya baik-baik. Lebih seratus jemputan yang hadir. Tak dapat nak digambarkan perasaan terharu, tatkala menerima nasihat dan kata-kata semangat dari jemputan. Terima kasih banyak-banyak, family, jiran, kawan-kawan, adik-adik, dan maaf kalau ada sebarang kekurangan.
Sabtu- Ustaz Erwan IKIM.fm ada mengajak menghadiri karnival di IKIM hari ni tapi Iwan terpaksa membatalkan rancangan ke situ sebab ada undangan majlis doa selamat di rumah sahabat Iwan- Syafiq. Iwan ke sana selepas solat Zohor bersama sepupu, Iji dan rakan, Junaidee "Macam mana boleh sesat pulak ni??", ujar Iwan dengan tenang...
Petang tu juga, Iwan ke Taman Melati, dan dijemput oleh Along Sha'a (member of group R&B), ke damansara. Bermalam di situ kerana esok...
Ahad- Seawal pukul 5 pagi sudah bergerak untuk shooting video clip Hari Raya di pantai Morib. Sangat mengantuk..Singgah subuh di Masjid...tak ingat nama. bersama krew penggambaran.
scene di tepi pantai.
sedang membina suasana hari raya di rumah kampung.
Waktu petang, parents datang jemput semasa kami sedang buat BBQ di Morib. Parents pun nak berjalan-jalan juga.
p/s- macam-macam ragam manusia di dunia ni. Yang tua, muda, semua ada kerenah tersendiri.
Sekadar updating aktiviti semasa, hari ini Iwan ke Rakam Khanah untuk beberapa urusan. Kemudian sebelum tengah hari, ke Muzik.fm. Dj Azura kenalkan Iwan pada Dj Odie. Sessi temubual bersidang dengan rancak.
Petang ke Rakam Khanah sekali lagi. Urusan yang sepatutnya diselesaikan berjaya disempurnakan. Alhamdulillah.
Hampir pukul 5 petang, Iwan ke IKIM.fm pula. Kebetulan Ustaz Erwan ada di situ, senang untuk berurusan.
DJ Azura cakap, lagu Iwan dah pun dimainkan di Muzik.fm. Jadi siapa-siapa nak dengarkan lagu tersebut, bolehlah buka channel Muzik.fm dan minta pada Dj melalui:
SMS- Taip SMS (jarak) Nama, Lokasi, Lagu (Itulah Impian Ku) dan hantarkan ke 32776.
Telefon- 03-22887676.
Untuk siaran di IKIM.fm, insyaAllah akan ke udara minggu hadapan. :)
Muslim sepenuh masa.
Eksekutif Latihan di BERNAMA,
Novelis di Telaga Biru, Galeri Ilmu dan Buku Prima,
Guru Tuisyen di Akademi Infitah,
Kolumnis Majalah Gen-Q
Graduan Temple University,
Philadelphia, PA, Amerika Syarikat,
Jurusan Sains Aktuari
Single Itulah Impian Ku (duet Wan Shah)
Buku - Melodi Hati. (2009)
- Hazim, Aizat & Muzik (2011)
-Brrr ... Sejuknya Salji (2012)
-Diari Untuk Ibu (2013)
-Goodbye New York (2013)
-Philly, Aku Culture Shocked (2014)
-Suara Tanpa Bahasa (2015)
-Memotret Kenangan (2015)